SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2012 MarsdenLR 2405

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH TERENGGANU
PENDAKWA SYARIE LWN. NOOR WAHIDA AHMAD AZRI
[Kes No: 11001-114-0054 Of 2012]



Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan zina hukumannya serius; mahkamah harus mengenakan hukuman yang lebih berat bagi mencegah pengulangan kesalahan dan melindungi masyarakat.

Headnote:(A) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 - Seksyen 29 dan 68 - Tindakan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah - Perbuatan zina dikategorikan sebagai pelanggaran serius - Mahkamah berpendapat tindakan melawan kehormatan adalah haram dan perlu dibendung untuk menjaga masyarakat. (Paras 1, 15)

(B) Kewajipan mahkamah untuk memberi hukuman sesuai - Sekiranya hukuman ringan dijatuhkan, terdapat risiko pelaku akan mengulangi kesalahan - Kes pemohon dalam keadaan intim di dalam kereta menegaskan niat dan persediaan untuk melakukan zina. (Paras 16, 21)

(C) Pengakuan salah pemohon diambil kira dan faktor pemberatan diambil perhatian semasa menjatuhkan hukuman. (Paras 23)

Facts of the case:
Pertuduhan terhadap OKT adalah perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, yang diakui oleh OKT dan berdasarkan situasi di tempat kejadian di dalam kereta.

Findings of Court:
Mahkamah memutuskan untuk mengenakan hukuman penahanan di Pusat Perlindungan Wanita selama enam bulan untuk kesalahan yang dilakukan di bawah s 29.

Issues: Apakah hukuman yang sesuai untuk kesalahan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dan kesan pengakuan salah ke atas hukuman?

Ratio Decidendi: Mahkamah menyatakan pentingnya mengenakan hukuman berat terhadap kesalahan seksual untuk mencegah pengulangan dan membentuk kesedaran dalam masyarakat.

Result: OKT didapati bersalah dan dihukum di pusat perlindungan selama enam bulan.

Table of Content
1. seriousness of zina under islamic law (Para 1 , 4 , 5)
2. moral implications of zina on society (Para 2 , 12 , 13)
3. islamic teachings prohibit actions leading to zina. (Para 3 , 8 , 9 , 10)
4. court's jurisdiction and sentencing options (Para 6 , 21)
5. seriousness of the charge of preparing for zina. (Para 11)
6. defendant's behavior and societal norms (Para 15 , 17 , 19 , 20)

[1] Pada hari ini kes yang berada di hadapan saya ini adalah kes jenayah Syariah di bawahs 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. Pertuduhan di bawah s 29 ini adalah satu pertuduhan yang serius di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir di Negeri Terengganu.

[2] Di dalam agama Islam perbuatan zina dianggap sebagai satu perkara yang boleh menggugat dan merosakkan kehidupan dan kesejahteraan masyarakat secara amnya dan kepada institusi kekeluargaan secara khususnya. Dengan membenarkan atau membebaskan orang-orang melakukan zina itu boleh menyebarkan kejahatan dan keburukan di kalangan masyarakat. Sekiranya ia tidak dicegah, institusi kekeluargaan akan hancur dan akhirnya akan membawa kepada kehancuran masyarakat dan negara. Inilah yang mahu dicegah oleh agama Islam sebagai agama rahmat dan penyelamat sejagat.

[3] Pengharaman perbuatan khalwat misalnya adalah kerana ia amat jelas boleh membawa kepada bibit perzinaan di mana baginda Rasulullah SAW ada bersabda apabila wanita dan lelaki yang bukan muhrim berdua-duaan, maka ia akan disertai oleh orang ketiga iaitu syaitan laknatullah yang mana perbuatan tersebut seolah-olah memberi laluan percuma kepada syaitan untuk menghasut dan membisikkan kepada mereka supaya melakukan perbuatan yang lebih terkutuk iaitu perbuatan zina yang dikeji dan diharamkan oleh Islam. Begitu juga dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Isra' (17):32 yang jelas mengharamkan perbuatan menghampiri zina.

Tafsirnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).

[4] Memahami hasrat yang dimaksudkan dalam firman Allah dan hadith inilah telah digubal peruntukan ss 29, 31 dan 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 ('EKJST Terengganu 2001'), iaitu kesalahan dan hukuman mengenai perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, khalwat dan perbuatan tidak sopan di tempat awam.

[5] Pada hari ini, pertuduhan yang di bawa ke mahkamah ialah di bawah s 29 EKJST Terengganu 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah di mana menurut seksyen ini:

Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

[6] Mahkamah pada hari ini juga berpendapat bahawa ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes di bawah s 29 EKJST Terengganu 2001 seperti mana yang termaktub di dalam s 12(2)(a) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001.

12(2)(a) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimun yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun aau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

[7] Di dalam al-Quran dan hadith banyak dinyatakan tentang keburukan tentang zina kerana apabila zina telah berleluasa, maka kebajikan yang dibuat akan hancur azab siksa Allah akan mendekati kita, sebagaimana hadith- hadith menjelaskan yang demikian itu:

Maksudnya: Daripada Maim

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top