SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 4946

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA TERENGGANU
MOHAMAD ZAHEERUL YUSOF LWN. CHE KU SAWARNI CHE KU MAN
[Guaman Sivil No: 11005-062-0262 Of 2011]



A wife must obey her husband only if he fulfills his marital obligations, including financial support and suitable living conditions; failure to do so negates this obligation.

Headnote:(A) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 - Sub-sections 11(3)(b)(i) and 12(1)(b) - Request for wife to return to obedience - Plaintiff claims that the defendant failed to comply with marital duties after a misunderstanding arose, leading to continued separation. (Paras 2, 4, 33)

(B) Jurisdiction of Syariah Court - The court establishes it has the jurisdiction to hear the case regarding marital relations under Islamic law and relevant statutory provisions. (Paras 4, 7)

(C) Legal principles of obedience and spousal duties under Islamic law - The court affirms the principle that a wife must obey her husband as long as the husband fulfills his responsibilities and duties adequately, including providing financial support and appropriate living conditions. (Paras 26, 30)

(D) Findings of Court - The plaintiff failed to demonstrate that he has satisfactorily fulfilled his obligations, which included not providing adequate financial support or suitable living conditions for the wife and children. (Paras 40, 41, 63) (E)

Issues: The court addressed whether the plaintiff fulfilled his duties as a husband, the validity of the wife's refusal to obey, and whether the wife is entitled to a divorce. (Paras 33, 49) (F)

Ratio Decidendi: The court concluded that the plaintiff's inability to provide for his wife and children removed the obligation of the wife to obey him. The request was denied due to the lack of financial support and failure to provide a suitable living environment. (Paras 35, 84) (G)

Result: The demand for the wife to return to obedience is denied.

Table of Content
1. plaintiff's request for wife to return to obedience. (Para 1 , 2 , 3)
2. jurisdiction of the syariah court. (Para 4 , 5 , 6)
3. interpretation of marital obligations. (Para 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13)
4. duties of spouses as per islamic law. (Para 26 , 27 , 30 , 31)
5. court's examination of marital responsibilities. (Para 33 , 34 , 35 , 36)
6. defendant's reasons for non-compliance. (Para 49 , 50)
7. significance of emotional connection in marriage. (Para 75 , 76 , 77)
8. plaintiff's obligation for financial support. (Para 79 , 80 , 81 , 82)

[1] Atas tuntutan plaintif yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam, tuntutan ini dipanggil untuk perbicaraan dalam kehadiran plaintif bersama saksi-saksi dan dengan kehadiran defendan yang diwakili peguam Puan Salwa bt Mansor dari Tetuan Ahmad Shahabuddin & Co bersama saksi, maka pada hari ini tuan hakim telah membuat penghakiman seperti berikut.

[2] Tuntutan yang didengar ini ialah tuntutan supaya isteri kembali taat yang difailkan oleh plaintif Mohamad Zaheerul bin Yusof (KP 790604-14-5091) terhadap defendan iaitu isterinya Che Ku Sawarni bt Che Ku Man (KP 830712-11-5280). Plaintif dalam pernyataan tuntutannya telah mengemukakan tuntutan terhadap defendan iaitu isterinya supaya kembali taat semula kepada plaintif selaku suaminya yang sah mengikut hukum syarak. Di dalam tuntutannya ini, plaintif mendakwa defendan telah gagal mentaati plaintif sebagai suaminya dan tidak mahu kembali hidup bersama dengan plaintif setelah berlaku perselisihan faham antara mereka berdua. Plaintif juga menyatakan telah memujuk defendan beberapa kali bagi tujuan itu, tetapi defendan tetap enggan kembali mentaatinya sebagai seorang suami.

[3] Defendan di dalam pembelaannya menyatakan bahawa setelah berlaku perselisihan faham serta pertengkaran antara mereka berdua yang mana ia berpunca dari masalah kewangan iaitu selepas plaintif diberhentikan kerja pada tahun 2007 yang mengakibatkan plaintif tiada kerja yang tetap dan tidak dapat memberi nafkah yang sepatutnya. Seterusnya defendan menyatakan pada 3 Januari 2011 plaintif sendiri telah bertindak keluar dari rumah perkahwinan mereka iaitu rumah sewa ibu defendan di Kampung Raja, Chendering, Kuala Terengganu dan plaintif tinggal di rumah ibunya di Kampung Tanjung Kapur, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Seterusnya defendan mendakwa bahawa plaintif ingin defendan tinggal bersama plaintif di rumah ibu plaintif yang didiami oleh ramai ahli keluarga plaintif yang lain yang hanya mempunyai empat bilik sahaja, dengan alasan plaintif belum mampu untuk menyediakan tempat tinggal sendiri lagi. Justeru itu, defendan tidak bersetuju dengan tuntutan plaintif dan dalam masa yang sama defendan ada membuat permohonan perceraian secara ta'liq untuk bercerai dengan plaintif secara fail yang berasingan. Plaintif tidak diwakili peguam manakala defendan diwakili oleh peguam Puan Salwa bt Mansor dari Tetuan Ahmad Shahabuddin & Co

Bidang Kuasa Mahkamah

[4] Sebelum mahkamah meneruskan penghakiman ini, walaupun tiada sebarang pertikaian antara pihak-pihak berhubung bidang kuasa mahkamah mendengar kes ini, mahkamah terlebih dahulu melihat kepada bidang kuasa mahkamah untuk mendengar dan memutuskan kes ini mengikut undang-undang dan hukum syarak. Tuntutan yang didengar ini adalah tuntutan supaya isteri kembali taat antara plaintif dan defendan. Mengikut undang-undang, bidang kuasa mengenai tuntutan isteri kembali taat, adalah diberi kepada Mahkamah Tinggi Syariah sebagai bidang kuasa asal dan juga kepada Mahkamah Rendah Syariah. Peruntukan sub-section 11(3)(b)(i) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 adalah dibaca bersama dengan sub-section 12(1)(b), enakmen yang sama.

[5] Sub-s 11(3)(b)(i) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:

(a)...

(b) Dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosid

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top