2011 MarsdenLR 4696
MAHKAMAH SESYEN SHAH ALAM
KAMARUDIN OTHMAN & ANOR LWN. MOHAMAD IZUWAN HAYAT
[Saman No: 353-97-2009]
Liability in vehicular accidents is apportioned based on shared negligence, where both parties can bear responsibility, emphasizing the duty of care required while changing lanes. Reasonable damages must be grounded in factual assessments.
Headnote:(A) Traffic Accident Laws - Legal principles regarding liability and negligence in vehicular collisions are addressed. The court emphasizes that the driver who changes lanes must exercise caution and cannot solely blame the rear driver for an accident. (Paras 10-13)
(B) The principle of shared negligence and liability is invoked, highlighting that both parties held responsibility, with the plaintiff bearing 75% of the fault. (Paras 14)
(C) Quantum of damages for injuries must be reasonable and based on actual complications rather than theoretical claims. The assessment of the fracture required careful balance between different types of injuries. (Paras 18-24)
Facts of the case:
The accident involved two motorcycles on a divided lane and resulted from the plaintiff suddenly changing lanes without proper caution. The plaintiff was transporting his child and did not frequently use the road. The defendant, an experienced motorcycle user, asserted that the plaintiff recklessly crossed into his path. (Paras 1-12)
Findings of Court:
The court found the plaintiff liable for 75% of the accident, with the defendant being 25% responsible. The damages awarded were RM 45,000 for the first plaintiff and RM 8,000 for the second plaintiff, with an additional RM 3,240 in special damages. (Paras 33)
Issues: The main issues included the determination of responsibility for the collision, the extent of personal liability, and the appropriateness of the damage claims made by the plaintiffs. (Paras 10-14)
Ratio Decidendi: The court held that both parties contributed to the accident due to negligence, emphasizing that a driver changing lanes must maintain proper observation and cannot dismiss the fault of a vehicle behind them. Moreover, claims for damages should be rooted in reasonable and substantiated arguments. (Paras 14-26)
Result: The court ruled in favor of the plaintiffs, imposing liability at a proportionate rate and awarding specific damages.
| Table of Content |
|---|
| 1. details of the accident and initial findings (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8) |
| 2. arguments regarding liability and responsibility (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14) |
| 3. decision on liability percentages (Para 15 , 16 , 17) |
| 4. assessment of medical evidence and damages (Para 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32) |
| 5. final judgment and orders (Para 33) |
Fakta Kes
[1] Kes kemalangan jalanraya ini melibatkan dua buah motorsikal. Ia berlaku di dalam lorong motorsikal (khas untuk motorsikal-motorsikal) di Lebuhraya Persekutuan. Di tempat di mana lorong motorsikal itu dibahagi dua, iaitu satu lorong dibelah dua, motorsikal dari sebelah kiri ke sebelah kanan. Dengan demikian, motorsikal beliau telah menghalang dengan mengejut motorsikal yang sedang hendak melepasi beliau dari belakang.
Liabiliti
[2] Plaintif pertama sedang membawa anak beliau, plaintif kedua, pergi ke Subang Jaya untuk temuduga untuk pekerjaan pada hari tersebut. Jadi, jalan itu bukan jalan yang beliau gunakan tiap-tiap hari. Di tempat kemalangan, jalan motorsikal itu dibahagi dua dan berbentuk "Y". Pihak defendan mencadang beliau bukan menggunakan lorong itu setiap hari, adalah kemungkinan itulah sebab beliau telah masuk ke lorong yang di sebelah kiri dan kerana mengetahui lewat bahawa dia telah salah, beliau cepat-cepat tukar arah balik ke sebelah kanan. Dia menyeberang secara sedikit melintang dan telah menghalang kenderaan motorsikal defendan yang sedang menggunakan lorong di sebelah kiri untuk menuju terus, iaitu terus ke Klang.
[3] Defendan telah melukis tempat plaintif mula tukar arah "X" dan tempat plaintif bertembung dengan motorsikal defendan di "Y". Kedua-dua tanda ini ialah di dalam lorong menuju ke Klang. Plaintif tidak ada keterangan yang mencabar yang mencabar keterangan pihak defendan.
[4] Sikap plaintif pertama dan plaintif kedua menjawab soalan-soalan dengan tidak terus terang dan banyak kali tidak pasti macam mana hendak jawab dengan senyap untuk masa yang lama. Plaintif kedua juga bercakap tidak telus kerana apabila ditanya duduk di belakang pun perlu lihat kiri dan kanan, beliau memberi jawapan yang tidak logical.
[5] Defendan ialah seorang assistant event manager di sebuah arena sukan yang mengendalikan hockey, futsal, basketball dan martial arts events. Beliau berkata beliau ialah seorang pemain futsal yang bermain futsal setiap hari. Beliau muda. Defendan mencadangkan beliau ada pergerakan yang pantas. Percakapan beliau terus terang dan beliau menunjukkan bagaimana kedua-dua itu bertembung.
[6] Motorsikal plaintif berada di hadapan dan berada di tepi kiri jalan. Defendan hendak melepasi di sebelah kiri kerana beliau lebih laju daripada motorsikal di hadapan. Apabila sudah hendak memotong plaintif, tiba-tiba motorsikal plaintif bertukar arah hendak ke sebelah kanan menuju ke Subang Jaya. Dengan itu, beliau tidak dapat mengelak motorsikal plaintif lalu berlanggar dengan motorsikal plaintif di bahagian kanan dekat dengan belakang motorsikal.
[7] Gambar-gambar kerosakan motorsikal plaintif menunjukkan ada kesan calar dekat dengan bahagian belakang sebelah kanan.
[8] Versi plaintif mengatakan motorsikal defendan berlanggar tepat-tepat di bahagian belakang motorsikal adalah tidak jelas. Kalaulah dia bergerak dalam lingkungan 60km/j sehingga 80km/j, dan langgar tepat di belakang, sudah tentu seluruh bahagian belakang motorsikal plaintif akan hancur atau pun rim sudah bengkok habis dan tayar pun pecah.
[9] Kalau langgar di belakang pun bukan salah defendan. Plaintif yang bertukar arah masuk ke dalam laluan defendan.
[10] Defendan mencadang adalah tidak betul bila plaintif dilanggar di belakang, maka defendan 100% salah. Ini adalah pendekatan yang salah. Kalau begitu, kita berhenti mengejut dan jalan zig zag pun tidak sesuka hati pun tidak salah. Sudah tentu ada perbuatan yang salah di hadapan barulah kenderaan di belakang terlanggar beliau. Kalaulah kenderaan di hadapan bertukar arah secara s