2023 MarsdenLR 189
MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
MOHD SYAZWAN GOBI ABDULLAH LWN. SUMUR MUTIARA SDN BHD
Award No: 895 Tahun 2023 [Case No: 7/4-729/20]
The court determined that the claimant did not qualify as an employee under the Industrial Relations Act due to lack of a formal employment contract and control.
Headnote:Statute Analysis: The case references Section 20(3) of the Industrial Relations Act 1967 concerning the unfair dismissal of Mohd Syazwan Gobi Bin Abdullah by Sumur Mutiara Sdn Bhd. Facts: The claimant argued dismissal without just cause, claiming stress due to job pressures, while the respondent denied employment existence.
Findings of Court:
The court primarily found based on contract existence and employer-employee relations under the statutory definition.
Issues: The key issue was whether the claimant was an employee.
Ratio Decidendi: The court elaborated on the employment definition per the Act, emphasizing aspects like control, and contractual obligations.
Result: The court ruled that claimant was not an employee, resulting in claim dismissal.
| Table of Content |
|---|
| 1. referral to industrial court under act. (Para 1 , 2) |
| 2. claimant's employment status and lack of formal contract. (Para 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11) |
| 3. determining employee status under the law. (Para 20 , 21 , 22) |
| 4. analysis of definitions of 'employee' and contract terms. (Para 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32) |
| 5. final ruling on the claimant's employment status. (Para 67 , 68) |
Rujukan
[1] Ini adalah rujukan Berhormat Menteri Sumber Manusia, Malaysia ke Mahkamah Perusahaan Malaysia di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk satu keputusan mengenai pembuangan kerja MOHD SYAZWAN GOBI BIN ABDULLAH ("Pihak Yang Menuntut") oleh SUMUR MUTIARA SDN BHD ("Pihak Syarikat").
[2] Mahkamah ini mengambil maklum dokumen dokumen dan kertas kausa yang difailkan oleh pihak berkenaan.
Dokuments Yang Difailkan
I. Pernyataan kes bertarikh 1 Jun 2021
II. Pernyataan Jawapan bertarikh 14 Julai 2020
III. Ikatan Dokumen Syarikat (COB1)
IV. Penyataan Saksi Syarikat, Mohd Rafidzan Bin Mohd Nadzri (COWS1)
V. Penyataan Saksi Syarikat, Seo Teng Chai (COWS2)
VI. Hujahan Bertulis Syarikat bertarikh 30 Disember 2022
VII. Ikatan Otoroti Syarikat
VIII. Hujahan Bertulis Yang Mununtut bertarikh 11 Januari 2023
[3] Pihak Yang Menuntut ("PYM") mengatakan bahawa pekerjaannya telah dihentikan oleh Pihak Syarikat secara tidak adil dan tanpa alasan yang munasabah pada 23 September 2019.
Fakta Latar Belakang
Kes Pihak Yang Menuntut
[4] Pihak Yang Menuntut ("PYM") mengatakan bahawa beliau telah diberhentikan dari pekerjaannya pada 23 September 2019 oleh Pihak Syarikat.
[5] Pada masa pemberhentian kerja, gaji terakhir PYM adalah sebanyak RM30,000.00 sebulan. PYM telah diberhentikan dari pekerjaanya tanpa sebarang notis dan gaji.
[6] PYM mengatakan bahawa beliau telah dianiayai oleh Pihak Syarikat dimana beliau telah banyak mengorbankan masa dan tenaga dan bekerja dengan penuh tekanan keseluruhan masa perkerjaanya.
[7] PYM juga telah mengalami masalah kesihatan disebabkan tekanan dari projek baru iaitu Projek Air Selangor Pakej 7 dibawah pengurusan Pihak Syarikat.
Kes Pihak Syarikat
[8] Pihak Syarikat mengatakan bahawa mereka telah dilantik sebagai kontraktor utama Projek Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ('PKNS') bagi kerja-kerja membaikpulih Sistem Paip Pembentungan Utama Bersaiz 1800MM, 1500MM, 1200MM, 900MM, 600MM dan 450MM berserta kerja yang berkaitan di Fasa 1 Selangor Cyber Valley, Mukim Dengkil, Daerah Sepang ('Projek PKNS').
[9] Pihak Syarikat juga dilantik sebagai kontraktor bagi projek "Proposed Pipe Replacement Program in Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur and Putrajaya For Year 2017/2018, Package 7: Sepang" yang dimiliki oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ('Projek Air Selangor').
[10] Sekitar bulan Julai 2017, PYM yang mewakili syarikat Infrastructure Enviro- Water Management Sdn Bhd ("IEWM") telah berbincang dengan Pihak Syarikat untuk dilantik sebagai pengurus projek bagi Projek PKNS, dan kedua-dua PYM dan Pihak Syarikat telah bersetuju secara lisan untuk melantik IEWM sebagai sub-kontraktor untuk melengkapkan kerja kerja PKNS bagi keseluruhan projek Pihak Syarikat.
[11] Memandangkan IEWM hanyalah sub-kontraktor kepada Pihak Syarikat, IEWM tiada kapasiti untuk berurusan terus dengan pihak PKNS bagi urusan urusan berikut:
i) Melaksanakan obligasi-obligasi Pihak Syarikat dalam kontrak antara Pihak Syarikat dan PKNS;
ii) Melaksana dan menyempurnakan kesemua kerja-kerja PKNS;
iii) Berurusan dengan pegawai dan konsultan PKNS;
iv) Menyediakan tuntutan kepada PKNS bagi Pihak Syarikat untuk kerja- kerja yang dilaksanakan; dan
v) Berurusan dengan PKNS bagi pembayaran kepada Pihak Syarikat.
[12] Maka IEWM telah mencadangkan kepada Pihak Syarikat supaya PYM diberikan gelaran sebagai Projek Kordinator Pihak Syarikat bagi membolehkan PYM berunding dan berurusan dengan PKNS secara terus. Dan Pihak Syarikat telah bersetuju dan memberikan gelaran Projek Kordinator di Pihak Syarikat.
[13] Gelaran ini diberikan kepada PYM