MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
NORAIZUWAN HAMALI LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: R-05(M)-49-01-2022]
PENGHAKIMAN
Mukadimah
[1] Pertuduhan terhadap perayu di Mahkamah Tinggi Kangar, Perils adalah seperti berikut:
"Bahawa kamu pada 18 April 2018 jam 3.45 petang hingga 19 April 2018 jam lebih kurang 12.10 tengah malam, di alamat No 33, Jalan Arau, Lorong Cempaka, Kampung Jejawi, di dalam Daerah Kangar, di dalam Negeri Perlis telah membunuh XXXX KPT: XXXX. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 302 Kanun Keseksaan .
[2] Di akhir kes pembelaan, pada 21 Januari 2022, Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah mendapati perayu bersalah sepertimana pertuduhan. Perayu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
[3] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pada 25 Januari 2022, Perayu telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Fakta Kes Pendakwaan
[4] Pada 19 April 2018, jam lebih kurang 12.10 tengah malam, SP3 (Doktor Koo Shao Chang) semasa bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar telah menerima seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun bernama XXXX (si mati) yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. SP3 telah memberikan bantuan pernafasan/CPR dan juga intubasi ke atasnya namun malangnya si mati gagal diselamatkan.
[5] Semasa menerima si mati, SP3 telah membuat pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kening dan mata, bawah dagu kiri dan kanan, bahagian perut dan lengan di samping terdapat kesan pendarahan pada kedua-dua mata si mati.
[6] Pada tarikh yang sama pada jam lebih kurang 10.00 pagi, SP1 (Lans Koperal Faizrul Hafizi bin Ab Rashid) ketika bertugas di kaunter pertanyaan Balai Polis Kangar telah menerima panggilan telefon daripada Sjn Arifiin bin Isha yang menyatakan bahawa beliau ada menerima maklumat daripada SP3 berkenaan kematian si mati. Maklumat yang diterima oleh SP1 tersebut telah dijadikan sebagai Laporan Polis Kangar 3109/18 (P3).
[7] Bertindak di atas laporan SP3 tersebut, pada tarikh yang sama juga, pada jam lebih kurang 10.35 pagi, SP12 (lnsp. Anuar bin Ekol - Pegawai Penyiasat awal) bersama-sama SP2 (Koperal Mohd Azhar bin Shahrudin-Jurufoto) dan Detektif L/KPL 186162 Mohd Fitri telah berlepas ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah Kangar dengan menaiki kenderaan kereta pasukan. Sesampai di destinasi yang dituju pada jam sekitar 10.45 pagi, SP12 dengan diiringi oleh SP3 telah melihat keadaan si mati dan SP12 mendapati terdapat banyak kesan lebam pada tubuh badan si mati.
[8] Pada tarikh yang sama, jam lebih kurang 1.00 tengah hari, SP12 bersama SP2 dan Detektif L/KPL 186162 Mohd Fitri telah membawa si mati dengan menaiki van polis dengan diiringi oleh ibu is mati iaitu SP7 (Nurul Azieda binti Nozaimi) menuju ke Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar, Kedah bagi tujuan bedah siasat.
[9] Pada jam lebih kurang 3.25 petang, SP12 dan SP2 telah menghadiri bedah siasat ke atas si mati dengan pengecaman mayat si mati telah dibuat oleh SP7 dan emak saudara si mati di hospital tersebut.
[10] SP6 (Doktor Mohd Suhani bin Mohd Noor-Patologist) telah melakukan bedah siasat ke atas si mati secara luaran dan dalaman. SP6 mendapati terdapat sekurang-kurangnya 47 kecederaan yang antaranya terdapat kecederaan berganda yang serius.
Kecederaan Luaran
(i) Kesan-kesan lebam yang berganda di sebelah belakang, tepi kanan dan tepi kiri kulit kepala.
(ii) Kesan lebam pada kelopak mata alas sebelah kanan dan pendarahan di bawah selaput mata pada kedua-dua belah mata.
(iii) Kesan melecet yang kecil pada bibir atas dan kesan-kesan lebam yang kecil pada kawasan dagu.
(iv) Kesan lebam di sebelah bawah kedua-dua belah kiri dan kanan rahang bawah serta kesan-kesan lebam kecil di sebelah hadapan leher.
(v) Kesan-kesan lebam yang berganda di sebelah kiri dan kanan dan di bahagian tengan sebelah atas dada.
(vi) Sekelompok kesan-kesan lebam yang berganda di bahagian tengah dada.
(vii) Kelompok kesan-kesan lebam yang berganda di tepi kiri dan tepi kanan bahagian dada.
(viii) Kesan melecet yang sedang sembuh di puting dada kanan dan kiri serta kesan-
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.