MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
AHMAD HATTA KAMARUZZAMAN LWN. PENDAKWA RAYA
[Permohonan Jenayah No: WA-44-75-04-2022]
| Table of Content |
|---|
| 1. application to quash charges. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5) |
| 2. court's inherent powers defined. (Para 6 , 7 , 8 , 9 , 10) |
| 3. arguments against mala fide prosecution. (Para 12 , 13 , 14 , 16 , 17 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26) |
| 4. charge must state elements of offense clearly. (Para 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 35) |
| 5. final ruling on the merit of charges. (Para 42 , 43) |
Pendahuluan
[1] Ini adalah permohonan Ahmad Hatta Kamaruzzaman (pemohon) untuk mengetepikan dan membatalkan pertuduhan terhadapnya dan dia dilepaskan dan dibebaskan.
Fakta
[2] Pemohon telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan di bawah s 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 . Pertuduhan terhadap pemohon adalah seperti berikut:
Bahawa kamu pada Jun 2017, di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Menara SSM@Sentral, No 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengelirukan Pendaftar Syarikat dengan satu pernyataan palsu berkenaan butir material di dalam Annual Return of Company Having Share Capital Aker Engineering Malaysia Sdn Bhd bertarikh 19 Mei 2017, iaitu satu dokumen yang dikehendaki diserahsimpan kepada Pendaftar Syarikat menurut peruntukan s 68 Akta Syarikat 2016 (Akta 777), yang mana pernyataan palsu tersebut adalah berhubung dengan "Section F: CERTIFICATE TO BE GIVEN BY ALL COMPANIES, (f) that none of the members of the company is holding shares as a nominee or trustee" sedangkan kamu mengetahui pernyataan tersebut adalah palsu. Oleh yang demikian,kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama.
[3] Pemohon tidak mengaku salah atas pertuduhan dan minta dibicarakan.
[4] Selepas dituduh di Mahkamah Sesyen pemohon memohon kepada Mahkamah Tinggi melalui notis usul bertarikh 26 April 2022 (Kand 1) untuk perintah-perintah/relif-relif berikut:
1. pertuduhan dan pendakwaan jenayah terhadapnya di bawah s 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dalam kes no WA-62R-10-02/2022 diketepikan dan dibatalkan;
3. prosiding dalam kes tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur digantung secara kekal.
[5] Pemohon menyenaraikan alasan berikut dalam menyokong permohonannya:
i. pertuduhan terhadapnya adalah tidak berasas kerana ia gagal menzahirkan suatu kesalahan sebagaimana yang diperuntukan di bawah undang-undang.
ii. pertuduhan terhadapnya adalah tidak berasas kerana dia tidak mengelirukan Pendaftar Syarikat.
iii. pertuduhan terhadapnya adalah tidak berasas kerana pendakwaan terhadapnya bertentangan dengan dasar dan pendirian pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
iv. Pendakwaan terhadapnya adalah bersifat mala fide.
v. siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah ultra vires, tanpa tujuan, tidak objektif dan tidak menyeluruh.
Dapatan Mahkamah
[6] Mahkamah mempunyai kuasa sedia ada untuk mengetepikan dan membatalkan pertuduhan atau menggantung pertuduhan secara kekal. Walau bagaimanapun kuasa ini tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya. Hanya dalam kes-kes tertentu sahaja kuasa ini boleh dilaksanakan.
[7] Kuasa sedia ada mahkamah mestilah dilaksanakan dalam hal keadaan luar biasa sahaja (exceptional circumstances) bagi mengelakan penindasan dan penyalahgunaan proses mahkamah. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Ahmad Zubair Murshid v. PP , [2014] 6 MLJ 831 seperti berikut:
However, the inherent powers of the court must be exercised in exceptional circumstances to prevent undue oppression and abuse of the process of the court.
[8] Mahkamah tidak boleh melaksanakan kuasa sedia ada berhubung mana- mana perkara yang diliputi oleh peruntukan khusus undang-undang atau pelaksanaannya akan melanggar mana-mana peruntukan khusus undang- undang. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes sama seperti berikut:
As such we may hasten to add that the inherent jurisdiction of the court is therefore not as wide as it seems to be. Much depends on the facts and circumstances and cle
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.