2009 MarsdenLR 3790
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
HAPIPAH MONEL
SEKOLAH SRI MURNI
Versus
NITHIYAVANI PITCHAN
AWARD NO: 1338 TAHUN 2009 (KES NO: 19/4-704/06)
Decided On : 12 NOVEMBER 2009
LATAR BELAKANG
Kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan oleh Y.B Menteri Sumber Manusia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pada 20 Disember 2005. Pendengaran di Mahkamah Perusahaan bermula pada 4 Ogos 2008 dan kemudiannya kedua-dua pihak telah diarahkan untuk mengemukakan hujahan bertulis. Pihak Yang Menuntut sepatutnya memfailkan hujahan bertulisnya pada 4 September 2008 dan pihak Syarikat memfailkan hujahan pada 6 Oktober 2008 dan seterusnya pihak Yang Menuntut memfailkan jawapan jika ada pada 21 Oktober 2008.
Pihak Yang Menuntut telah gagal memfailkan hujahan bertulisnya pada tarikh yang telah ditetapkan. Mahkamah melalui surat bertarikh 9 Oktober 2008 telah mengarahkan pihak Yang Menuntut untuk memfailkan hujahannya pada atau sebelum 10 November 2008. Mahkamah juga memaklumkan kepada pihak Yang Menuntut bahawa sekiranya pihak Yang Menuntut gagal memfailkan hujahan mereka sebelum atau pada tarikh tersebut, pihak Syarikat dikehendaki memfailkan hujahan bertulis Syarikat tanpa menunggu hujahan bertulis daripada pihak Yang Menuntut. Mahkamah akan menganggap bahawa tiada hujahan bertulis daripada pihak Yang Menuntut dan akan menurunkan Award tanpa hujahan bertulis pihak Yang Menuntut.
Yang Menuntut masih lagi gagal memfailkan hujahan bertulisnya pada tarikh yang telah ditetapkan. Pihak Syarikat telah memfailkan hujahan bertulisnya pada 9 Disember 2008. Mahkamah menganggap pihak Yang Menuntut tidak berniat untuk memfailkan hujahan bertulisnya dan dengan ini menurunkan award bagi kes ini tanpa hujahan daripada pihak Yang Menuntut.
FAKTA KES
Pihak Syarikat telah memanggil seorang saksi iaitu Datuk Edmond Paul David A/L David Samuel (COW1) Pengarah Syarikat tersebut. Pihak Yang Menuntut juga memanggil seorang saksi iaitu Yang Menuntut sendiri (CLW1). Menurut COW1 Syarikat adalah sebuah sekolah rendah dan menengah swasta yang ditubuhkan pada tahun 1985. Pada tahun 2004 Syarikat mempunyai lebih kurang 600 pelajar dan lebih kurang 50 guru dan kakitangan. Guru-guru diambil berkhidmat untuk tempoh masa yang panjang ataupun tempoh masa yang singkat dan dibayar gaji mengikut bulan dan juga mengikut jam.
Yang Menuntut mula dilantik oleh Syarikat melalui surat bertarikh 29 Januari 2004 untuk tempoh selama 2 bulan iaitu dari 20 Januari 2004 sehingga 20 Mac 2004 COB-1 Tab 1 (selepas ini disebut Perjanjian Pertama). Surat Perjanjian tersebut berbunyi:
" SEKOLAH MENENGAH
Datuk E.P.D Samuel Phd
DMSM JMN AMN PJK
Director
DA04/SSMS/910/TS 29 January 2004
MS. NITHIYAVANI D/O PITCHAN
No: 712 Taman Permai
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
Dear Madam,
CONTRACT FOR SERVICE
You are hereby contracted as a Service Provider to teach at this school from 20 January 2004 to 20 March 2004.
The following are the terms of your contract:
1) Remuneration: As a Service Provider you will be paid RM1370 per month for the services you render.
2) Attendance Incentive: You will also be paid an attendance incentive of RM100 per month. (Please refer to the Guideline for Service Provider dated 1 January 2001).
3) Notice Period: This contract can be terminated during its currency by giving 14 working days notice. (Excluding Sundays & Public Holidays).
4) Place to work: Sekolah Sri Murni. You may be assigned to work at any other center under the jurisdiction of this organization if the need warrants.
5) Working Hours: 48 hours a week (6 days a week). Saturday is a working day. At the moment, you working time is from Monday to Friday (8:00 am to 5:00 pm) and Saturday (8:00 am to 12:30 pm). However, please note that the working hours are subject to changes and you will be notified by the administration office.
6) Teaching Period: Minimum 30 periods per week of 40 minutes' duration.
7) Reporting for Duty: You hereby agree to be back in school during the last week of each school holidays when requested to fo so.
8) Proper Order: You must keep the classroom clean and dity. The student's desk and chairs must always be arranged in an orderly manner.
9