SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2011 MarsdenLR 2424

ROSLAN MAT NOR
BAHARUDIN KHUSSAIN – Appellant
Versus
THE PUTERI PACIFIC JOHOR BAHRU – Respondent



The burden of proof for claiming involuntary resignation lies with the claimant, and voluntary resignation must be evidenced to avoid a ruling of unfair dismissal.

Headnote:(A) Industrial Relations Act 1967 - Delay in proceedings - Fair dismissal - Notion of forced resignation - The court emphasized the need for timely resolution of disputes under the Act to prevent adverse economic impacts, citing that excessive delays can negatively affect industry perception and employment opportunities. (Paras 2, 3, 10, 12, 16)

(B) Burden of proof - The court highlighted that the burden lies on the claimant to prove involuntary resignation, drawing from precedent that dismissal assertions place the burden on the employer only if undisputed. (Paras 12, 13, 14)

(C) Criteria for fair dismissal - The court stated that a dismissal must be based on just cause and rooted in fairness, supported by the claimant’s acknowledgment of understanding during the resignation discussions. (Paras 14, 16)

Facts of the case:
The claimant, employed as a Food and Beverage manager, claimed forced resignation in the wake of a company restructuring and a performance evaluation test. The respondent contended the resignation was voluntary, supported by a lack of written notice and official documentation.

Findings of Court:
The court found no evidence of coercion in the resignation process, determining that the claimant’s departure was mutual and consensual based on negotiated terms.

Issues: The central question of whether the claimant was coerced when resigning was paramount, alongside the resolution of procedural delays relative to the Industrial Relations Act.

Ratio Decidendi: The court ruled that voluntary resignation must be supported by evidence, and the conditions surrounding the claimant’s departure failed to establish coercion, thus validating the dismissal as fair.

Result: The complaint was dismissed.

Table of Content
1. court emphasizes the need for timely legal proceedings. (Para 1 , 2)
2. facts surrounding the employment and resignation of the plaintiff. (Para 3 , 4)
3. plaintiff's claims of forced resignation and the management's response. (Para 5 , 6 , 7 , 8)
4. court's consideration of evidence and principles of resignation. (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14)
5. court concludes that resignation was voluntary and justified. (Para 15)
AWARD

Latar Belakang Kes

1. Kes ini telah mula dibicarakan pada 04.12.2007 di hadapan Pengerusi yang telah bertukar ke cawangan Mahkamah Perusahaan di Kuala Lumpur. Seterusnya, kes ini telah disambung bicara di hadapan Pengerusi yang mengambil alih daripada Pengerusi yang telah bertukar ke Kuala Lumpur tersebut pada 27.07.2009. Seterusnya kes ini telah bersambung bicara di hadapan saya pada 12.01.2011. Pada masa itu, CLW3 sedang memberi keterangan. Saya hanya dapat mendengar keterangan COW1 sebelum Pihak Menuntut dan Pihak Responden menamatkan perbicaraan mereka di Mahkamah ini pada 28.02.2011. Ini bermakna keterangan CLW1 dan CLW2 telah didengar sepenuhnya oleh Pengerusi-Pengerusi yang lalu yang telah membicarakan kes ini.

2. Pihak Responden telah diminta untuk memfailkan hujahan mereka pada 29.03.2011. Sementara Pihak Menuntut pula diminta untuk memfailkan hujahan mereka pada 29.04.2011. Pihak Responden dikehendaki memfailkan hujahan jawapan pada 13.05.2011. Mahkamah ini telah menerima hujahan Pihak Responden pada 19.04.2011 dan telah hanya menerima hujahan daripada Pihak Menuntut pada 02.06.2011 dan hujahan balas Pihak Responden pada 15.08.2011. Kronologi di atas menunjukkan bahawa pihak-pihak telah menamatkan hujahan mereka hampir empat bulan selepas kes ditamatkan di Mahkamah. Selain itu perbicaraan ini telah memakan masa selama empat tahun di Mahkamah sebelum ia dapat ditamatkan. Adalah menjadi matlamat penggubalan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 , setiap pertikaian yang dirujuk ke Mahkamah perlu diselesaikan dalam tempoh yang cepat. Ia adalah bagi mengelakkan pihak-pihak terpaksa menunggu begitu lama untuk sesuatu kes diputuskan di Mahkamah. Bagi memastikan hasrat murni Akta Perhubungan Perusahaan 1967 itu dapat dicapai, semua pihak harus memainkan peranan mereka bagi memastikan tidak berlaku kelewatan yang tidak munasabah di dalam pengendalian sesuatu kes di Mahkamah Perusahaan. Ia meliputi peranan Mahkamah Perusahaan, peguam Pihak Menuntut, peguam Pihak Responden, Pihak Menuntut, Pihak Responden dan saksi-saksi. Kelewatan yang melampau di dalam penyelesaian kes-kes di Mahkamah Perusahaan akan memberikan gambaran yang kurang baik di kalangan para pemain industri dan para pelabur mengenai kecekapan pengurusan pertikaian perusahaan di negara ini. Jika ini berlaku ia pasti akan menjejaskan kerancakan perkembangan ekonomi dan industri negara yang sudah pasti akan memberi kesan langsung kepada penggunaan guna tenaga negara di samping mungkin akan menghalang pembentukan peluang-peluang kerja yang lebih luas sehingga boleh membawa peningkatan kepada kadar pengangguran. Dalam kes ini perbicaraan diselesaikan pada 28.02.2011 dan penghujahan hanya dapat disediakan oleh kedua-dua pihak setelah hampir enam bulan perbicaraan dijalankan. Ini sudah pasti akan menyebabkan pihak-pihak terpaksa menunggu lama selepas perbicaraan berakhir bagi mengetahui apakah natijah daripada perbicaraan tersebut. Oleh itu, adalah mustahak untuk pihak-pihak memfailkan hujahan mereka secepat mungkin bagi mengelakkan kelewatan yang tidak munasabah dalam penyelesaian kes di Mahkamah Perusahaan. Pada masa yang sama, Mahkamah juga mengambil kira kekangan yang dihadapi oleh pihak-pihak kerana terpaksa mengendalikan kes-kes lain juga di mahkamah-mahkamah lain yang mungkin akan mengganggu kelancaran pemfailan hujahan-hujahan yang diminta oleh Mahkamah ini. Namun begitu, apa yang lebih penting semasa perbicaraan di Mahkamah ialah Pihak Menuntut dan Pihak Responden diberikan keadilan dalam tempoh yang munasabah.

Fakta Kes

3. Pi

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top