SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 2417

ARIFIN ZAKARIA, HASHIM YUSOFF, ABDULL HAMID EMBONG
ASZAHADDI ABU HASSAN – Appellant
Versus
PP – Respondent



The court emphasized the standard of prima facie evidence required for a conviction, confirming procedural integrity regarding judge involvement without infringing on the appellant's rights.

Headnote:(A) Dangerous Drugs Act 1952 - Section 39B(1)(a) - Appeal against conviction and sentence for drug trafficking involving cannabis weighing 4562 grams - Court finds no injustice in trial court's handling of evidence and procedural issues raised by the appellant concerning the presence of judges in hearing - Court emphasizes prima facie evidence standard at the conclusion of prosecution’s case. (Paras 1, 5, 10, 16)

(B) Burden of proof - The Courts must assess whether the prosecution has established a prima facie case at the end of the prosecution’s case, without requiring further evidence if the accused remains silent. (Paras 6, 9)

(C) Evidence assessment - Courts relying on witness testimonies establish an accused’s control over evidence found during apprehension, affirming conviction without need for further surveillance evidence. (Paras 14, 17)

Facts of the case:
The appellant was convicted for the possession of cannabis weighing 4562 grams, which he claimed was not his. The defense raised procedural concerns regarding the involvement of a judge in both the hearing and denial of a preliminary objection.

Findings of Court:
The court found that no substantial injustice arose from the judges’ involvement in the hearing and affirmed the conviction based on adequate testimonies against the appellant.

Issues: The main issues included the procedural integrity concerning the judge's participation and the adequacy of the burden of proof at the end of the prosecution's case.

Ratio Decidendi: The court ruled that the standard of prima facie evidence suffices for a conviction at the conclusion of the prosecution unless challenged by the defense, and judge participation in hearings did not compromise the judicial process.

Result: Appeal dismissed.

Table of Content
1. overview of the case and charge. (Para 1 , 2)
2. issue of disqualification of judge. (Para 3 , 4)
3. no injustice found regarding judge's participation. (Para 5)
4. misinterpretation of burden of proof. (Para 6 , 7 , 9)
5. burden of proof addressed in legal arguments. (Para 8)
6. witness credibility and prosecution's responsibility. (Para 10 , 11 , 12 , 15)
7. defendant's defense hinges on witness testimony. (Para 13)
8. substantial evidence and conviction validation. (Para 14 , 17)
9. cctv evidence discussion. (Para 16)
PENGHAKIMAN

Hashim Yusoff HMP:

(1) Ini adalah suatu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang telah mengekalkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas perayu di atas tuduhan mengedar dadah berbahaya iaitu cannabis seberat 4562 gram di bawah s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Semakan 1980) (Akta).

Fakta Kes

(2) Fakta kes adalah seperti yang dinyatakan dalam alasan penghakiman Mahkamah Rayuan (sila lihat ms 2-6) dan kami rasa tidak perlu diulangi di sini lagi.

Alasan Rayuan 1

(3) Di awal penghujahannya, peguam bagi pihak perayu membangkitkan isu bahawa YA Dato Hasan Lah, salah seorang ahli panel Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan daripada Mahkamah Tinggi berkenaan sepatutnya mengecualikan dirinya daripada mendengar rayuan ini kerana Yang Arif berkenaan telah turut menyertai korum Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 13 Ogos 2009 bersama YA Datuk Wira Low Hop Bing dan YA Dato Sulaiman bin Daud (korum pertama).

(4) Isu ini timbul berkaitan bantahan awal yang dibangkitkan oleh peguam perayu mengenai kemasukan satu eks. ID18, ke dalam rekod rayuan, di mana korum pertama itu telah membenarkan bantahan awal tersebut dan memerintahkan supaya eks. ID18 dipadamkan dari rekod rayuan. Namun apabila rayuan kes ini didengarkan pada 26 April 2010 di hadapan Mahkamah Rayuan, YA Dato Hasan Lah juga menyertai korum Mahkamah Rayuan bersama YA Dato Suriyadi Halim Omar (Hakim Mahkamah Rayuan ketika itu) dan YA Dato Ahmad bin Haji Maarop (korum kedua) di mana mereka telah menolak isu bantahan awal tersebut. Oleh itu peguam bagi pihak perayu menghujahkan YA Dato Hasan bin Lah tidak sepatutnya menyertai korum kedua tersebut kerana perintah yang dibuat oleh kuorum pertama itu. Justeru kes rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan seharusnya di dengar oleh suatu korum yang lain.

(5) Kami dapati tidak ada keterangan untuk menunjukkan bantahan dibuat terhadap kehadiran YA Dato Hasan Lah semasa Yang Arif berkenaan bersidang bersama YA Dato Suriyadi Halim Omar dan YA Dato Sulaiman bin Daud pada 26 April 2010. Oleh itu adalah tidak tepat untuk bantahan terhadap Yang Arif berkenaan menyertai korum kedua itu dibangkitkan di hadapan kami setelah rayuan di Mahkamah Rayuan selesai didengarkan. Kami berpendapat kehadiran YA Dato Hasan Lah dalam korum kedua pada 26 April 2010 itu tidak memudaratkan pihak perayu. Keputusan Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 26 April 2010 adalah sebulat suara. Penghakiman bertulis yang dibuat oleh YA Dato Ahmad bin Hj. Maarop, Hakim Mahkamah Rayuan jelas tidak merujuk kepada ID18 yang dipertikaikan itu. Kami berpendapat tidak ada ketidakadilan yang berlaku dan oleh itu hujahan peguam perayu mengenai isu ini tidak dapat diterima.

Alasan Rayuan 2, 3 dan 5

Isu Beban Bukti Di Akhir Kes Pendakwaan

(6) Peguam perayu menghujahkan Mahkamah Rayuan telah silap kerana tidak menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes ini telah membuat kesilapan apabila Yang Arif berkenaan hanya merujuk kepada kes Looi Kow Chai & Anor v. PP di akhir kes pendakwaan dan telah menggunakan beban bukti yang salah kerana beliau sepatutnya juga merujuk kepada kes Balachandran v. PP di mana telah diputuskan bahawa di akhir kes pendakwaan, YA Hakim bicara patut menyoalkan dirinya "jika tertuduh berdiam diri setelah pembelaan dipanggil, adakah Mahkamah berkeadaan untuk mensabitkannya bergantung semata-mata di atas keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan?"

(7)

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top