SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2012 MarsdenLR 2221

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAM
ZAKARIA ABU HASSAN LWN. HAMIMAH ISMAIL
[Permohonan No: 10500-014-0008-2011]



Petitioner Advocates:Mahyuddin Zahari ,Respondent Advocate: Roshdan Sujak Rafie

The court ruled that the timeline for filing an appeal must adhere to statutory periods, and it reaffirmed the discretion in awarding costs based on the merits of the case.

Headnote:(A) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 - Seksyen 53 dan 139(4) - Akta Tafsiran, 1948 dan 1967 - Permohonan pembubaran perkahwinan dan bantahan tentang notis rayuan - Tempoh untuk memfailkan notis rayuan ditetapkan adalah empat belas (14) hari - Perayu berpendapat tidak melebihi tempoh yang ditetapkan, manakala Responden berpendapat sebaliknya - Mahkamah memutuskan bahawa pemfailan notis rayuan adalah dalam tempoh yang sah dan tidak melebihi tarikh akhir. (Paras [1], [3], [8], [18])

(B) Kos dan kuasa budi bicara Mahkamah - Mahkamah berpendapat kos berasas kepada tindakan bantahan awal yang diajukan dan memutuskan bahawa kos perlu diawardkan. (Paras [14], [16], [18])

Facts of the case:
Responden mendapat keputusan pembubaran perkahwinan secara fasakh dan Perayu memfailkan notis rayuan tetapi didakwa melepasi tempoh 14 hari. Kes melibatkan pengiraan tarikh pemfailan dan isu kuasa budi bicara Mahkamah.

Findings of Court:
Mahkamah menolak bantahan awal dan memutuskan bahawa tempoh pemfailan notis rayuan tidak melebihi empat belas (14) hari, dan mengawardkan kos kepada Perayu.

Issues: Apakah tarikh mulanya kiraan empat belas (14) hari untuk memfailkan notis rayuan? Apakah yang diambil kira dalam pengundian kos dalam prosiding?

Ratio Decidendi: Mahkamah mendapati bahawa tarikh mulanya kiraan 14 hari adalah dari 19 Mei 2011, menolak hujahan Responden, dan menegaskan kos harus diberikan berdasarkan merit dan budi bicara Mahkamah.

Result: Mahkamah menolak permohonan bantahan awal Responden dan mengawardkan kos kepada Perayu sebanyak RM2,000.00.

Table of Content
1. respondent's petition for divorce was granted. (Para 1 , 2)
2. dispute over timing of appeal notification. (Para 3 , 4 , 5)
3. court's computation of 14-day deadline clarified. (Para 6 , 7 , 8)
4. court finds request for extension of time unsubstantiated. (Para 9 , 10)
5. court's reasoning on the interpretation of the law regarding time limits. (Para 11 , 12)
6. court's discretion on awarding costs in interlocutory applications. (Para 13 , 17)
7. court discretion on awarding costs detailed. (Para 14 , 15 , 16)

[1] Tuan Hakim MRS Gombak Barat telah membuat meluluskan tuntutan Responden untuk mendapatkan pembubaran perkahwinan secara fasakh di bawah s 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 18 Mei 2011 melalui Saman No: 10008-014-0286-2004. Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah memfailkan Notis Rayuan pada 1 Jun 2011. Walau bagaimanapun, Responden dalam kes ini telah memfailkan satu Notis Bantahan Awal terhadap Rayuan ini dengan alasan Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan ini memandangkan rayuan Perayu difailkan telah melebihi empat belas (14) hari dari tarikh keputusan diumumkan berdasarkan s 139(4) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

[2] Bantahan Awal Pemohon ini telah disokong dengan satu Afidavit yang diangkat sumpah oleh Responden. Perayu seterusnya telah memfailkan Afidavit Jawapan pada 22 Februari 2012 dan selepas itu Responden telah memfailkan Afidavit Balasan pada 12 Mac 2012. Hujah Responden telah difailkan pada 28 Mac 2012 manakala hujah Perayu difailkan pada 26 April 2012. Sebutan di hadapan Hakim Bicara seterusnya ditetapkan untuk didengar bantahan awal ini pada 7 Mei 2012 namun telah ditangguhkan pada 12 Julai 2012 disebabkan ketiadaan Hakim Bicara.

Pengiraan Permulaan dan Pengakhiran Tempoh 14 Hari

[3] Bantahan Awal ini adalah berkaitan isu samada pemfailan Notis Rayuan oleh Perayu telah melebihi tempoh empat belas (14) hari sebagaimana yang telah ditetapkan oleh s 139(4) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan:

139.(4) Notis rayuan hendaklah difailkan dalam masa empat belas hari dari hari keputusan itu diumumkan, dan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja, dan bahagian yang mana, keputusan itu yang dirayukan.

[Penekanan Yang Diberi]

[4] Perayu dan Responden bersetuju bahawa pada 18 Mei 2011, satu keputusan berkaitan tuntutan Responden di MRS Gombak Barat telah diumumkan. Pihak-Pihak juga bersetuju bahawa satu Notis Rayuan telah difailkan oleh Perayu terhadap keputusan tersebut pada 1 Jun 2011. Namun Responden menghujahkan bahawa Notis Rayuan Perayu telah tidak menepati peruntukan undang-undang kerana tempoh empat belas (14) hari bagi memfailkan Notis Rayuan tersebut telah luput berdasarkan s 139(4) di atas. Responden menghujahkan bahawa hari yang keempat belas adalah jatuh pada 31 Mei 2011 (Selasa).

[5] Sedangkan Perayu berpendapat bahawa had terakhir atau ke empat belas tersebut jatuh pada 1 Jun 2011 (Rabu). Perayu juga menghujahkan bahawa Perayu sepatutnya diberikan tiga (3) hari cuti kerana pada ketika itu Perayu terlibat dengan urusan kematian ahli keluarganya yang mana dihujahkan oleh Perayu berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Kerajaan.

[6] Mahkamah berpandangan bahawa perkiraan mengenai tarikh akhir tempoh empat belas (14) hari tersebut adalah penting untuk kita memastikan terlebih dahulu tarikh permulaan tempoh tersebut iaitu tarikh penyampaian Perintah Interim Hadhanah tersebut ke atas pemohon dilaksanakan. Mahkamah mendapati Pemohon bahawa ETMMS (NS) 2003 tidak memberikan apa-apa panduan bagi menjawab isu tersebut. Justeru itu, Mahkamah hendaklah merujuk kepada s 54(1) Akta Tafsiran, 1948 dan 1967 menyatakan:

54.(1) In computing time for the purposes of any written law:

(a) a period of days from the happening of an event or the doing of any act or thing hall be deemed to be exclusive of the day on which the event happens of the act or thing

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top