SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2004 MarsdenLR 1617

MAHKAMAH PERUSAHAAN, KUALA LUMPUR
LUNAR SHIPPING AGENCIES SDN BHD LWN. TEOH SWE LIAN & SATU LAGI
[Award No. 1842 - 2004 No. Kes: 14/4-2865/04]



AWARD

Pertikaian mengenai pembuangan kerja Teoh Swe Lian @ Teoh Chwee Seng dan seorang perayu yang lain ("yang menuntut") oleh Lunar Shipping Agencies Sdn Bhd ("syarikat") masing-masing pada 30 Ogos 2003 dan 5 September 2003 telah dirujuk kepada mahkamah Perusahaan untuk satu keputusan melalui surat daripada Kementerian Sumber Manusia bertarikh 12 Oktober 2004.

"Seorang perayu yang lain" yang dinyatakan di atas ialah Goh Seng Lin yang beralamat di No. 35, Leboh Angsa, Taman Berkeley, 41150 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Lanjutan daripada rujukan tersebut mahkamah telah menetapkan kes ini untuk sebutan pada 6 Januari 2005 yang akan datang. Walau bagaimanapun, pada 16 Disember 2004, mahkamah telah menerima sepucuk surat bertarikh 13 Disember 2004 daripada Goh Seng Lin menyatakan hasratnya tidak ingin meneruskan tuntutannya terhadap syarikat.

Surat penama tersebut berbunyi seperti berikut:

"Date: 13 Dec, 2004

To: The Registrar,

Industrial Courts Malaysia,

Jalan Mahkamah Persekutuan,

50544, Kuala Lumpur

Attention.:Pn. Zulaini

Dear Madam,

Re: Case No: 14/4-2865/04 Between Lunar Shipping Agencies Sdn Bhd and Puan Teoh Swe Lion (a), Teoh Chwee Seng dan Seorang Perayu Lain

With reference to the above court case between the parties involve, I wish to apply to withdraw myself from the case concerned. I do not wish to pursue this case anymore.

I would like to thank all persons concerned who took time to prepare for this case. Any inconvenience caused is most regretted.

Yours Faithfully,

...

Name: Goh Seng Lin

No. 35, Leboh Angsa,

Taman Berkeley,

41150, Klang

Selangor Darul Ehsan"

Memandangkan kandungan surat itu yang begitu jelas, mahkamah dengan ini membatalkan tuntutan Goh Seng Lin terhadap syarikat dalam kes ini tanpa kebebasan untuk menghidupkan semula.

Bagi yang menuntut Teoh Swe Lian @ Teoh Chwee Seng, tuntutan beliau terhadap syarikat dalam kes ini akan diteruskan dan disebut pada 6 Januari 2005 seperti yang ditetapkan.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top