SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 1172

MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA
MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI LWN. SIN CHEW MEDIA CORPORATION BHD
[Writ Saman No: BB-A53CY-7-10/2023]



Petitioner Advocates:Haidhar Hamzi Mohmad Puad ,Respondent Advocate: Yiew Voon Lee

The court ruled that the publication did not constitute defamation as it posed questions rather than accusations, and the plaintiff failed to prove the defamatory nature of the statements.

Headnote:(A) Defamation Act 1957 - Sections 8 and 12 - The plaintiff, a Member of Parliament and Minister, filed a defamation suit against the defendant, a newspaper publisher, for publishing an article with an accompanying image that allegedly implied the plaintiff violated quarantine regulations during the COVID-19 pandemic. The court found that the article did not constitute defamation as it posed questions regarding the plaintiff's actions rather than making definitive allegations. The plaintiff's claims were dismissed, and costs of RM12,000 were awarded against him. (Paras 45, 46, 140, 143)

(B) Defamation - Elements of proof - To establish defamation, the plaintiff must prove that the words were defamatory, referred to him, and were published to a third party. The court ruled that the plaintiff failed to prove the elements of defamation. (Paras 51, 82, 85)

(C) Qualified privilege - The defendant successfully established a defense of qualified privilege, as the publication was made in the public interest regarding the plaintiff's conduct as a public figure. (Paras 92, 140)

(D) Public interest - The court emphasized the importance of responsible journalism and the necessity of reporting matters of public concern, particularly regarding government officials during a pandemic. (Paras 116, 140)

[1] Ini adalah Notis Rayuan Perayu/Plaintif MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI (NO K/P: 731209-11-5001) melalui Lampiran 107 yang tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan yang diberikan oleh Puan Hakim Sazlina binti Safie di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 10 Februari 2025, merayu kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam, Malaysia terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang menolak Writ Saman di Lampiran 1 yang difailkan oleh Perayu bertarikh 13 November 2020 dengan kos sebanyak RM12,000.00 perlu dibayar oleh Perayu/Plaintif.

Tuntutan Plaintif

[2] Plaintif adalah merupakan seorang Ahli Parlimen Kuala Nerus (P035), Terengganu dan pada masa yang sama, Plaintif berkhidmat dan/atau memegang jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

[3] Defendan adalah sebuah syarikat yang antara lain menerbitkan, mencetak dan mengedar akhbar Bahasa Cina, Sin Chew Daily.

[4] Plaintif memplidkan bahawa pada hari Selasa, 1 September 2020, jam 12:15 petang melalui Akhbar Bahasa Cina, Sin Chew Daily milik Defendan ("Akhbar tersebut") telah menerbitkan gambar peribadi Plaintif yang diiringi bersama artikel fitnah terhadap Plaintif di portal berita dalam talian Akhbar tersebut yang boleh didapati di pautan https://www.sinchew.com.my/content/content2335209.html ("Gambar & Artikel Fitnah tersebut").

(Sesalinan Gambar & Artikel Fitnah tersebut adalah dilampirkan di sini sebagai Lampiran A).

[5] Penerbitan Gambar & Artikel Fitnah tersebut juga dikongsi di laman Facebook Sin Chew Daily ("Laman Facebook tersebut") pada Selasa, pada 1 September 2020, jam 12:22 petang yang boleh didapati di pautan https://www.facebook.com/255057814552667/posts/3843044322420647/.

(Sesalinan perkongsian Gambar & Artikel Fitnah tersebut di Laman Facebook tersebut adalah dilampirkan di sini sebagai Lampiran B)

[6] Plaintif memplidkan bahawa dengan penerbitan Gambar & Artikel Fitnah tersebut yang menggunakan dan/atau diiringi dengan gambar daripada koleksi peribadi Plaintif ("Gambar Peribadi Plaintif tersebut"), Defendan telah dengan sengaja, secara salah dan/atau tanpa usul periksa, menimbulkan perkara berikut:

1. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantic, Plaintif telah pergi dan/atau berada di Belanda ketika pandemic Covid-19 dan pada ketika negara sedang dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);

2. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantik, Plaintif sebenarnya pergi melancong ke luar negara bersama isteri ketika PKPP di beberapa buah negara iaitu Turki, Belanda dan United Kingdom;

3. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantik, Plainitf telah melancong ke negara Belanda secara khususnya kerana Gambar Peribadi Plaintif tersebut yang dipilih dan/atau mengiringi Gambar & Artikel Fitnah tersebut terdapat mercu tanda dan/atau monument kebangsaan negara Belanda iaitu kincir angin;

4. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantik, Plaintif tidak pergi ke Turki atas kapasiti lawatan separa rasmi;

5. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantik, Plaintif telah menyalahguna kedudukan sebagai Jemaah Menteri demi kepentingan dan keselesaan diri dan ahli keluarga apabila pergi melancong ke luar negara ketika PKPP;

6. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantik, meskipun tajuk bagi Gambar & Artikel Fitnah tersebut dalam bentuk persoalan, namun kehadiran Gambar Peribadi Plaintif tersebut memberi inferens, tanggapan dan/atau kesimpulan yang negatif dan/atau dengan sengaja berniat jahat untuk menjejaskan reputasi Plaintif bahawa Plaintif sememangnya melancong ke luar negara; dan

7. Bahawa pada minda orang yang munasabah, secara harfiah dan semantic, penggunaan dan/atau penyertaan Gambar Peribadi Plaintif tersebut yang berlatarbelakangkan kincir angin yang merupakan monumen kebangsaan negara Belanda iaitu secara spesifiknya di Zaanse Schans, Belanda telah memberi inferens, tanggapan dan/atau menyebarkan gambaran dan/atau tangg

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top