SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2007 MarsdenLR 325

MAHKAMAH SESYEN TEMERLOH
KASSIM IBRAHIM & SATU LAGI LWN. SYED KHODRI SYED ABDUL AZIZ
[Rayuan Sivil No: 53-132-2005]



Petitioner Advocates:S Sivanesan ,Respondent Advocate: CM Maran

PENGHAKIMAN

Zainal Abidin Kamarudin HS:

[1] Fakta ringkas kes ini menunjukkan bahawa pada 23 Mei 2005, jam lebih kurang 3.30 petang ketika plaintif pertama yang sedang menunggang motorsikal yang bernombor CBK 2676 bersama-sama plaintif kedua sebagai pembonceng dari arah Kuantan menghala ke Temerloh telah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya dengan defendan yang memandu kereta bernombor JBP 8313. Kemalangan yang berlaku di Km 111, Jalan Kuantan - Kuala Lumpur telah menyebabkan plaintif-plaintif mengalami kecederaan dan kerugian dan mereka kini menuntut di antara lain gantirugi am dan khas termasuk faedah terhadap defendan.

[2] Plaintif telah memanggil empat orang saksi untuk memberi keterangan bagi pihaknya manakala pihak defendan sendiri telah memberi keterangan bagi pihaknya.

Liabiliti

[3] Secara umumnya di dalam kes-kes yang melibatkan tuntutan gantirugi kemalangan jalanraya, pada kebiasaannya akan terdapat lebih daripada daripada satu versi bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Apa pun beban bagi membuktikan kecuaian defendan di atas imbangan kebarangkalian terletak ke atas plaintif-plaintif yang menuntut gantirugi. Berdepan dengan dua versi yang berbeza oleh pihak-pihak yang terlibat, maka mahkamah terpaksa membuat penelitian secara keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan bagi menentukan versi mana yang lebih kebarangkalian atau adakah terdapat cuai sumbangan dari kedua belah pihak di dalam kemalangan tersebut. Di dalam perkara ini saya hanya merujuk kepada panduan yang telah diberi oleh Lim Beng Choon J di dalam kes Noorianti Zainol Abidin & Ors v. Tang Lei Nge, [1990] 2 MLJ 242:

"It has also been said that a trial judge should not approach the case upon the basis of deciding which of the two conflicting stories he should believe but rather on the basis of considering which version is inherently probable or improbable" - see for instance Koay Teik Choo & Ors v. R

[4] Oleh itu di dalam membuat keputusan terhadap liabiliti, mahkamah akan mengambilkira keterangan saksi-saksi bebas seperti pegawai penyiasat dan juga keterangan bisu seperti rajah kasar, gambar-gambar tempat kejadian, laporan-laporan polis yang dibuat serta kerosakkan yang dialami oleh kenderaan-kenderaan yang terlibat. Ini adalah selari dengan apa yang pernah dikatakan oleh Syed Agil HMS di dalam kes Chai Kah Sim v. Ishak Saad, [1986] 2 MLJ 132; [1986] CLJ (Rep) 80 seperti berikut:

"Both parties gave contradictory and conflicting versions of the accident. However the learned judge applied the correct test by taking into consideration the other available evidence, that is, the sketch plan, photographs of the scene of the accident and the police report lodged by both parties to assist in making his finding."

[5] Mengimbas kembali kepada keterangan Sjn Mejar Kamaruddin Muda (SP1) selaku pegawai penyiasat kes ini, beliau telah menyatakan ada membuat rajah kasar (P1 dan P1K) dan mengarahkan supaya gambar-gambar di tempat kejadian dirakamkan P2(A-E) ketika melawat tempat kejadian di Km 111 Jalan Kuantan - Maran pada 23 Mei 2005: Menurut SP1, siasatannya menunjukan bahawa arah perjalanan motorsikal plaintif adalah dari arah Maran ke Kuala Lumpur (dari Kuantan ke Kuala Lumpur) dari bawah ke atas (P1). Manakala arah perjalanan motorkar pula adalah keluar dari stesyen minyak Shell, Pekan Awah untuk keluar ke jalan besar menuju ke arah Kuantan. SP1 juga telah mengesahkan bahawa pecahan kaca dari kenderaan yang terlibat ditandakan sebagai I di dalam rajah kasar (eks PI) berada di bahu jalan sebelah kiri ke Kuantan iaitu bukan di laluan motorsikal tetapi adalah di kiri kenderaan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Malah tanda X yang dibuat oleh plaintif kedua sebagai point of impact menunjukkan bahawa defendan telah keluar dari simpang tersebut dan sedang masuk ke dalam laluan nya ketika kemalangan berlaku. SP1 juga mengesahkan bahawa siasatan kes kemalangan ini telah pun selesai dan pihak polis akan mengeluarkan saman kepada pemandu motorkar JBP 8313 yang bernama Syed Kh


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top