SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 3763

CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
EON BANK BERHAD - Appellant
Versus
LEE SENG ON - Respondents

AWARD NO: 1669 TAHUN 2008 (KES NO: 5(4)/1-522/08)
Decided On : 09/23/2008

Advocates:
Peguamcara Pihak Pengadu - V Nanthakumar; T/n Kuppusamy & Co
Peguamcara Pihak Responden - Wong Heu Fun; T/n Zul Rafique & Partners

Rujukan:

Encik Lee Seng On ("Pengadu") telah membuat pengaduan di bawah Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 ("Akta") bahawa EON Bank Berhad ("Responden") telah tidak mematuhi Award No. 946 Tahun 2008 dalam Kes No. 4/4-1075/02.

AWARD

Pengaduan ini adalah difailkan oleh Encik Lee Seng On, Pihak Pengadu pada 25.07.2008 terhadap EON Bank Berhad, Pihak Responden, menurut Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perindustrian 1967 melalui Borang S kerana Pihak Responden tidak mematuhi Award No. 946 Tahun 2008 dalam Kes No. 4/4-1075/02 di antara pihak-pihak yang sama yang diperturunkan pada 29.05.2008.

Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan pada 23.09.2008 dengan kehadiran Encik V. Nanthakumar dari Tetuan Kuppusamy & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Pengadu dan Cik Wong Heu Fun dari Tetuan Zul Rafique & Partners, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Cik Wong Heu Fun memaklumkan Mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi telah memberi kebenaran kepada Pihak Responden untuk meneruskan semakan kehakiman terhadap Award tersebut dan Mahkamah Tinggi juga mengeluarkan perintah menggantungkan segala prosiding untuk menguatkuasakan Award tersebut. Dengan adanya perintah larangan tersebut daripada Mahkamah Tinggi, Encik V. Nanthakumar seterusnya memohon agar Pengaduan kes ini ditarik balik.

Memandangkan kes ini telah ditarik balik, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan kes ini.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top