SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2016 MarsdenLR 2401

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN SDN BHD LWN. ONE VISA SDN BHD
[Rayuan Sivil No: N-02 (IM)(NCVC)-1746-10-2015]



Petitioner Advocates:Sharif Mohamed,Bhama Baskaran ,Respondent Advocate: Mark Talalla,Dinesh Ratnarajah

A statutory obligation to provide utilities does not extend to unlawful occupants, establishing liability for trespass once notice of illegal status is received.

Headnote:This judgment pertains to an appeal concerning the High Court's decision allowing the respondent's claim for trespass damages against the appellant. The court determined the legal framework under which the appellant was held liable for trespass as the latter lacked a legal right to supply water to unlawful occupants. The main issues were whether the appellant had the right to supply water to the trespassers and when damages commenced. The court ruled that the appellant was liable for trespass from 3 July 2014 when it had notice of the unlawful occupation. The final decision mandated the appellant to pay damages starting from that date, without costs.

Table of Content
1. breach of legal rights in providing services to unlawful occupants. (Para 1 , 3)
2. appeal is lodged against a high court decision regarding liability in a trespass case. (Para 2)
3. commencement of damages due to unauthorized occupancy. (Para 4 , 18)
4. court considers the nature of the appeal and the date for beginning damages assessment. (Para 5)
5. key arguments assessing the timing and liability for damages. (Para 17)

[1] Ini ialah rayuan oleh perayu (defendan di mahkamah bicara) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Seremban bertarikh 31 Julai 2015 yang telah membenarkan tuntutan responden (plaintif di mahkamah bicara) terhadap perayu berhubung dengan liabiliti dan tanggungan ganti rugi perayu atas tindakan berdasarkan tort pencerobohan.

[2] Di Mahkamah Tinggi, perayu dan responden, telah bersetuju bahawa kes ini dibicarakan mengikut A 14A, Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KM 2012) kerana isu-isu yang berbangkit untuk keputusan mahkamah melibatkan persoalan undang-undang yang penentuannya boleh melupuskan kes ini tanpa perbicaraan penuh. Ekoran itu, YA Hakim Mahkamah Tinggi (YA Hakim bicara) telah mengarahkan pihak-pihak memfailkan fakta yang dipersetujui dan isu-isu untuk dibicarakan dan diputuskan oleh mahkamah. Perbicaraan telah dijalankan selaras dengan persetujuan dan arahan tersebut.

[3] Pada 31 Julai 2015, YA Hakim bicara telah memutuskan dan memerintahkan seperti yang berikut:

(a) Defendan tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk membekalkan air kepada penghuni-penghuni yang menghuni PN 23747 Lot 3181, PN 23475 Lot 3182, PN 23477 Lot 3183 PN 23478 Lot 3184 dan PN 23479 Lot No 3185 yang terletak di Pekan Ulu Temiang, Daerah Seremban, Negeri Sembilan yang merupakan penghuni yang tidak mempunyai hak di sisi undangundang.

(b) Defendan bertanggungjawab untuk tort pencerobohan atas tanah di PN 23747 Lot 3181, PN 23475 Lot 3182, PN 23477 Lot 3183, PN 23478 Lot 3184 dan PN 23479 Lot No 3185 yang terletak di Pekan Ulu Temiang, Daerah Seremban, Negeri Sembilan dan bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi untuk pencerobohan ke atas tanah tersebut kepada plaintif daripada tarikh perintah bertarikh 11 Februari 2014 diserahkan kepada defendan dan jumlah ganti rugi akan ditaksirkan oleh Mahkamah yang Mulia.

[4] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, perayu telah mengemukakan rayuan ke mahkamah ini.

[5] Pada 26 April 2016, setelah mempertimbangkan penghujahan keduadua pihak, lisan dan bertulis, dan penghakiman YA Hakim bicara, kami membenarkan sebahagian rayuan ini setakat yang berhubung dengan tarikh bermulanya penaksiran ganti rugi iaitu dari tarikh 31 Julai 2015 bagi tort pencerobohan yang dilakukan oleh perayu tanpa apa-apa perintah terhadap kos. Berikut ialah alasan kami memutuskan sedemikian.

[6] Bagi tujuan penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk seperti mana mereka dirujuk dalam prosiding di Mahkamah Tinggi.

Latar Belakang Kes

[7] Plaintif ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan alamat perniagaannya di No 6-B, Tingkat 2, Jalan P9B ½, Presint 9, 62250 Putrajaya.

[8] Defendan ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan alamat berdaftar dan perniagaan di Tingkat 2, Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Pada kesemua masa material, defendan menjalankan perniagaan pengedaran dan pembekalan air yang dirawat (disebut sebagai air selepas ini) kepada keseluruhan kawasan Negeri Sembilan. Defendan juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembinaan, pengendalian dan penyelenggaraan perkhidmatan bekalan air dan rawatan mentah di Negeri Sembilan.

[9] Plaintif telah membeli lima bidang hartanah yang terletak bersebelahan antara satu sama lain di Pekan Ulu Temiang, Daerah Seremban, Negeri Sembilan melalui lelongan awam pada 22 March 2011. Hartanah tersebut dipegang di bawah suratan hak milik seperti yang berikut:

(a) PN 23474 Lot No 3181;

(b) PN 23475 Lot No 3182;

(c) PN 234

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top