SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2018 MarsdenLR 2601

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH AMPANG
MAZ LWN. ASMH
[Kes Mal Bil: 10013-054-0210-2018]



A divorce pronounced in anger but with mental awareness is valid under Sharia law.

Headnote:This case concerns an application for the validation of a divorce pronounced outside of and without the court's permission under section 57 of the Selangor Islamic Family Law Enactment 2003. The court found the divorce valid, as plaintiff acknowledged his mental state during the declaration was clear. The court ruled on key issues: whether the divorce was pronounced in anger, during the wife's purity, and regarding multiple divorces in one declaration. It was determined the divorce was legitimate.

Table of Content
1. the relationship dynamics between the parties and the circumstances leading to the talaq. (Para 1 , 2 , 3)
2. the procedural aspects of talaq under malaysian islamic family law. (Para 4)

[1] Plaintif di dalam kes ini, MAZ (No K/P: XXXXX) kini menetap di rumah yang beralamat XXXXX, 68000 Ampang, Selangor. Manakala pihak Defendan, ASMH (No K/P: XXXXX) juga menetap bersama-sama Plaintif. Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 24 September 2016 dan belum dikurniakan cahaya mata.

[2] Plaintif telah memfailkan Saman dan Pernyataan Tuntutan ke dalam bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah Ampang pada 12 Mac 2018. Pada Hari Jumaat 9 Mac 2018 jam 11.30 pagi, kedua-dua Plaintif dan Defendan berada di rumah yang beralamat XXXXX, 53000 Kuala Lumpur. Plaintif telah melafazkan cerai ke atas Defendan secara berhadapan yang berbunyi, "Aku ceraikan engkau talaq tiga (3)". Defendan dalam keadaan suci yang telah digauli semasa kejadian lafaz tersebut berlaku dan tiada saksi yang melihat dan mendengar.

[3] Berdasarkan keterangan Plaintif dan Defendan, berlaku pergaduhan yang serius sehari sebelum kejadian lafaz tersebut. Pada hari kejadian lafaz itu juga, pihak-pihak bergaduh dan Defendan mengaku telah mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencabar Plaintif sehingga melafazkan cerai talaq tiga (3). Plaintif juga mengaku bahawa beliau melafazkan cerai di dalam keadaan terlalu marah namun sedar ketika menuturkan lafaz tersebut.

[4] Kes ini merupakan tuntutan untuk mengesahkan penceraian yang berlaku di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah di bawah peruntukan s 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUUKIS 2003) yang secara jelas memberi kuasa kepada Mahkamah bagi mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak:

(1) Walau apa pun s 55, seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.

(3) Jika Mahkamah berpuashati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada s 125:

(a) Membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq;

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top