2009 MarsdenLR 2587
ROSLAN MAT NOR
SNC CONSOLIDATED SDN BHD – Appellant
Versus
ABDUL TALIB MOHD – Respondent
Dismissal of an employee must be justified by proven misconduct; absence of sufficient evidence invalidates termination and entitles the employee to compensation.
Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 - Seksyen 30(5) dan 30(6A) - Pembuangan kerja tanpa sebab yang munasabah - Pihak Menuntut sebagai Pembantu Gudang dipecat tanpa surat pengesahan jawatan semasa dalam tempoh percubaan - Pemecatan tidak dapat dibenarkan atas alasan pekerja tidak hadir kerja, melakukan dua pekerjaan, dan ditahan reman oleh polis disebabkan tidak ada bukti yang memadai untuk menyokong dakwaan tersebut. (Paras 37-40)
(B) Just Cause - Mahkamah mendapati tindakan majikan tidak mematuhi prosedur disiplin yang sewajarnya dan ketiadaan keterangan kukuh membuktikan salah laku pekerja. (Paras 20, 36)
(C) Kelayakan Pampasan - Majikan perlu membayar pampasan tertunggak berdasarkan pecahan gaji dan ganti rugi sebanyak lima bulan dengan jumlah keseluruhan lebih RM4,400. (Paras 39-40)
| Table of Content |
|---|
| 1. termination of probation employee. (Para 1 , 2) |
| 2. disciplinary issues including tardiness. (Para 3 , 4 , 5 , 6 , 8) |
| 3. explanation for absence and validity. (Para 9 , 10 , 11 , 12) |
| 4. legal principles on dismissal justification. (Para 17 , 18 , 19) |
| 5. impact of employee's arrest on employment. (Para 20 , 21 , 22) |
| 6. assessing impact of external employment. (Para 24 , 25 , 26) |
| 7. assessing tardiness as misconduct. (Para 30 , 31 , 32) |
| 8. reasons for dismissal must be substantiated. (Para 34 , 35) |
| 9. remedies for unjust dismissal. (Para 37 , 38 , 39 , 40) |
1. Pihak Menuntut telah bekerja dengan syarikat Pihak Responden pada 15hb. Januari, 2007 sebagai seorang Pembantu Gudang dengan pendapatan RM800.00 sebulan dengan tempoh percubaan 3 bulan dari tarikh. perlantikan.
2. Pihak Menuntut telah dibuang kerja pada 27.5.2007. Pada masa yang matang, Pihak Menuntut adalah seorang kakitangan percubaan. Ini adalah kerana tidak pada bila-bila masa dalam tempoh perkhidmatan Pihak Menuntut di Syarikat Responden, beliau telah diberikan surat pengesahan jawatan oleh Pihak Responden.
Keterangan Syarikat
3. COW1 didalam keterangan menyatakan beliau yang menemuduga Pihak Menuntut semasa beliau memohon kerja di Syarikat Responden.
4. COW1 menyatakan bahawa Pihak Menuntut sering datang lewat ke tempat kerja. Pada 27.3.2007, Pihak Syarikat telah mengemukakan surat amaran kepada Pihak Menuntut seperti berikut:
"Ruj. Kami : SNC/HR/07/03-0002
Tarikh : 27 Mac 2007
EN ABDUL TALIB BIN MOHD
Warehouse Assistant
PERKARA : SALAH LAKU - KEDATANGAN
Merujuk kepada perkara di atas, sebagai pekerja yang diberi tanggungjawab dalam Bahagian Gudang SNC anda didapati tidak menunjukkan contoh yang baik semasa menjalankan tugas anda. Anda sering kali didapati lewat masuk kerja pada waktu kerja terutama pada awal bulan Mac 2007 dan juga ada laporan yang kamu seringkali masuk lewat selepas waktu rehat.
Bermula pada pertengahan bulan Mac 2007, rekod kedatangan agak baik dengan kehadiran anda tidak pernah lewat dan waktu masuk kerja pada jam 7.00 pagi hampir setiap hari. Walau bagaimanapun anda didapati tidur dan hanya bangun tidur selepas pukul 9.00 pagi. Tiada makna anda masuk kerja awal tetapi hanya memulakan kerja selepas jam 9.00 pagi.
Sebagai pekerja yang berjanji untuk menunjukkan prestasi cemerlang semasa memohon kerja anda sepatutnya menunjukkan contoh teladan yang baik atas setiap perbuatan anda. Ini adalah PERINGATAN TERAKHIR dan pihak pentadbiran mengharapkan anda lebih bertanggungjawab atas segala tindakan kamu.
Yang benar,
Diterima oleh,
t.t.
t.t.
(JAS SARIPUDEEN OMAR)
(ABDUL TALIB BIN MOHD)
Pengurus Pentadbiran SNC
No. K/P: 710906-71-5077"
5. COW1 menyatakan bahawa Pihak Menuntut telah tidak hadir bertugas di syarikat pada 15.5.2007, 16.5.2007, 17.5.2007, 18.5.2007, 19.5.2007 dan 21.5.2007. Pada 17.5.2007, COW1 telah diberitahu oleh seorang kakitangan yang mengaku sebagai abang kepada Pihak Menuntut bahawa Pihak Menuntut telah ditahan reman berkaitan kes curi di Malaysian Oxygen Berhad.
6. COW1 nyatakan bahawa beliau telah mendapati Pihak Menuntut telah bekerja di Redza Security Sdn Bhd sebagai Pengawal Keselamatan di Malaysian Oxygen Berhad. COW1 berpendapat adalah sukar untuk Pihak Menuntut menumpukan perhatian kepada tugasnya di Syarikat Responden kerana beliau bekerja di dua buah tempat pada masa yang sama. COW1 menyatakan ini adalah punca beliau lewat hadir bekerja atau didapati tidak hadir di tempat kerja. Selain daripada itu, tindakan Pihak Menuntut ini adalah bercanggah dengan syarat perlantikan Pihak Menuntut yang tidak membenarkan Pihak Menuntut bekerja di tempat yang berlainan. COW1 mengesahkan bahawa peraturan ini tidak berkaitan dengan Pihak Menuntut. Ia dimasukkan dalam surat tawaran yang standard. COW1 nyatakan seperti berikut:
"Our company is dealing with security packaging, is one of the secret things in our company is cannot easily been exposed. If any executive or management level working with us they are not allowed to wo