SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2009 MarsdenLR 2682

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
HAPIPAH MONEL

SYARIKAT YING MUI SDN BHD
Versus
GLORIA HOH NEE LOYSON

AWARD NO: 1285 TAHUN 2009 (KES NO: 19(13)/4-1648/04)
Decided On : 30 OKTOBER 2009

AWARD

LATAR BELAKANG

RUJUKAN INI telah didengar oleh Pengerusi Mahkamah 13 yang dahulu. Pendengaran rujukan ini telah ditamatkan pada 24 November 2006. Kedua-dua pihak telah diarahkan untuk memfailkan hujahan bertulis untuk diserahkan ke Mahkamah. Hujahan-hujahan bertulis tersebut telah diserahkan ke Mahkamah dan hujahan terakhir daripada pihak Syarikat diterima pada 24 September 2008. Pengerusi Mahkamah 13 yang mendengar rujukan ini telah tamat perkhidmatannya pada 15 Disember 2007 dan award ini masih tertunggak. Pada 13 Februari 2008 kedua-dua pihak telah bersetuju award bagi rujukan ini diturunkan oleh Pengerusi yang lain. Saya akan menurunkan award bagi rujukan ini.

FAKTA KES

Yang Menuntut bekerja dengan Syarikat sejak tahun 1980. Beliau bekerja sebagai Pengurus Syarikat yang mengurus Falee Flats Buildings Property. Yang Menuntut telah berkhidmat sehingga tahun 2002 iaitu selama 22 tahun. Pengasas Syarikat adalah bapa mertua kepada Yang Menuntut sementara Pengarah Syarikat COW1 adalah adik ipar Yang Menuntut.

Melalui surat bertarikh 6 Januari 1999 (CLB muka surat 30) Syarikat telah mengurangkan gaji Yang Menuntut daripada RM5,000 sebulan termasuk elaun 4% daripada jumlah sewa flat dan tempat letak kereta yang dipungutnya menjadikan gaji Yang Menuntut kepada sekitar RM3,200 sebulan.

Pada bulan Mei tahun 1999 kereta Syarikat No Pendaftaran WDF 9136 yang telah diperuntukkan kepada Yang Menuntut oleh pihak Syarikat selama 20 tahun telah diambil balik melalui surat bertarikh 30 April 1999. Ini telah menyebabkan Yang Menuntut terpaksa menggunakan pengangkutan awam semasa menjalankan tugasnya.

Pada tahun 2000 semua kakitangan Syarikat telah menerima bonus kecuali Yang Menuntut. Pada masa yang sama Yang Menuntut telah memohon untuk perlindungan perubatan daripada Syarikat disebabkan perlindungan perubatan persendiriannya telah luput. Sebelum ini Yang Menuntut telah menggunakan perlindungan perubatannya sendiri sehingga perlindungan perubatan ini luput tarikhnya bagi menjimatkan perbelanjaan Syarikat. Namun permohonan untuk bonus dan perlindungan perubatan ini telah ditolak oleh pihak Syarikat. Perkara ini terdapat di dalam surat Yang Menuntut bertarikh 24 Februari 2001. Jawapan daripada COW1 bertarikh 7 Mac 2001 surat daripada Yang Menuntut bertarikh 16 Ogos 2002 dan jawapan daripada COW1 bertarikh 15 November 2001. (Rujuk kepada CLWS-1 muka surat 4 Q & A12 dan CLB muka surat 31 - 36).

Pada sekitar 15 Januari 2002 COW1 memutuskan untuk menguruskan premis di Taman Industri Sungai Buloh milik Syarikat kepunyaan COW1 sendiri iaitu Beaufix Enterprise Sdn. Bhd. Yang Menuntut dikehendaki melaporkan mengenai pungutan sewa, penyenggaraan dan penyewaan dan sebagainya. Yang Menuntut diarah untuk menghadiri mesyuarat mingguan di Sungai Buloh dan Yang Menuntut diarah untuk melaporkan hal-hal Syarikat kepada Ms. Jackie Teh yang bukan merupakan Pengurus atau Pengarah Syarikat.

Lebih memburukkan lagi keadaan, Syarikat yang pada mulanya telah menyatakan bahawa tambang teksi akan dibayar balik oleh Syarikat, walau bagaimanapun telah mengenakan peraturan remeh temeh mengenai bayaran tambang seperti menghendaki nama pemandu teksi, nombor telefon bimbit pemandu teksi, resit tambang teksi dan sebagainya. Syarikat tidak membayar balik tambang teksi yang dituntut oleh Yang Menuntut untuk bulan Mei, Jun dan Julai 2002 dan telah mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab kepada Yang Menuntut iaitu yang bertarikh 16 Julai 2002 (COB muka surat 19), bertarikh 22 Julai 2002 (COB muka surat 21) dan yang bertarikh 29 Julai 2002 (COB muka surat 22). Yang Menuntut telah rujuk surat tunjuk sebab pada 31 Julai 2002 (COB muka surat 23 & 24).

Surat tunjuk sebab bertarikh 16 Julai 2002 adalah mengenai tuntutan perbelanjaan perjalanan Yang Menuntut tambang teksi untuk bulan Mei 2002 surat tersebut berbunyi:

" SYARIKAT YING MUI SDN. BHD

Mr.s Gloria Hoh

1-D, Falee Flats

Jalan Badak

55100 Pudu

Kuala Lumpur

July 16, 2002

SHOW CAUSE

We refer to the above matter.

It has recently c

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top