SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 458

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAM
EZLIN ERINA MOHD NOOR LWN. SAMSUDDIN JILANI
[Kes Permohonan No: 10300-038-0167-2011 10300-038-0168-2011 10300-038-0169-2011]



Petitioner Advocates:Azmi Tan Sri Dr Mohd Rais ,Respondent Advocate: Tuan Mohd Redzuan Ramli

The court affirms that the mother holds primary custody of young children unless disqualified, while child support is based on essential needs and financial capacity.

Headnote:(A) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 - Seksyen 61, 82, 83, 200, 201 dan 202, serta peruntukan berkaitan injunsi - Mahkamah membincangkan hak jagaan sementara anak dan nafkah sementara - Mahkamah berpuas hati bahawa ibu berhak terhadap hak jagaan anak yang belum mumaiyyiz - Nafkah sementara ditentukan berdasarkan keperluan dharuriyyat - Perintah injunksi dikeluarkan untuk melindungi pihak dari gangguan - Mahkamah memberi perhatian kepada kebajikan anak-anak dalam menentukan hak jagaan dan nafkah. (Paras 8-40)

(B) Permohonan Hak Jagaan dan Nafkah - Permohonan hendaklah berdasarkan keperluan dan bukti yang relevan - Kelayakan mahkamah tidak dibangkang dan kes memenuhi kriteria - Permohonan ditolak jika tiada bukti menyokong. (Paras 41-60)

Facts of the case:
Pemohon dan Responden dalam proses penceraian dengan tiga anak - Pemohon memohon hak jagaan sementara dan nafkah untuk anak-anak - Mahkamah berdepan dengan dokumen dan afidavit yang memerlukan penilaian keutamaan bagi kebajikan anak.

Findings of Court:
Mahkamah meluluskan hak jagaan sementara kepada ibu dan memberikan nafkah sementara sebanyak RM750 sebulan untuk tiga anak - Injunsi untuk melindungi daripada gangguan diluluskan dengan kuasa undang-undang.

Issues: Bidangkuasa Mahkamah, hak jagaan sementara, nafkah sementara, dan injunsi.

Ratio Decidendi: Mahkamah menjelaskan hak jagaan ibu ke atas anak tidak boleh tergugat tanpa bukti menggugurkan kelayakan, dan nafkah perlu ditentukan berdasarkan keperluan minimum anak-anak.

Result: Permohonan Pemohon untuk hak jagaan dan nafkah sementara diluluskan; injunsi untuk melindungi kedua-dua pihak juga dikeluarkan.

Table of Content
1. marital facts and context leading to the case. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6)
2. identifying primary issues for decision making. (Para 7 , 11 , 12 , 14)
3. court's jurisdiction and competence to hear the cases. (Para 8 , 9 , 10)
4. conditions for temporary injunctions and their validity. (Para 15)
5. criteria for child custody determinations. (Para 17 , 19 , 20 , 21 , 22)
6. criteria for temporary custody and responsibilities of parents. (Para 18)
7. p's allegations against r's fitness for custody. (Para 23 , 25 , 26)
8. respondent's defense against custody claims. (Para 24 , 27)
9. legal principles affirming maternal custody rights. (Para 28 , 29)
10. importance of child welfare in custody decisions. (Para 30 , 31 , 33 , 34 , 37)
11. claims for temporary alimony and child support. (Para 40)
Mawardi Che Man HMTS:

Fakta Kes

[1] Pemohon (P) dan Responden (R) telah bernikah pada 1 Julai 2005 dan kini dalam proses penceraian di MRS Hulu Langat melalui Kes No: 10005-055-2187-2010. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu:

a. Nurdamia Marsya Binti Samsuddin

My Kid No: 060402-10-0448

b. Ridhuan Khaleef Bin Samsuddin

My Kid No: 080707-10-1319

c. Nur Rania Ameera Binti Samsuddin

My Kid No: 091019-10-1140

[2] Pada 14 April 2011, berikutan dan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh mereka, P telah bertindak keluar bersama ketiga-tiga orang anak tersebut dari rumah kelamin mereka dan tinggal di rumah adiknya (Ezuddin Mohd Noor). Pada 20 April 2011, P bersetuju atas permintaan R untuk menemukan anak-anak mereka dengan R di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur. Namun begitu, ketika pertemuan tersebut, R telah berjaya membawa lari anak kedua mereka dari P.

[3] Rentetan peristiwa tersebut, pada 22 April 2011 telah memfailkan tuntutan hak jagaan kekal menerusi Kes Saman No: 10300-028-0151-2011 terhadap anak-anak tersebut melalui Puan Hazirah Binti Othman dari Tetuan Hazirah Othman & Associates. Pada 5 Mei 2011, P telah memfailkan tiga lagi permohonan iaitu hak jagaan sementara, nafkah anak sementara dan permohonan tegahan/injuksi. R melalui Peguam Syarienya iaitu Tuan Mohd Redzuan Bin Ramli dari Tetuan Mohd Redzuan Ramli & Associates telah memfailkan Afidavit Jawapan pada 23 Ogos 2011 terhadap ketiga-tiga permohonan P.

[4] Pada sebutan 12 Oktober 2011 yang lalu, P telah diwakili oleh Peguam Syarienya yang baru iaitu Azmi Tan Sri Dr Mohd Rais dari Tetuan Zulkifii Yong Azmi & Co dan R masih kekal dengan Peguam Syarie yang sama. Ketika sebutan tersebut, kedua-dua pihak Peguam bersetuju terhadap ketiga-tiga permohonan kes tersebut iaitu Afidavit Balasan difailkan dalam tempoh 14 hari selepas sebutan 12 Oktober 2011 dan hujahan bagi ketiga-tiga kes tersebut dimasukkan 14 hari sebelum 15 November 2011.

[5] Namun begitu, malang sekali, kedua-dua Peguam Syarie ini gagal mematuhi tarikh-tarikh yang mereka sendiri persetujui di hadapan Mahkamah sehingga menimbulkan kesukaran Mahkamah di dalam membuat keputusan terhadap ketiga-tiga kes ini. Peguam P hanya memasukkan Afidavit Balasan bagi ketiga-tiga kes tersebut pada 29 November 2011 dan hujahan hanya dimasukkan pada 2 Disember 2011 bagi kes permohonan hak jagaan sementara dan nafkah sementara sahaja, manakala hujahan bagi kes tegahan/injuksi difailkan pada 16 Disember 2011. Bagi Peguam Syarie R pula hujahan dimasukkan bagi ketiga-tiga kes tersebut pada 16 Disember 2011 dan hujahan tersebut adalah sama bagi ketiga-tiga fail itu. Tindakan ini menunjukkan sikap ketidakseriusan dan ketidakprihatinan dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan sehingga mampu mencalar imej Kepeguaman Syarie di Negeri Selangor khususnya.

[6] Kedua-dua pihak nampaknya sengaja mengingkari arahan yang Mahkamah berikan dan keingkaran ini boleh dianggap menghina Mahkamah. Namun begitu, demi menjaga keadilan yang menjadi pegangan Mahkamah iaitu "Syariah Asas Keadilan", Mahkamah menerima pliding dan hujahan tersebut dengan amaran keras kepada peguam P dan R di samping peringatan kepada Peguam P dan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top