SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 183

MAHKAMAH RAYUAN NEGERI SEMBILAN
DZULKARNAIN ZAINAL LWN. EMMA HAMBALI
[Semakan No: 05000-077-0015-2021]



The court has the discretion to extend the time to file a review when justifiable circumstances exist, prioritizing justice over rigid adherence to procedural timelines.

Headnote:(A) Syariah Civil Procedure (Negeri Sembilan) Enactment 2003 – Section 238 – Application for extension of time to file a review against the confirmation and registration of marriage – Court allows extension due to special circumstances. (Paras [1], [2], [14])

(B)

Criteria for Extension – Factors include duration of delay, reasons for delay, likelihood of success in review, and prejudice to the other party. (Paras [4], [6], [8])

Facts of the case:

The applicant sought permission to extend the period to file a review against a marriage confirmation that had lapsed for almost five years.

Findings of Court:

The court was satisfied with the justification for the delay and permitted the extension for fairness.

Issues

: Whether to grant the extension of time despite a significant lapse.

Ratio Decidendi:

The court emphasized the importance of justice and discretion in granting extensions, stating that prior guidelines are not strictly binding.

Result:

Extension granted, with review to be filed within 30 days.

PENGHAKIMAN

Mohd Na'im Mokhtar:

[1] Ini adalah suatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelanjutan tempoh masa memfailkan Semakan terhadap Kes Permohonan Pengesahan dan Pendaftaran Nikah kes mal no: 05200-012-0084 yang telah diputuskan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan pada 2 November 2016.

[2] Permohonan ini difailkan oleh Pemohon pada 1 November 2021 akibat kegagalan memfailkan Semakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Permohonan ini dibuat dengan merujuk kepada s 238 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 berkaitan bidangkuasa Mahkamah untuk memanjang atau memendekkan sesuatu tempoh masa iaitu:

Seksyen 238 - Memanjangkan Atau Memendekkan Masa

(1) Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, melalui perintah, melanjutkan atau memendekkan tempoh yang dalamnya seseorang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini atau oleh mana-mana penghakiman, perintah atau arahan untuk melakukan apa-apa perbuatan dalam mana-mana prosiding.

(2) Mahkamah boleh melanjutkan apa-apa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) walaupun permohonan untuk mendapatkan pelanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas habis tempoh itu.

[3] Berdasarkan Arahan Amalan Mahkamah Syariah No 7 Tahun 2014, mana-mana permohonan semakan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan oleh Mahkamah kecuali ianya dibenarkan oleh Mahkamah yang lebih tinggi. Arahan Amalan Mahkamah Syariah tersebut menyatakan:

Arahan Amalan No 7 Tahun 2014

Peraturan Semakan Kes Di Mahkamah Tinggi Syariah Atau Di Mahkamah Rayuan Syariah

"Saya ingin menarik perhatian YAA kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Tahun 2014 pada 3 dan 4 Muharram 1436H bersamaan 27 hingga 28 Oktober telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai Arahan Amalan berhubung dengan peraturan semakan kes di Mahkamah Tinggi Syariah atau di Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mengikut peraturan seperti berikut:

1. Permohonan semakan boleh dibuat ke atas kes mal atau jenayah sama ada kes yang dalam prosiding atau yang telah diputuskan.

2. Permohonan semakan kes oleh pihak-pihak hendaklah dibuat melalui Notis Permohonan bersama dengan Afidavit kecuali permohonan Hakim Syarie.

3. Senarai kriteria (bentuk-bentuk) kes yang boleh dibuat melalui permohonan semakan adalah:

i. Perintah / Penghakiman / Keputusan yang didapati bercanggah dengan nas Al-Quran / Al-Sunnah / Ijma' atau Qias seperti tempoh iddah tiga kali suci ketika isteri mengandung yang sepatutnya hingga melahirkan anak.

ii. Perintah / Penghakiman / Keputusan yang didapati bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada seperti menjatuhkan hukuman penjara melebihi tempoh yang ditetapkan oleh Akta / Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

iii. Kesilapan / kekhilafan oleh Hakim Bicara yang bersifat teknikal seperti kesilapan penulisan atau catatan bicara, kesilapan membuat rujukan prosedur dan undang-undang keterangan seperti perintah penyampaian gantian secara iklan dilaksanakan oleh pihak Defendan.

iv. Apabila hukuman yang diputuskan oleh seseorang Hakim Syarie semata-mata berdasarkan pengetahuannya mengenai fakta kes tersebut tanpa sebarang bukti yang lain, kemudian ternyata bahawa perkara tersebut tidak jelas.

v. Apabila ternyata kepada pihak Hakim Syarie mengenai kesilapan yang berlaku disebabkan keterangan atau pengakuan yang diberikan oleh kedua belah pihak.

4. Jika kes telah diputuskan atau keputusan akhir suatu isu yang berbangkit di dalam prosiding pendengaran kes telah dibuat (lazimnya melalui prosiding interlokutori atau bantahan) proses rayuan hendaklah digunapakai.

5. Jika kes telah diputuskan, dibangkitkan persoalan telah berlaku kecacatan dalam proses perbicaraan atau keputusan Hakim Bicara secara material bercanggah dengan undang-undang atau Hukum Syarak, maka proses semakan boleh dilaksanakan.

6. Jika kes belum diputuskan, isu berbangkit adalah berkaitan dengan tatacara pengurusan kes, tatacara prosiding perbicaraan ataupun isu-isu melibatkan tatacara berkaitan kete


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top