SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2019 MarsdenLR 2485

MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
RAQEEM RIZQIN ENTERPRISE & YANG LAIN LWN. KETUA POLIS NEGARA & SATU LAGI
[Rayuan Jenayah No: 05-292-12-2017(W)]



Important Points

Failure to prosecute within the stipulated time leads to the mandatory release of assets under the Anti-Money Laundering Act.

Subject

Criminal Law - Money Laundering

Act Referred

Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613): S.44, S.50, S.52A, S.56

Headnote

The judgment evaluates the provisions under sections of the Anti-Money Laundering Act 2001, particularly concerning asset forfeiture and the legal implications of non-prosecution within specified periods. The facts reveal that freezing orders were issued without subsequent charges against the appellants. The court finds that the initial orders have lapsed, thus ruling in favor of the appellants. Key issues included the legality of prolonged asset seizure without prosecution, and the requirements for judicial action against the appellants were affirmed. The court determined that all seized assets must be returned based on the lapse of legal force of the orders after twelve months as mandated by section 52A of the Act.

Petitioner Advocates:Mohd Faizi Che Abu,Nurul Atiqah Badrul Hisham ,Respondent Advocate: Ku Hayati Ku Haron

Table of Content
1. overview of the procedural timeline and initial orders. (Para 1 , 5 , 6 , 7 , 8)
2. legal basis for asset seizure and issues regarding their validity. (Para 11)
3. arguments surrounding the execution and enforcement of freeze orders. (Para 14)

[1] Rayuan ini berbangkit dari Notis Usul bertarikh 6 Jun 2016 yang difailkan oleh 31 orang, termasuklah perayu-perayu di sini, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan perintah-perintah yang berikut:

"(a) Waran Tangkap atau Waran-Waran Tangkap yang dikeluarkan terhadap pemohon-pemohon dibatalkan dan/atau dimansuhkan;

(b) Semua akaun-akaun bank dan institusi kewangan, simpanan di Lembaga Tabung Haji dan simpanan-simpanan lain milik pemohon-pemohon termasuk kenderaan yang telah dibekukan atas perintah responden- responden dibatalkan pembekuan dan pemohon-pemohon bebas untuk berurusniaga akaun-akaun dan simpanan-simpanan tersebut;

(c) Responden-responden membayar kepada pemohon-pemohon ganti rugi am sepertimana yang akan ditaksirkan oleh mahkamah;

(d) Kos Notis Usul tersebut dan semua kos insidental kepada Notis Usul tersebut ditanggung dan dibayar oleh responden-responden; dan

(e) Lain-lain perintah yang dianggap suai manfaat oleh mahkamah."

[2] Pada 9 Januari 2017, selepas menimbangkan Notis Usul dan afidavit- afi davit yang difailkan oleh pihak-pihak serta mendengar hujahan-hujahan yang dikemukakan, Mahkamah Tinggi telah menolak Notis Usul tersebut tanpa perintah mengenai kos.

[3] Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, perayu-perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Pada 20 November 2017, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan perayu-perayu dan mengekalkan serta mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi.

[4] Terkilan dengan keputusan Mahkamah Rayuan, perayu-perayu di sini seterusnya merayu ke mahkamah ini terhadap keputusan tersebut. Perayu- perayu lain di Mahkamah Rayuan tidak membuat rayuan.

[5] Kami telah mendengar rayuan ini pada 15 Januari 2019 dan di akhir penghujahan pihak-pihak, kami telah menangguhkan keputusan rayuan ke satu tarikh yang akan ditetapkan bagi membolehkan mahkamah ini meneliti hujahan-hujahan yang telah dikemukakan.

[6] Kami telah mencapai keputusan sebulat suara dan kini kami menzahirkan alasan-alasan keputusan kami.

Fakta Kes

[7] Fakta material kes ini tidaklah berkontroversi. Pada 2 Februari 2015 dan 12 Februari 2015, Inspektor Nur Asykin Othman, Pegawai Penyiasat Polis Diraja Malaysia ("Pegawai Penyiasat") telah mengeluarkan perintah-perintah pembekuan di bawah s 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram, 2001 ("Akta 613"), antara lain, terhadap akaun-akaun milik perayu-perayu.

[8] Pada 13 Mac 2015, Pegawai Penyiasat telah mengeluarkan perintah- perintah penyitaan harta alih terhadap kenderaan-kenderaan milik perayu pertama, perayu ketiga belas, perayu kedelapan belas dan perayu kesembilan Belas di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

[9] Perintah-perintah pembekuan dan penyitaan tersebut dikeluarkan kerana Pegawai Penyiasat mempunyai syak yang munasabah bahawa harta-harta yang disita dan dibekukan tersebut merupakan subjek kepada satu kesalahan jenayah di bawah subseksyen 4(1) Akta 613.

[10] Pada 29 April 2015, Timbalan Pendakwa Raya telah mengeluarkan Notis Penyitaan Harta Alih Dalam Institusi Kewangan di bawah s 50 Akta 613 kepada institusi-institusi kewangan yang berkaitan agar tidak melepaskan, berurusan tentang atau selainnya melupuskan harta-harta yang telah dibekukan melalui perintah-perintah di bawah s 44 Akta 613 sebelum ini.

[11] Pada 15 Februari 2016, peguamcara perayu-perayu telah menulis satu surat kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia memohon agar perintah- perintah pembekuan dan penyitaan akaun-akaun dan kenderaan-kenderaan perayu-perayu tersebut dilepaskan atas alasan bahawa perintah-perintah pembekuan dan penyitaan yang telah dikeluarkan itu telah terhenti berkuat kuasa menurut s 52A Akta 613 kerana orang yang terhadapnya perintah- perintah tersebut d

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top