2011 MarsdenLR 4626
MAHKAMAH SESYEN KOTA TINGGI
TECK SENG MUNUSAMY & SATU LAGI LWN. SUPAAT SARIJO & SATU LAGI
[Saman No: 53-90-2009]
The court's assessment of damages involved balancing fairness based on credible medical evidence and claims presented, even without corroborating employer testimony.
Headnote:(A) Negligence - Liability apportionment - The defendants are determined to be 90% liable while the plaintiffs contributed 10% to the negligence claim - The court had to decide on the quantum of damages to be awarded for various injuries and losses sustained by both plaintiffs as outlined in medical reports. (Paras 1, 3, 21)
(B) Damages - Quantum determination - The court awarded a total of RM8,000.00 for knee lacerations, RM6,000.00 for metatarsal fracture, RM25,000.00 for calcaneum fractures, and RM10,000.00 for ankle limitations, among other amounts, resulting from negligence leading to significant personal injuries. (Paras 5, 6, 7, 8, 30)
(C) Income loss - The court granted RM20,700.00 for actual income loss, despite the absence of employer testimony, based on judicial notice of past earnings. (Paras 12, 13)
(D) Loss of earning capacity claims were dismissed for both plaintiffs due to insufficient evidence of ongoing incapacity despite testimony of previous conditions. (Paras 10, 34)
Findings of Court:
The court concluded the damages awarded were fair, balancing the plaintiffs' claims appropriately against the defendants' arguments. (Paras 40)
Issues: The primary issues included assessing damages for physical injuries and considerations relating to actual income loss and earning capacity.
Ratio Decidendi: The court emphasized balancing the fairness of damages awarded based on credible evidence presented, indicating a flexible approach in considering the proofs provided by plaintiffs despite absences from their employers’ testimonies.
Result: The court ruled on the total quantum of damages as detailed throughout the proceedings.
| Table of Content |
|---|
| 1. defendant's liability percentage agreed. (Para 1 , 2) |
| 2. medical reports and injuries listed. (Para 3 , 4) |
| 3. plaintiff's claims for awards discussed. (Para 5 , 6 , 10) |
| 4. court's assessment of proposed awards. (Para 7 , 8 , 11) |
| 5. claim for lost earnings justified. (Para 12 , 13) |
| 6. partial earnings claim rejected. (Para 14 , 15) |
| 7. partial medical expense claims permitted. (Para 16 , 18) |
| 8. costs and interest awarded. (Para 20) |
| 9. plaintiff two's medical injuries and claims. (Para 21 , 22 , 23) |
| 10. entitlement to medical expenses upheld. (Para 33 , 35) |
| 11. overall judgment fairness confirmed. (Para 38 , 39) |
Pendahuluan
[1] Pihak-pihak telah merekodkan persetujuan dalam isu liabiliti bahawa defendan bertanggungan 90% manakala plaintif menyumbang cuai 10%.
[2] Pihak defendan-defendan tidak berpuashati dengan kuantum yang diberikan pihak mahkamah dan memfailkan notis rayuan ini.
Pendapat mahkamah mengenai isu kuantum (atas dasar 100%)
Plaintif Pertama
A. Gantirugi Am
[3] Terdapat beberapa laporan perubatan yang dirujuk:
(a) Laporan perubatan dari Hospital Kota Tinggi yang bertarikh Jun 4, 2009;
(b) Laporan perubatan dari Hospital Puteri Specialist yang bertarikh Oktober 6, 2008;
(c) Laporan pakar dari Ramachandran Orthopaedic Surgery bertarikh Ogos 29, 2009;
(d) Laporan dari Carol Physiotheraphy Service bertarikh Oktober 20, 2009; dan
(e) Laporan dari Peraba Specialist Orthopaedic Clinic bertarikh April 14, 2010.
[4] Berikut merupakan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh plaintif pertama:
(i) Lacerations over the left knee and left foot and scars
[5] Pihak plaintif menghujahkan award sebanyak RM15,000.00 manakala pihak defendan menghujahkan award sebanyak RM5,000.00.
- Mahkamah membenarkan award sebanyak RM8,000.00 bagi kecederaan ini.
(ii) Fracture of the left first metatarsal bone
[6] Pihak plaintif menuntut award RM10,000.00 manakala pihak defendan menghujahkan RM4,000.00 bagi kecederaan ini.
- Mahkamah membenarkan award sebanyak RM6,000.00 bagi kecederaan ini.
(iii) Fracture of the left calcaneum and the right calcaneum
[7] Mahkamah ini percaya award sebanyak RM25,000.00 adalah wajar bagi kecederaan ini (untuk dua kepatahan calcaneum).
(iv) Limitation of the right ankle and subtalar movements
[8] Mahkamah berpendapat award sebanyak RM10,000.00 adalah wajar. (Plaintif menghujahkan sebanyak RM20,000.00 manakala pihak defendan tidak menghujahkan sebarang award).
(v) Muscle wasting
[9] Mahkamah membenarkan award sebanyak RM5,000.00 bagi kecederaan ini.
(vi) Kehilangan keupayaan bekerja
[10] Pihak plaintif menuntut sebanyak RM70,000.00 sebagai kehilangan keupayaan bekerja bagi plaintif pertama.
[11] Mahkamah ini berpendapat walaupun laporan pakar plaintif ada menyatakan bahawa plaintif pertama tidak berupaya untuk mengangkat benda berat dan terpaksa memakai tongkat, beliau sendiri mengesahkan bahawa beliau telah kembali bekerja kepada pekerjaannya yang asal iaitu sebagai "carpenter". Mahkamah juga mendapati bahawa kemungkinan plaintif pertama akan diberhentikan kerja oleh majikan adalah andaian semata-mata kerana keterangan tersebut tidak datang daripada pihak majikan sendiri. Oleh itu, tuntutan ini ditolak.
B. Gantirugi Khas
(i) Tuntutan bagi kehilangan pendapatan sebenar:
[12] Plaintif menuntut kehilangan pendapatan sebenar sebanyak SGD1,800.00 selama lima bulan. Manakala pihak defendan pula memohon agar tuntutan ini tidak dibenarkan memandangkan keterangan plaintif pertama yang tidak konsisten tambahan pula majikan plaintif pertama tidak hadir mengesahkan slip-slip gaji yang dikemukakan adalah dokumen yang sah.
[13] Walaupun tiada keterangan daripada majikan, mahkamah percaya berdasarkan keterangan plaintif, borang IR8A bagi tahun 208 dan 2009 serta slip-slip gaji bagi tahun 208 hingga 2010, plaintif pertama sememangnya bekerja ketika kemalangan. Plaintif pertama mengatakan bahawa beliau memperolehi sedikit gaji sewaktu dalam cuti sakit tetapi tidak menerima sebarang gaji pada lima bulan pertama selepas kemalangan.
[14] Deng