2005 MarsdenLR 2972
COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA
ABDUL KADIR SULAIMAN JCA , ARIFIN ZAKARIA JCA , NIK HASHIM JCA
YIT KEAN HONG
versus
PP
CRIMINAL APPEAL NO: B-05-11-01
Decided On : 10-14-05
For the appellant - Gurbachan Singh (Bachan & Kartar with him)
For the respondent/PP - Noorin Badaruddin DPP
Nik Hashim JCA:
The appellant was originally charged before the High Court Shah Alam for two offences: murder, for causing the death of Lew Kuan Fook, under s. 302 of the Penal Code (the Code), and attempted murder on Lew Kong Loy under s. 307 of the Code on 28 April 1998 at about 1am at No. 25, Kg. Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.
On the second day of the trial after four police witnesses had given their evidence, the prosecution tendered an amended charge for culpable homicide under s. 304 (first limb) of the Code in respect of the first charge. The second charge remained as it was. The amended charge and the second charge were read again to the appellant and he pleaded guilty to both the charges and understood the nature and consequences of his plea.
The facts of the case as submitted by the prosecution read as follows:
Fakta Kes
1. Pengadu dalam kes ini ialah Kopral 68741 Abdul Karim bin Lambak yang bertugas di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.
2. Pada 28 haribulan April 1998 jam lebih kurang 2.40 pagi, semasa pengadu bertugas di pejabat pertanyaan, Balai Polis Kuala Kubu Bharu, seorang lelaki Cina bernama Lew Kong Loy (iaitu "mangsa" dalam pertuduhan kedua) telah datang dalam keadaan cedera parah di bahagian leher serta berdarah. Pengadu telah mengarahkan supaya mangsa dihantar segera ke Hospital Kuala Kubu Bharu. Pengadu telah membuat suatu laporan maklumat pertama vide Kuala Kubu Bharu Report No. 453/99.
3. Kejadian tersebut telah dilaporkan kepada Insp Abdul Rashid bin Abu Bakar yang menjalankan siasatan dalam kes ini. Beliau telah pergi ke rumah beralamat nombor 25, Kampung Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu, di dalam Daerah Hulu Selangor, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan (iaitu merupakan "tempat kejadian"), pada jam lebih kurang 3.10 pagi, 28 haribulan April 1998.
4. Apabila sampai di tempat kejadian, Insp Abdul Rashid mendapati seorang lelaki Cina bernama Lew Kuan Fook (iaitu "simati" dalam pertuduhan pertama) sedang berdiri di pintu rumah dan berkeadaan seperti orang yang terbakar di bahagian atas badan serta kepala dan mengalami kecederaan di bahagian telinga sebelah kanan. Simati telah dihantar segera ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
5. Siasatan telah dijalankan di bahagian dalam tempat kejadian dan beliau mendapati kesan bakar dan darah di lantai simen dan kesan bakar pada sehelai kain di ruang tamu. Di ruang tamu rumah itu, terdapat kesan darah pada dinding dan juga kesan bakar pada sehelai kain yang dijumpai atas lantai. Di ruang dapur, terdapat kesan darah pada dinding dan tompokan darah atas lantai.
6. Jurugambar Lance-Kopral 109918 yang membantu Insp Abdul Rashid di tempat kejadian, telah mengambil gambar di tempat kejadian. Beliau juga ada mengambil gambar jalan tempat mangsa melarikan diri dari tempat kejadian serta gambar mangsa dan simati semasa rawatan dan gambar simati di bilik mayat pada tarikh kemudiannya.
7. Siasatan mendapati bahawa pada 28 haribulan April 1998, jam lebih kurang 1.00 pagi, simati telah balik ke tempat kejadian dari pusat permainan video. Simati adalah seorang yang mempunyai kecerdikan rendah dan masih bujang. Apabila mangsa melihat simati, dia telah memujuk simati supaya masuk ke dalam rumah tetapi simati enggan kerana keadaan panas. Mangsa kemudian telah masuk ke dalam rumah dan semasa berada dalam rumah itu, mangsa mendengar seseorang lelaki sedang bercakap dengan simati. Apabila mangsa keluar untuk melihat, dia mendapati lelaki tersebut ialah OKT. Mangsa biasa melihat OKT di kawasan tersebut sebelum itu dan setelah mangsa bertanyakan OKT apa hal, OKT telah beredar.
8. Mangsa telah masuk semula ke dalam rumah manakala simati masih enggan masuk ke dalam. Mangsa kemudiannya telah masuk ke dalam biliknya dan semasa berada dalam bilik, mangsa melihat OKT telah berada dalam rumahnya dan hendak pergi di ruang dapur. Mangsa telah bangun dan telah segera mengekori OKT ke ruang dapur. Di situ, mangsa melihat OKT mengambil sebilah pisau yang diletakkan pada din