SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2009 MarsdenLR 3846

(2009) 9 CLJ 513
MAHKAMAH TINGGI MALAYA, MUAR
AHMADI ASNAWI PK

HAM THAM MOO & SATU LAGI DAN KES YANG LAIN
Versus
HAM AH LUI

GUAMAN SIVIL NO: 22-101-2005 & 22-69-2002
Decided on : 15 JUN 2009

PENGHAKIMAN

Ahmadi Asnawi PK:

[1] Pertikaian dalam ketiga-tiga tindakan ini antara plaintif dengan defendan yang merupakan adik beradik adalah berhubung dengan satu syarikat milik keluarga mereka yang dikenali sebagai Ngee Juan Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai "syarikat tersebut") yang ditubuhkan pada 8 April 1997 dan telah digulungkan secara sukarela pada 21 Februari 1990. Defendan kedua dalam Guaman Sivil No: 22-101-2005 juga adalah adik kepada plaintif. Namun tindakan terhadap defendan kedua telah ditarikbalik. Defendan kedua kemudiannya memberi keterangan bagi pihak plaintif sebagai PW2.

Latar Belakang

[2] Dalam ketiga-tiga tindakan ini plaintif telah mendakwa bahawa defendan telah melakukan fraud dalam memindahmilikkan saham-saham kepunyaannya dalam syarikat tersebut dan juga harta-harta/aset yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

[3] Syarikat ini telah ditubuhkan oleh empat adik beradik iaitu Ham Peng, Ham Ah Nee (PW2), plaintif dan defendant. Semasa ditubuhkan syarikat tidak mempunyai sebarang aset tetapi pemegang-pemegang saham pada waktu itu (Ham Peng, PW2, plaintif dan defendan) telah bersetuju untuk memindahkan hartanah-hartanah mereka kepada syarikat atas balasan mereka diberikan saham dalam syarikat tersebut (lihat perjanjian bertarikh 12 September 1977, item 1, lampiran 29).

[4] Pada 26 Oktober 1979 Ham Peng telah menjual keseluruhan sahamnya dalam syarikat kepada PW2 melalui borang pindahmilik saham berserta sijil saham yang dibatalkan di item 3, lampiran 29. Plaintif turut mendakwa membiayai pembelian saham-saham Ham Peng tersebut.

[5] Selepas penjualan saham-saham kepunyaan Ham Peng, pegangan saham syarikat tersebut kemudiannya telah distruktur semula di mana PW2 memegang 36% saham atas nama syarikat beliau Jujuj Sdn Bhd; plaintif memegang sebanyak 32% saham; defendan sebanyak 31.99% dan mendiang ibu mereka - Loy Jee Wang, sebanyak 00.01% saham. Inilah kedudukan pemegangan saham-saham syarikat pada waktu syarikat digulungkan.

Aset Syarikat

[6] Semasa masih beroperasi, syarikat memiliki hartanah-hartanah berikut:

(i) Geran 15993 Lot 38 seluas 84.5 ekar (pihak-pihak bersetuju hartanah ini dirujuk sebagai "Tanah A"). Hartanah ini merupakan subject matter tuntutan plaintif dalam Guaman Sivil 22-69-2002. Walaubagaimana pun plaintif telah mengakui menerima wang sejumlah RM170,220 daripada defendan sebagai wang hasil jualan Tanah A. Dengan itu plaintif mengugurkan tuntutannya atas Tanah A dalam Guaman Sivil 22-69-2002.

(ii) Geran 23654 Lot 4268 seluas 24.93 ekar (pihak-pihak bersetuju hartanah ini dirujuk sebagai "Tanah B"). Hartanah ini telah dijual dan dipindahmilik kepada plaintif, defendan dan PW-2 dengan masing-masing mendapat 1/3 bahagian. Geran-geran baru atas nama individu masing-masing telah dikeluarkan seperti berikut:

(a) HS(D) 15937, didaftarkan atas nama PW2;

(b) HS(D) 15938, didaftarkan atas nama defendan

(c) HS(D) 15939, didaftarkan atas nama plaintif

Hartanah atas geran HS(D) 15939 yang didaftarkan atas nama plaintif di atas merupakan subject matter tuntutan plaintif terhadap defendan dalam Guaman Sivil No. 22-70-2002. Walau bagaimanapun, saya telah menolak tuntutan ini dengan kos. Tidak ada mana-mana pihak yang memfailkan rayuan di atas keputusan ini. Dengan itu saya tidak akan menyentuh hartanah ini/Guaman Sivil ini dalam penghakiman saya ini.

(iii) (a) Geran 24565 Lot 5166 - seluas 7 ekar;

(b) Geran 24566 Lot 5107 - seluas 5 ekar;

(c) Geran 24567 Lot 5168 - seluas 5 ekar;

(d) Geran 24568 Lot 5169 - seluas 3.8 ekar;

(e) EMR 2350 Lot 4105 - seluas 8.6 ekar;

(Pihak-pihak bersetuju hartanah ini dirujuk sebagai "Tanah C")

Tanah C ini dan Tanah A di atas merupakan subject matter tuntutan plaintif terhadap defendan dalam Guaman Sivil No. 22-69-2002. Walaubagaimana pun seperti dikatakan di atas, plaintif telah mengugurkan tuntutan atas Tanah A. Saya telah membenarkan tuntutan plaintif ke atas Tanah C ini dengan kos. Keputusan ini telah dirayukan oleh defendan ke Mahkamah Rayuan.

Guaman Sivil No: 22-101-

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top