SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2007 MarsdenLR 3094

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA TERENGGANU
MOKHTAR NGAH & CO LWN. YEE SENG PLANTATIONS SDN BHD
[Saman Pemula No: 24-46-2003]



PENGHAKIMAN

Ahmad Maarop H:

[1] Dalam saman pemula (kandungan 2) plaintif, selaku peguam defendan, menuntut defendan membayar kepadanya bayaran berjumlah RM180,000,000, selain dari berhak kepada bayaran party to party cost yang diawardkan kepada defendan dalam kes Mahkamah Rayuan Malaysia, Rayuan Sivil No. T-01-105-97 dan yang perlu dibayar oleh plaintif-plaintif kepada defendan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Guaman Sivil No. 24(21)-66-1997.

[2] Seperti yang disebut dalam intitulemen saman pemula ini, permohonan plaintif dibuat di bawah s. 116 dan s. 118 Akta Profesion Undang-undang 1976 (Akta 166) .

Latar Belakang Kepada Pertikaian Antara Plaintif Dan Defendan Dalam Kes Ini

[3] Di antara fakta-fakta material yang menjadi latar belakang kes ini adalah seperti berikut:

(a) Pada 17 November 1991, dalam Saman Pemula No. 21(24)-87-89, (di antara defendan dan (1) Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, (2) Collector of Land Revenue Kemaman, (3) Menteri Besar Terengganu), satu perintah persetujuan telah dibuat (perintah persetujuan tersebut).

(b) Perintah persetujuan tersebut antara lainnya, memerintahkan pihak berkuasa negeri memindahkan kepada defendan, (a) 5,000 ekar tanah di Kerteh Concession dan (b) 5,000 ekar tanah di Ketengah Concession.

(c) Pihak berkuasa negeri telah gagal untuk mematuhi perintah persetujuan tersebut.

(d) Pada 29 Mei 1997, Kerajaan Negeri Terengganu telah memfailkan Saman Pemula No. 24(21)-66-1997 di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu terhadap defendan, inter alia , memohon pengisytiharan bahawa perintah persetujuan tersebut tidak mengikat mereka atau tidak sah di sisi undang-undang.

(e) Dalam bulan Julai 1997, defendan telah melantik plaintif untuk mengambil tindakan untuk menguatkuasakan perintah persetujuan tersebut. Pelantikan ini dibuat secara lisan dan dibuat atas kepercayaan defendan bahawa ia akan membayar kepada plaintif fee yang munasabah untuk perkhidmatan yang diberikan.

(f) Pada 30 Julai 1997, plaintif telah memfailkan satu notis usul untuk memohon perintah supaya pihak berkuasa negeri mematuhi perintah persetujuan tersebut. Berkaitan dengan notis usul ini plaintif telah menyediakan dan memfailkan afidavit sokongan yang telah diikrarkan oleh pengarah defendan pada 30 Julai 1997 dan afidavit balasan yang telah diikrarkan oleh pengarah defendan pada 18 Ogos 1997.

(g) Untuk menentang tindakan Kerajaan Negeri Terengganu dalam Saman Pemula No. 24(21)-66-1997, plaintif telah menyediakan dan memfailkan afidavit-afidavit jawapan yang telah diikrarkan oleh pengarah defendan pada 8 Ogos 1997 dan 14 September 1997.

(h) Pada 23 Ogos 1997, plaintif memfailkan satu writ saman dan pernyataan tuntutan dalam Guaman Sibil No. 22(21)-31-97 di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu terhadap Kerajaan Negeri Terengganu dan pihak berkuasa negeri, antara lainnya memohon satu perisytiharan bahawa defendan tidak lagi terikat dengan perjanjian persetujuan tersebut dan menuntut bayaran RM5 billion sebagai ganti rugi dari pihak berkuasa negeri. Defendan menyatakan bahawa ia tidak pernah memberi kuasa atau mengarahkan plaintif untuk memfailkan writ dan pernyataan tuntutan tersebut. Menurut defendan, plaintif juga tidak pernah memaklumkan kepada defendan bahawa dia akan memfailkan writ dan pernyataan tuntutan tersebut. Plaintif tidak pernah memaklumkan kepada defendan tentang writ dan pernyataan tersebut. Defendan hanya mengetahui tentang tuntutan tersebut melalui akhbar.

(i) Pada 20 September 1997, plaintif telah memfailkan saman dalam kamar untuk membatalkan Saman Pemula No. 24(21)-66-97 yang telah difailkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Pihak Berkuasa Negeri terhadap defendan.

(j) Pada 25 Oktober 1997, plaintif telah menghadiri perbicaraan tentang saman dalam kamar tersebut dan Saman Pemula No. 24(21)-66-97.

(k) Plaintif telah gagal di dalam saman dalam kamar tersebut dan Saman Pemula No. 24(21)-66-97. Berikutan itu perkara-perkara berikut telah berlaku:

(i) Saman dalam kamar tersebut telah dibatalkan.

(ii) Mahkamah telah membenarkan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top