SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 137

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
PENDAKWA RAYA LWN. NUR BAKTI ABD RAHMAN & SATU LAGI
[Rayuan Jenayah No: B-05(H)-85-02/2024]



The court emphasized that migrant smuggling is a serious offense requiring stringent penalties, and a guilty plea does not automatically warrant leniency in sentencing.

Headnote:(A) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 - Seksyen 26A - Tuduhan penyeludupan migran - OKT mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman 4 tahun penjara - Pendakwaan merayu atas alasan hukuman tidak mencukupi - Mahkamah mengakui kesalahan serius dan menetapkan hukuman 8 tahun penjara - Kegagalan mahkamah rendah mengambil kira kepentingan awam dan keseriusan kesalahan. (Paras 2, 9, 25)

Facts of the case:
OKT dituduh menyeludup 25 migran tanpa dokumen sah pada 9 Oktober 2023, mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman 4 tahun penjara. Pendakwaan merayu kerana hukuman dianggap tidak mencukupi. (Paras 1, 2)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati hukuman 4 tahun tidak mencukupi dan menetapkan hukuman baru 8 tahun penjara untuk mencerminkan keseriusan kesalahan. (Paras 9, 25)

Issues: Adakah hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah rendah mencukupi berdasarkan keseriusan kesalahan dan kepentingan awam? (Paras 8, 9)

Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan bahawa kesalahan penyeludupan migran adalah serius dan perlu dihukum dengan ketat, serta mengingatkan bahawa pengakuan bersalah tidak semestinya menjadi faktor utama dalam meringankan hukuman. (Paras 9, 25)

Result: Rayuan dibenarkan; hukuman ditingkatkan kepada 8 tahun penjara. (Paras 25)

PENGHAKIMAN

Che Mohd Ruzima Ghazali HMR:

Pendahuluan

[1] Nur Bakti bin Abd. Rahman (OKT1) dan Herman (OKT2) ialah dua orang warganegara Indonesia yang tiada sebarang pengenalan diri atau pun pasport yang telah dituduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan melakukan penyeludupan seramai 25 orang migran seperti yang berikut:

Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas pada 9 Oktober 2023 jam lebih kurang 0100 hrs bertempat di Lat 2 darjah 47.899 minit (N) Long 11 darjah 17.816 minit (E) dengan jarak lebih kurang 2.5 BN dari pantai Pulau Carey, Telok Panglima Garang, di dalam Negeri Selangor, telah menyeludup migran seperti di Lampiran A, oleh yang demikian, kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan.

Lampiran A

1. Nama: Danial Klau, Pass: Tiada

2. Nama: Arlinu Gomes, Pass: Tiada

3. Nama: Ferdynanrus Rame, Pass: Tiada

4. Nama: Rizky Anata, Pass: E2345602

5. Nama: Agustian Sitorus, Pass: Tiada

6. Nama: Rizal Sandi Agung, Pass: Tiada

7. Nama: Shahruramadhan, Pass: Tiada

8. Nama: Zulkifili, Pass: E3712612

9. Nama: Irfan Effindi, Pass: Tiada

10. Nama: Bukhari, Pass: E2808848

11. Nama: Mulyadi, Pass: C6270626

12. Nama: Riyanda, Pass: C8561120

13. Nama: Moadin, Pass: Tiada

14. Nama: Ratnawati, Pass: E3057816

15. Nama: Mardiah, Pass: Tiada

16. Nama: Elma Mariana Dida, Pass: Tiada

17. Nama: Habibah, Pass: E3528086

18. Nama: Indi Widya Lestari, Pass: Tiada

19. Nama: Lela Tasya, Pass: Tiada

20. Nama: Nazila Esmi, Pass: Tiada

21. Nama: Putri Amanda, Pass: Tiada

22. Nama: Maria Adelin Hoar, Pass: Tiada

23. Nama: Maria Margareta Seran, Pass: Tiada

24. Nama: Sutiah, Pass: E0670764

25. Nama: Wilna Jesika Elisa, Pass: Tiada, Umur: 4 tahun Perempuan

[2] Setelah pertuduhan dibacakan, kedua-dua OKT mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 4 tahun yang bermula daripada tarikh kedua-dua OKT ditangkap pada 9 Oktober 2023. Tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut, Pendakwa Raya mengemukakan rayuan ke Mahkamah ini.

[3] Untuk memudahkan sebutan, pihak-pihak akan dirujuk sama seperti di Mahkamah Tinggi, iaitu OKT dan Pihak Pendakwaan (PP).

Dapatan HMT Mengenai Hukuman

[4] Semasa membuat pertimbangan, HMT telah merujuk prinsip-prinsip asas berkaitan penghukuman yang diputuskan dalam kes-kes autoriti iaitu, R v. Ball 35 Cr App R 164, Abdul Karim v. Regina; Sundra Singh v. Regina; Loh Kai Hoi v. Regina; [1954] 1 MLJ 86, PP v. Jafa Daud; [1981] 1 MLJ 315, R v. James Henry Sargeant [1974] 60 Cr App R 74, Wan Ji Wan Hussin v. PP; [2024] 1 MLJ 142 dan Bhandulananda Jayatilake v. PP; [1982] 1 MLJ 83.

[5] Seterusnya, HMT merungut kerana PP tidak ada membuat sebarang rujukan kepada mana-mana keputusan mahkamah terdahulu berkaitan dengan penghukuman menurut s 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan beliau perlu membuat carian sendiri bagi mendapatkan kes-kes berkenaan. Lihat perenggan [11] Alasan Penghakiman (AP) HMT.

[6] Dalam AP, HMT telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes-kes PP v. Houssin Sazzad, Nurul Islam lwn. Pendakwa Raya; [2016] 12 MLJ 433, Pendakwa Raya lwn. Marwan Sirait (W/Indonesia), PP v. Suahaili Hassan & Anor; [2018] 8 MLJ 291; [2018] 7 CLJ 511; [2018] 7 AMR 798, PP v. Koh Chin Wah & Anor, PP v. Tamberin Tane & Anor, Pendakwa Raya lwn. Ekok Mualip Baharom [2023] 1 LNS 1928 dan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Tahir Bahtiar & Satu Lagi lwn. Pendakwa Raya; [2018] 8 CLJ 174.

[7] Dalam menentukan tempoh hukuman pemenjaraan terhadap kedua-dua OKT, HMT telah membuat rumusan sepertimana berikut di perenggan [23] dan [24] AP:

[23] The court considered that both the accused pleaded guilty at the earliest opportunity and saved the court's time and expenses of the public purse. Furthermore the accused who were arrested on the 9 October 2023, will s


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top