2013 MarsdenLR 1805
MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
PENDAKWA RAYA LWN. MOHAMAD MALEK RIDHZUAN CHE HASSAN
[Rayuan Jenayah No: W-09-274-12-2011]
The court emphasized that penetration, even without ejaculation, constitutes rape, and the victim's testimony must be given significant weight without solely relying on corroboration. Credibility is determined by the coherence and consistency of the evidence presented.
Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 376 - Rayuan oleh pendakwaan membantah keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan pelepasan responden dari pertuduhan merogol - Mahkamah menilai semula keterangan dan mendapati responsden bersalah serta menjatuhkan hukuman penjara selama delapan tahun bagi setiap pertuduhan - Penilaian keterangan saksi pendakwaan dianggap lebih kredibel berbanding keterangan pembelaan responden - Memasukkan kemaluan ke dalam faraj walaupun tidak mengeluarkan air mani adalah cukup untuk membuktikan kesalahan rogol. (Paras 1, 3, 4, 23, 40, 49)
(B) Prinsip undang-undang - Keraguan munasabah - Pembelaan tidak boleh membawa kepada keraguan yang munasabah jika tidak disokong dengan bukti kukuh - Penafian yang tidak disertai bukti tidak boleh menyaingi keterangan positif saksi pengadu. (Paras 36-42)
(C) Keterangan pengadu dalam kes rogol - Boleh diterima walau tanpa bukti sokongan selagi ia meyakinkan - Keterangan pengadu harus dinilai secara berhati-hati tanpa mengambil kira kelemahan hujah pembelaan (Paras 20, 21, 31)
(D) Hukuman - Faktor umur mangsa dan responden serta sifat perbuatan diambil kira dalam menentukan hukuman yang setimpal. (Paras 47-49)
| Table of Content |
|---|
| 1. introduction to appeals and charges (Para 1 , 2) |
| 2. court's review of appeal hearing (Para 3 , 4) |
| 3. key facts of the case (Para 5) |
| 4. factual background and key events of the case. (Para 6 , 7) |
| 5. arguments regarding credibility and evidence (Para 8 , 10 , 12) |
| 6. legal principles regarding the burden of proof and reasonable doubt. (Para 11) |
| 7. court’s reasoning about the sufficiency of evidence in rape cases. (Para 13 , 31) |
| 8. no requirement for corroboration in conviction (Para 21 , 32) |
| 9. court analysis of witness credibility and relevance of testimonies. (Para 24 , 29 , 36) |
| 10. final judgment and sentencing (Para 46) |
[1] Ini adalah rayuan oleh Pendakwa Raya ("perayu") terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diberikan pada 3 November 2011, yang menolak rayuan perayu dan mengekalkan perintah pelepasan dan pembebasan responden di akhir kes pembelaan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen bagi dua pertuduhan merogol yang boleh dihukum di bawah s 376 Kanun Keseksaan ("KK").
[2] Dua pertuduhan yang dikemukakan terhadap responden ialah seperti berikut:
Pertuduhan Pertama
"Bahawa kamu pada 23 April 2008 pada jam lebih kurang 1 pagi bertempat di dalam bilik nombor 102, Hotel No One Lodge di alamat No 1, Jalan Sarawak, Off Jalan Pudu, di dalam Daerah Dang Wangi, di dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah merogol XXX, No K/P: XXX, umur 12 tahun 9 bulan, oleh itu kamu telah melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah s 376 Kanun Keseksaan ."
Pertuduhan Kedua
"Bahawa kamu pada 23 April 2008 pada jam lebih kurang 3 pagi bertempat di dalam bilik nombor 102, Hotel No One Lodge di alamat No 1, Jalan Sarawak, Off Jalan Pudu, di dalam Daerah Dang Wangi, di dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah merogol XXX, No K/P: XXX, umur 12 tahun 9 bulan, oleh itu kamu telah melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah s 376 Kanun Keseksaan ."
[3] Kami telah mendengar rayuan ini pada 1 Mac 2013. Selepas menimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, meneliti Rekod-Rekod Rayuan dan menganalisis undang-undang yang berkaitan, kami berpendapat rayuan ini mempunyai merit. Justeru, kami membenarkan rayuan perayu dan mengenepikan perintah pelepasan dan pembebasan perayu yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen yang dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi. Responden didapati bersalah dan disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan. Selepas mendengar hujahan peringanan hukuman oleh peguambela terpelajar dan hujahan pemberatan hukuman oleh Timbalan Pendakwa Raya terpelajar, kami menjatuhkan hukuman penjara selama tempoh lapan tahun bagi setiap pertuduhan. Hukuman tersebut diperintahkan berjalan serentak dan berkuatkuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan, iaitu pada 1 Mac 2013.
[4] Kami kini memperturunkan alasan-alasan terperinci keputusan.
[5] Fakta kes telah dinyatakan secara lengkap dalam penghakiman Mahkamah Sesyen di ms 5-10, Jilid II, Rekod Rayuan. Kami tidak berhasrat untuk mengulanginya di sini. Bagi tujuan rayuan ini, adalah memadai jika kami hanya nyatakan fakta-fakta penting dan relevan sahaja. Versi kes pendakwaan ialah seperti berikut:
(a) SP4 ialah mangsa dalam kes ini. Pada masa kejadian, beliau berumur 12 tahun 9 bulan dan masih menuntut dalam tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin, Kajang.
(b) SP4 dan responden berkenalan di Tesco Kajang. Responden bertugas dikaunter pembayaran. Responden telah memberi nombor telefonnya kepada SP4. Selepas itu mereka selalu berhubung melalui telefon.
(c) Pada 22 April 2088, SP4 dan kawannya bernama Didi telah keluar dari kawasan sekolah dan pergi ke sebuah kedai mamak yang terletak berhampiran dengan sekolah beliau. Tujuan SP4 keluar sekolah ialah untuk berjumpa dengan responden. SP4 kemudiannya telah menukar pakaian sekolah yang dipakainya dengan T-shirt hitam dan seluar jeans. SP4 telah meninggalkan beg sekolahnya dengan Didi.
(d) Responden datang ke kedai mamak dengan menaiki motorsikal jenis RXZ. SP4 dan responden kemudiannya beredar dari situ dengan menaiki motorsi