SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 3187

MAHKAMAH SESYEN TAIPING
ARULDASS PITCHAY LWN. WAKIL DIRI KEPADA TAN GEEM HONG SI MATI & SATU LAGI
[Saman No: 53-28-2010]



Negligence in road traffic cases requires clear evidence of liability; apportionment is determined by the degree of fault, as applied in this case resulting in a 90/10 split.

Headnote:(A) Road Traffic Act - Negligence - Plaintiff awarded 90% of damages following a road accident where the plaintiff contributed 10% to liability - Plaintiff awarded general damages of RM140,000.00 and special damages of RM184,256.95 with applicable interests. (Paras 1, 21)

(B) Liability - Court found defendant liable for 90% due to negligence in failing to avoid collision despite clear visibility. (Paras 8, 9)

(C) Quantum of damages - Court considered medical reports and appropriate compensation based on severity of injuries, including limb amputation and ongoing care needs. (Paras 19, 21)

Facts of the case:
The plaintiff, a truck driver, sustained severe injuries in a collision involving another truck driven by a deceased defendant. The accident occurred on 19 March 2009, and the plaintiff sought compensation for damages incurred.

Findings of Court:
The court ruled that the defendant was 90% liable for the accident, recognizing the serious injuries sustained by the plaintiff and allowing substantial compensation for medical treatment and loss of income.

Issues: The main issues included the determination of liability between the parties, the extent of negligence contributing to the accident, and the appropriate quantum of damages.

Ratio Decidendi: The court held that in light of the evidence and circumstances, the defendant's failure to notice the plaintiff’s stopped vehicle constituted negligence, warranting a ruling of 90% liability against the defendant.

Result: Plaintiff awarded RM140,000.00 general damages and RM184,256.95 special damages.

[1] Dalam kes ini plaintif menuntut gantirugi am dan khas dari defendan-defendan atas kecederaan yang beliau alami akibat kemalangan jalanraya melibatkan kenderaan kedua-dua pihak. Setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak, mahkamah ini membuat keputusan bahawa defendan liable 90% dalam kemalangan ini dan plaintif menyumbang 10% dalam kemalangan ini. Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif sebanyak 90% dengan kos. Mahkamah membenarkan gantirugi am sebanyak RM140,000.00 dan gantirugi khas RM184,256.95 dengan kos dan faedah 8% setahun atas gantirugi am dari tarikh pemfailan saman ke tarikh penghakiman dan 4% setahun atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan ke tarikh penghakiman, dan selepas itu 8% setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman ke tarikh penyelesaian penuh, tertakluk kepada keputusan liabiliti.

[2] Pihak defendan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah di atas kini merayu terhadap keputusan mahkamah atas kedua-dua liabiliti dan kuantum.

[3] Fakta yang tidak dipertikaikan

(1) Plaintif merupakan pemandu motorlori No JEH 3972 pada masa material. Defendan pertama dalam kes ini dituntut sebagai wakil diri estet Tan Geem Hong, yang merupakan pemandu motorlori No JBW 5368 pada masa kejadian (selepas ini dikenali sebagai "si mati"), manakala defendan kedua adalah pemilik motorlori berkenaan.

(2) Kemalangan jalanraya ini berlaku pada 19 Mac 2009 jam lebih kurang 9.00 pagi di KM 65.4 Jalan Ipoh-Butterworth.

(3) Kedua-dua motorlori plaintif dan si mati dalam perjalanan dari arah bawah ke atas jika merujuk kepada rajah kasar exh P1.

[4] Keterangan pegawai penyiasat, Inspektor I/17978 Mohd Azri b Jamaludin

(1) Saksi ini menyediakan rajah kasar tempat kejadian exh P1 dan gambar tempat kejadian exh P2A-Q.

(2) Kerosakan motorlori No JEH 3972 (plaintif) adalah kemek pada besi penghadang muatan belakang. Kerosakan motorlori No JBW 5368 adalah remuk teruk di keseluruhan bahagian hadapan motorlori.

(3) Pemandu motorlori No JBW 5368, Tan Geem Hong, mati dalam kemalangan ini.

(4) Hasil siasatan kes ini, pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak dalam kemalangan ini.

Keterangan Plaintif

[5] Pada masa kejadian plaintif membawa motorlori No JEH 3972 melalui tempat kejadian dan ketika menaiki bukit, plaintif terdengar ada bunyi dari belakang motorlori. Plaintif meneruskan perjalanan sedikit dan semasa menurun bukit, plaintif memasang lampu kecemasan motorlori dan memberhentikan motorlori beliau di satu tempat yang lebih luas di bahu jalan iaitu "A"-"A1" dalam rajah kasar. Plaintif turun dari motorlori untuk memeriksa motorlori beliau. Apabila mendapati ada screw tertentu telah longgar, plaintif membuat keputusan kembali ke motorlori beliau untuk mengambil tanda amaran tiga segi. Semasa melangkah untuk balik ke motorlori dan semasa berada di tepi kiri tayar belakang motorlori, tiba-tiba motorlori plaintif dilanggar dari belakang. Akibat perlanggaran yang kuat ini motorlori plaintif tertolak ke hadapan dan tayar kiri belakang motorlori plaintif telah menggelek kedua-dua kaki plaintif dan seterusnya mengheret plaintif untuk jarak lebih kurang 5 meter. Lanjutan itu plaintif pengsan dan tidak tahu apa berlaku lagi. Akibat kemalangan ini plaintif ada membuat laporan polis NO 2456/09 (exh P6).

[6] Dalam pemeriksaan balas, plaintif berkata tempat kejadian adalah satu jalan yang lurus dan menurun bukit. Plaintif menafikan beliau sedang berada di bawah motorlori untuk menukar screw semasa motorlori beliau dilanggar.

Keterangan Defendan

[7] Tiada keterangan dikemukakan oleh pihak defendan kerana pemandu motorlori No JBW 5386 mati dalam kemalangan ini.

Keputusan Mahkamah Atas Liabiliti

[8] Dalam kes ini sungguhpun terdapat pertikaian tentang kedudukan motorlori plaintif sejurus sebelum kemalangan sama ada berhenti di antara "A"-"A1" atau antara "A1"-"A2", namun begitu mahkamah ini berpendapat dengan keterangan pihak plaintif bahawa:

(1) Kemalangan berlaku pada lebih kurang 9.00 pagi, keadaan cahaya terang.

(2) Plaintif memberhentika

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top