SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2017 MarsdenLR 2461

MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
NUR SHAFATUL SHAMILA MOHD RIDI (SEORANG BUDAK DAN MENDAKWA MELALUI WAKIL LITIGASINYA MOHD RIDI ABD ....
[Guaman No: A53KJ-578-08/2015]



Petitioner Advocates:Sooriabalan Mahalingam ,Respondent Advocate: Suresh,Shan,Su

The court upheld that damages for future risks can be awarded even if they have not yet manifested, based on prevailing medical evidence.

Headnote:In this judgment, the court examined statutory principles and precedents regarding awards for personal injuries. The plaintiff sought general and special damages due to a road traffic accident on September 28, 2014, where liability was apportioned among parties. The court determined damages after analyzing various medical reports and prior case law, highlighting the necessity for fair compensation according to established legal standards. The court held that future damages, including risks of amputation, could be accounted for based on medical evidence. The final decision awarded various amounts for injuries, including specific provisions for future medical needs and prosthetic costs.

Table of Content
1. claim for compensation due to injuries from a road accident. (Para 1 , 2 , 3 , 4)
2. court's guidance on fair award standards for damages. (Para 5 , 6 , 7 , 8 , 9)
3. analysis of medical evidence for determining damages. (Para 10 , 11 , 12 , 13)
4. court's ruling on future damage awards and medical considerations. (Para 14 , 15 , 16 , 17 , 18)
5. final determination of compensation amounts. (Para 41 , 42 , 43 , 44)
Nu'aman Mahmud Zuhudi HS:

[1] Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan adalah untuk gantirugi am, gantirugi khas, faedah dan kos bagi kecederaan dan kerugian yang dialami oleh plaintif akibat kemalangan jalanraya yang berlaku pada September 28, 2014 di antara plaintif dengan defendan-defendan.

[2] Liabiliti telah dipersetujui oleh pihak-pihak seperti berikut:

[3] Plaintif bertanggungan cuai sebanyak 30%, defendan pertama sumbang cuai sebanyak 50% manakala defendan kedua dan ketiga sumbang cuai sebanyak 20%.

[4] Setelah keputusan diberikan, defendan-defendan yang tidak berpuashati terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen telah merayu terhadap keputusan tersebut.

Kuantum

[5] Mahkamah telah merujuk kepada prinsip undang-undang yang mantap berkenaan award gantirugi, di dalam kes Wong Li Fatt William (an infant) v. Haidawali bt Bolhen & Anor, [1994] 2 MLJ 497 , YAA Richard Malanjum J menyatakan:

In considering the issue of quantum of damages, I bear in mind that an award must be fair which means that must be a proper compensation for the injury suffered and the loss sustained.

[6] Manakala dalam kes Fletcher v. Autocar and Transporter Ltd [1968] 1 All ER 726 di 750, Salmon LJ menyatakan:

The damages should be such that the ordinary sensible man would not instinctively regard them as either mean or extravagant, but to consider them to be sensible and fair.

[7] Dalam menentukan isu kuantum, mahkamah juga telah meneliti laporan-laporan perubatan, laporan-laporan pakar, gambar-gambar yang berkaitan serta hujahan-hujahan bertulis pihak-pihak sebelum memutuskan award bagi gantirugi am dan khas kepada plaintif. Mahkamah juga merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards sebagai garis panduan dalam menentukan award yang bersesuaian.

[8] Mahkamah juga dalam membenarkan award bagi keseluruhan gantirugi telah mengambilkira kenaikan harga barang, kos sara hidup yang tinggi, kadar inflasi, GST dan kedudukan nilai matawang.

[9] Isu ini sebagaimana telah dinyatakan dalam kes Mahlcamah Persekutuan Multar v. Lim Kim Chet , [1982] 1 MLJ 184 ; [1982] CLJ (Rep) 237 yang mana dinyatakan:

With inflation, it should be accepted that money nowadays cannot be regarded as having the same value in 1976.

[10] Pihak-pihak telah bersetuju untuk menerima laporan perubatan masing-masing tertakluk kepada hujahan. Laporan yang dirujuk adalah seperti berikut:

i. Laporan perubatan plaintif bertarikh Oktober 1, 2015 oleh Dr Chandra Kumari a/p Sivasankara Pillai dari Pusat Perubatan Universiti Malaya;

ii. Laporan perubatan plaintif bertarikh Mac 20, 2015 oleh Dr Satriya Sabir Husin Athar dari Putra Medical Centre;

iii. Laporan perubatan plaintif bertarikh Disember 23, 2015 oleh Dr Kantha Rasalingam, neurosurgeon;

iv. Laporan perubatan plaintif bertarikh Oktober 2, 2016 oleh Dr Subash Kumar Pillai dari UM Specialist Centre;

v. Laporan perubatan defendan bertarikh Disember 9, 2015 oleh Dr Vivek Ajit Singh dari UM Specialist Centre;

vi. Laporan klarifikasi oleh Dr Khairul Adli bin Salim dari HKL bertarikh Jun 13, 2016;

vii. Laporan perubatan plaintif bertarikh Jun 30, 2016 oleh Dr Kavitha Uma Ratnalingam, pakar rehabilitasi fizikal;

viii. Laporan klarifikasi dari HKL bertarikh July 18, 2016; dan

ix. Laporan perubatan defendan bertarikh Jun 30, 2016 oleh Dr Foong Chee Chong, pakar rehabilitasi fizikal.

Gantirugi Am (Atas 100% Liabiliti)

1. Open Fracture Midshaft Of The Radius/Ulna

[11] Peguam plaintif telah merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards yang menetapkan kecederaan radius/ulna antara RM19,500.00 hingga RM33,000.00 dan telah ber

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top