SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2022 MarsdenLR 1337

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
LIM GUAN ENG LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: W-05-239-07/2021]



Petitioner Advocates:Gobind Singh Deo,Ramkarpal Singh,Mohd Haijan Omar ,Respondent Advocate: Wan Shaharuddin Wan Ladin,Law Chin How &,Francine Cheryl Rajendran

The Federal Court confirmed the constitutionality of Section 62 of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act, emphasizing the binding nature of its decisions and the rigorous criteria needed for case transfers.

Headnote:(A) Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 – Section 62 – Criminal Procedure Code – Section 417 – Application for transfer of trial – The respondent's application to transfer criminal cases from the Sessions Court to the High Court was rejected by the High Court of Malaya, citing the unconstitutionality of Section 62 ASPRM which was later upheld by the Federal Court – The court's decision emphasized that the criteria for transferring cases must demonstrate unusual difficulty and necessity for greater justice. (Paras 13, 30)

(B)

Legal Precedent – The Federal Court’s decisions hold mandatory authority, particularly in matters of constitutional law; absence of written reasoning does not negate binding effect. (Paras 12, 21, 22)

(C)

Transfer of Cases – Application must surpass threshold criteria demonstrating unique legal challenges, which the appellant failed to substantiate in this instance. (Paras 26, 29)

PENGHAKIMAN

Che Mohd Ruzima Ghazali HMR:

[1] Melalui satu Notis Permohonan bertarikh 8 Julai 2021, Lim Guan Eng (perayu) mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memohon perintah supaya Kes-Kes Tangkap No: WA-61R-16-08-2020, WA-61R-17-08-2020 dan WA-61R-22-09-2020 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang melibatkan perayu dipindah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan. Serentak dengan itu, perayu turut memohon agar semua prosiding terhadapnya di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ditangguhkan sementara menunggu keputusan muktamad permohonannya.

[2] Setelah meneliti afidavit-afidavit yang difailkan, mendengar hujahan- hujahan yang dikemukakan peguam perayu dan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) membuat keputusan untuk menolak permohonan perayu. Terkilan dengan keputusan HMT, perayu merayu.

Rayuan Di Hadapan Kami

[3] Peguam perayu mendakwa bahawa HMT melakukan kesilapan dari segi undang-undang apabila mendapati bahawa Mahkamah Persekutuan telah pun secara jelasnya memutuskan dua persoalan undang-undang yang dibangkitkan perayu di dalam alasannya untuk memindahkan prosiding perbicaraan kes- kes terhadap perayu ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan. Dua persoalan undang-undang tersebut adalah mengenai:

(a) penyerahan pernyataan pembelaan di bawah s 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009); dan

(b) permohonan bagi mendapatkan pernyataan saksi di bawah s 51 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

[4] Dalam hujahan di hadapan kami, peguam perayu menyatakan bahawa mereka mengulangi apa yang telah dihujahkan di hadapan HMT. Bagi persoalan undang-undang pertama, dihujahkan bahawa Mahkamah Rayuan dalam Kes Lim Guan Eng v. PP & Another Appeal, [2018] 1 MLJ 433 (kes Lim Guan Eng 2018)telah memutuskan bahawa peruntukan s 62 ASPRM adalah tidak sah kerana bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Di atas rayuan pihak Pendakwa Raya, Mahkamah Persekutuan telah mengakas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Namun begitu, tidak ada alasan penghakiman yang disediakan. Dengan merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Malaysian Motor Insurance Pool v. Tirumeniyar Singara Veloo ; 2019 MarsdenLR 910 (kes Malaysian Motor Insurance Pool) dan kes Vishnu Telagan v. Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors; [2019] 6 MLJ 1; 2019 MarsdenLR 18 (kes Vishnu Telagan), dihujahkan bahawa suatu keputusan tanpa alasan penghakiman bukankan satu keputusan yang mengikat.

[5] Berdasarkan fakta tersebut, peguam perayu menyatakan bahawa pihaknya memberikan perhatian yang serius terhadap persoalan yang berbangkit daripada peruntukan s 62 ASPRM 2009. Keabsahan peruntukan tersebut masih belum dimuktamadkan secara jelas dan ianya melibatkan persoalan undang-undang yang sukar. Hanya Mahkamah Persekutuan sahaja yang boleh membuat keputusan muktamad mengenai persoalan tersebut. Bagi membawa persoalan undang-undang tersebut ke Mahkamah Persekutuan, prosiding perbicaraan perlulah bermula daripada Mahkamah Tinggi.

[6] Seterusnya, bagi persoalan undang-undang kedua, ianya berkait dengan isu pernyataan saksi yang dirakam semasa siasatan dijalankan. Dihujahkan bahawa dalam kertas pertuduhan di bawah kes No: WA-61R-16-08-2020, nama Dato' Zarul Ahmad bin Mohd Zulkifli (Dato' Zarul) ada disebut. Pihak perayu akan merujuk secara khusus kepada pernyataan yang dirakam daripada Dato' Zarul semasa perbicaraan bagi membuktikan bahawa Dato' Zarul adalah seorang yang tidak boleh dipercayai. Pihak perayu sudah pun menulis kepada pihak Pendakwa Raya bagi mendapatkan sesalinan pernyataan saksi Dato' Zarul di bawah s 30 dan s 53 ASPRM 2009. Bagi tujuan tersebut, pihak perayu perlu membuat satu permohonan di bawah s 51 KTJ di mahkamah bicara.

[7] Berkaitan dengan itu, peguam perayu berhujah bahawa undang- undang berhubung dengan permohonan bagi mendapatkan pernyataan saksi di bawah s 51 KTJ menjadi tidak jelas setelah adanya keputusan kes Siti Aisyah v. PP , [2019] 4 MLJ 46 (kes Siti Aishah). Dalam kes Siti Aishah,

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top