SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 1856

MAHKAMAH SESYEN MALACCA
RONALD NEO HAI HAN & YANG LAIN LWN. WONG SHYANG GIAN
[Saman No: 53-541-2009]



Petitioner Advocates:Surendran Chelvarajah ,Respondent Advocate: Varinder Singh Gill

The court emphasized the necessity of substantiated claims for special damages, noting that successful evidence presentation impacts awarded compensation significantly.

Headnote:(A) Civil Law - Claim for damages - Road Traffic Accident - The plaintiff claimed special and general damages following an accident on February 24, 2009, involving a motorcycle and a vehicle driven by the defendant - A 50% liability was agreed upon by both parties. (Paras 1-2)

(B) Quantum of damages - For medical expenses, various costs were agreed as reasonable, including RM248,160.00 for special shoes deemed necessary for the plaintiff. (Paras 13-22)

(C) General damages - The court awarded RM6,000 for foot injuries, RM8,000 for lost teeth, and RM33,000 for other injuries, applying 100% liability. (Paras 15-23)

(D) The second plaintiff's damages included RM93,500 for severe injuries with similar considerations for special damage claims. (Paras 24-39) (E) The third plaintiff's claims were dismissed due to lack of evidence during trial. (Paras 40-41)

Findings of Court:
Special damages were quantified correctly per evidence adjustments.

Issues: The court addressed the reasonableness of the damages claimed by demonstrating substantial medical improvements due to the claimed expenses.

Ratio Decidendi: The critical importance of establishing clear causality and substantiation in claims for special damages was reiterated.

Result: The plaintiffs were awarded damages with interest and court costs.

Table of Content
1. overview of factual background (Para 1 , 2 , 3)
2. assessment of medical expenses and injuries (Para 12 , 13 , 15 , 19)
3. criteria for special damages and negligence (Para 14 , 23)

[1] Plaintif pertama merupakan penunggang motorsikal No Pendaftaran MAT 1968 yang telah terlibat dengan kemalangan jalanraya pada Februari 24, 2009 di Simpang Tiga, Taman Kerjasama, Bukit Beruang, Melaka. Perlanggaran melibatkan motorsikal yang ditunggang oleh plaintif pertama dengan kereta No Pendaftaran PFP 2694 yang ditunggang oleh defendan. Plaintif-plaintif telah memfailkan saman dan penyata tuntutan terhadap defendan bagi menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am berserta kadar faedah dan kos. Sebagaimana lazimnya, defendan telah mempertikaikan tuntutan plaintif dan melalui peguamnya Tetuan Raghbir Singh Norizan & Co telah memfailkan penyata pembelaan bertarikh Januari 6, 2010 (ikatan pliding "A" - ms 13-15).

[2] Perbicaraan telah beberapa kali ditangguhkan atas pelbagai alasan dan akhirnya pada April 12, 2011 perbicaraan dimulakan. Pihak plaintif telah memanggil tiga (3) orang saksi dan pada Julai 15, 2011 pihak-pihak bersetuju tanggungan plaintif-plaintif 50% dan defendan 50% dalam kemalangan yang berlaku. Defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah ini telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi, Melaka atas kuantum sahaja.

[3] Mahkamah ini akan menyentuh isu ganti rugi khas yang melibatkan plaintif pertama terlebih dahulu di dalam alasan-alasan penghakimannya.

Plaintif Pertama

[4] Plaintif pertama telah menuntut ganti rugi khas sebagaimana penyata tuntutan terpinda bertarikh Oktober 5, 2010 (ikatan Pliding "A" - ms 4-10).

Bagi item (a), (b) dan (c):

[5] Perbelanjaan tambang ke hospital dipersetujui sebanyak RM85.00.

Bagi item (d):

[6] Dipersetujui laporan perubatan sebanyak RM40.00.

Bagi item (e):

[7] Dipersetujui laporan perubatan Hospital Ayer Keroh sebanyak RM120.00.

Bagi item (f):

[8] Dipersetujui perbelanjaan perubatan Hospital Melaka sebanyak RM16.00.

Bagi item (q):

[9] Dipersetujui perbelanjaan perubatan Hospital Ayer Keroh (⅓ daripada RM5,554.05) sebanyak RM1,851.35.

Bagi item (h):

[10] Dipersetujui laporan pakar sebanyak RM300.00.

Bagi item (i):

[11] Dipersetujui kos quotation daripada KK Prosthetic & Orthopaedic Sdn Bhd sebanyak RM300.00.

Bagi item (m):

[12] Dipersetujui perbelanjaan dental sebanyak RM180.00.

[13] Peguam defendan yang bijaksana juga telah menghujahkan plaintif pertama telah gagal membuktikan beliau ada membayar deposit kasut khas sebanyak dua pasang. Walaupun plaintif pertama memanggil SP3 untuk menyokong tuntutannya, dihujahkan SP3 gagal mengemukakan resit bayaran di mahkamah. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam plaintif pertama yang bijaksana iaitu laporan pakar Dr Peraba yang disediakan selepas laporan Dr Sivanesan tidak ada menyatakan plaintif pertama tidak memerlukan kasut khas. Mahkamah ini juga telah menimbangkan keterangan plaintif pertama iaitu walaupun sebelum memakai kasut khas beliau ada ke luar negara tetapi ia mengalami kesakitan dan kakinya akan berdarah. Sebaliknya selepas beliau memakai kasut khas kakinya tidak merasa sakit dan berdarah. Mahkamah ini juga bersetuju memandangkan hanya sebut harga yang dikemukakan di mahkamah (P9), mahkamah ini tiada pilihan lainnya dan berpendapat kos pembelian kasut khas ini adalah munasabah iaitu bagi kasut indoor memerlukan 22 kali penukaran pada kadar RM3,760.00 berjumlah RM82,720.00 dan kasut outdoor memerlukan 44 kali penukaran pada kadar RM3,760.00 berjumlah RM165,440.00. Mahkamah ini membenarkan tuntutan ini sebanyak RM248,160.00.

Bagi item (g):

[14] Plaintif pertama telah menuntut kehilangan pendapatan sebagai "pemandu bas pelancong" dengan pendapatan RM200.00 hingga RM300.00 sehari. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam defendan yang bijaksana iaitu plaintif pertama pada pemeriksaan utamanya menyatakan beliau bekerja sebagai pemandu pelancong. Sebaliknya semasa pemeriksaan balas plaintif menyatakan beliau bekerja sebagai peman

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top