SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 2365

MAHKAMAH MAJISTRET BATU PAHAT
PENDAKWA RAYA LWN. JAMALUDDIN YUSOF
[Kes Jenayah No: JC-83RS-31-04/2024]



Petitioner Advocates:Farah Wahidah Mohd Sharip ,Respondent Advocate: Kamarul Arifin Nordin

Pengakuan salah tidak secara automatik menjamin hukuman ringan, terutama bagi pesalah berulang, dan kepentingan awam harus diutamakan dalam menjatuhkan hukuman.

Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 380 - Kesalahan mencuri dalam bangunan - Tertuduh mengaku salah atas pertuduhan mencuri barang-barang dari kedai - Mahkamah menerima pengakuan dan menjatuhkan hukuman penjara 1 bulan setelah mempertimbangkan rayuan mitigasi dan hujahan pemberatan - Pengakuan salah dianggap sebagai faktor mitigasi tetapi tidak mengatasi kepentingan awam. (Paras 9, 11, 12, 44)

(B) Pengakuan Salah - Mahkamah perlu memastikan pengakuan salah dibuat secara teratur dan tanpa syarat - Pengakuan salah tidak secara automatik membawa kepada hukuman yang lebih ringan jika kepentingan awam memerlukan sebaliknya. (Paras 11, 25, 43)

(C) Kepentingan Awam - Mahkamah harus mempertimbangkan kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman, terutamanya bagi pesalah berulang. (Paras 41, 42)

PENGHAKIMAN

Suhaila Shafi'uddin M:

Pendahuluan

[1] Tertuduh dalam kes ini telah dituduh di Mahkamah ini pada 22 April 2024 di atas satu pertuduhan di bawah s 380 Kanun Keseksaan seperti berikut:

Pertuduhan:

"Bahawa kamu pada 18 April 2024 jam lebih kurang 1.15 petang di kedai 99 speedmart Taman Gemilang Harmoni, Parit Raja di dalam daerah Batu Pahat, di dalam negeri johor darul takzim telah mencuri dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat menyimpan harta iaitu 10 tin sardin jenama ayam brand, 4 botol listerine, 2 botol nescafe classic daripada milikan syarikat 99 speedmart, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 380 Kanun Keseksaan .

Hukuman:

Penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian hendaklah dihukum dengan penjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat."

[2] Pertuduhan tersebut telah dibacakan dan diterangkan kepada Tertuduh yang diwakili oleh Encik Kamarul Arifin Bin Nordin peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dalam Bahasa Malaysia dan Tertuduh telah mengaku salah. Tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan salah tersebut termasuklah hukuman yang bakal dikenakan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

[3] Selanjutnya, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Farah Wahidah Binti Mohd Sharip telah mengemukakan fakta kes yang ditandakan sebagai ekshibit P1. Tertuduh mengakui fakta kes tersebut sebaik sahaja dibacakan dan diterangkan kepada Tertuduh.

[4] Fakta kes secara ringkasnya, pada 18 April 2024 jam lebih kurang 1.15 tengah hari semasa Pengadu berada di kedai 99 speedmart Taman Gemilang Parit Raja, Pengadu telah ditunjukkan dengan gambar Tertuduh yang bersama-samanya barang-barang dengan tanda harga 99 Speedmart oleh seorang pekerja dari Pasaraya Dian Pang. Pekerja tersebut memaklumkan Tertuduh juga ada mencuri di Pasaraya Dian Pang. Pengadu yang berasa curiga dengan gambar tersebut telah memeriksa rakaman CCTV dan mendapati Tertuduh telah datang dan mengambil barangan di kedai tersebut iaitu 10 tin sardin jenama ayam brand, 4 botol pencuci mulut jenama listerine dan 2 botol kopi jenama nescafe classic. Sejurus daripada itu, Tertuduh telah ditahan oleh pekerja Pasaraya bersama-sama dengan barang yang dicuri di dalam plastik yang diletakkan di tempat duduk hadapan sebelah kiri dalam motorkar jenis Myvi. Pengadu kemudiannya telah menyerahkan Tertuduh bersama-sama dengan barang-barang yang dicuri kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

[5] Tertuduh juga telah mengecamkan dan mengakui benar kesemua gambar barang kes (Ekshibit P5), gambar tempat kejadian (Ekshibit P6) dan gambar tangkap Layar CCTV yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan (Ekshibit P7).

[6] Senarai ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah seperti berikut:

Lampiran - Rekod Kesalahan Tertuduh

P1 - Fakta kes

P2 - Laporan Polis Parit Raja/866/24

P3 - Laporan Polis Tambahan Parit Raja/867/24

P4 - Laporan Polis Tangkapan Parit Raja/868-869/24

P5 - Gambar Pegun CCTV 2 keping

P6 - Gambar barang kes

P7 - Gambar Tempat kejadian 2 keping

Mitigasi

[7] Dalam rayuan mitigasinya Encik Kamarul Arifin Bin Nordin bagi pihak YBGK menyatakan seperti berikut:

i. Tertuduh telah mengaku salah menjimatkan masa Mahkamah dan wang kerajaan

ii. Tertuduh berusia 64 tahun mohon ambil kira sebagai warga emas

iii. Tahap pendidikan darjah 6

iv. Bekerja sebagai pengawal keselamatan gaji RM1,600.00 sebulan

v. Telah kematian isteri dan ada 4 orang anak

vi. Tertuduh telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan

vii. Tertuduh mohon hukuman minima

Pemberatan

[8] Timbalan Pendakwa Raya (TPR) telah mengemukakan hujahan pemberatan seperti berikut:

i. Mohon hukuman berat dikenakan

ii. Mempertimbangkan keseriusan kesalahan yang dilakukan serta kerugian mangsa di dalam kes ini

iii. Tertuduh mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes curi

iv. Mohon hukuman berat sebagai pengajaran dan tauladan demi menjaga kepe



Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top