SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 423

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR
BIBENDUM SDN BHD LWN. AMANAH SCOTT PROPERTIES (KL) SDN BHD
[Guaman No: S5-22-562-2006]



A claimant must have insurable interest at the time of the loss to recover damages; failure to prove negligence and interest results in claim dismissal.

Headnote:(A) Subrogation - Insurable Interest - Judgement on a claim for damages and loss of property insured up to RM 1,000,000.00, with 8% interest on judgement amount from the date of judgement until full payment - Defendant denied liability, arguing the Plaintiff had assigned all rights to another party, thereby losing insurable interest - Deed of Assignment established Plaintiff relinquished all interests in the insured property - Court found Plaintiff failed to prove negligence by the Defendant and lacked insurable interest on the date of the incident, leading to dismissal of the claim. (Paras pertaining to negligence and insurable interest were found throughout the text.)

(B) Negligence - The Plaintiff must prove the negligence outlined against the Defendant - Evidence was insufficient to establish the claim.

(C) Insurable Interest - A claimant must have a legal or equitable interest at the time of loss to recover under an insurance policy - Previous judgments discussed the necessity of insurable interest (case law discussed in detail).

(D) Appeal - The appropriateness of the Plaintiff to claim damages when no insurable interest existed and where negligence was not sufficiently established. (E)

Result: Plaintiff's claim dismissed with costs.

Ini adalah tuntutan subrogasi oleh penanggung insuran untuk kerosakan dan kerugian hartanah yang dilindungi insuran sebanyak RM 1,000,000.00.

Tuntutan Plaintif

Plaintif sebagai penanggung insuran dan membawa tindakan atas dasar subrogasi setelah dibayar oleh Malaysian Insurance Alliance Berhad untuk perintah-perintah berikut:-

i. penghakiman untuk jumlah sebanyak RM 1,000,000.00 terhadap Defendan.

ii. faedah pada kadar 8% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh 9.6.2005 sehingga tarikh pembayaran penuh;

iii. kos;

iv. sebarang relief lain yang dianggap wajar dan sesuai oleh Mahkamah yang mulia ini.

Pembelaan Defendan

Defendan menafikan liabiliti dengan mengemukakan alasan-alasan berikut:-

i. Plaintif telah menyerahkan kesemua haknya kepada Yap Wee Keat dan dengan itu telah melepaskan kesemua haknya terhadap premis berkenaan.

ii. Plaintif tiada kepentingan berinsuran (insurable interest). Defendan akan merujuk pada tema-tema surat Ikatan Penyerahan (Deed of Assignment).

iii. secara alternatif, jika Plaintif mempunyai hak untuk mulakan tindakan, Defendan akan merujuk pada terma-terma Deed of Mutual Covenants.

iv. Defendan menafikan jumlah tuntutan yang dituntut.

Fakta ringkas kes

Plaintif merupakan penanggung insuran Malaysian Assurance Alliance Berhad (MAA) untuk polisi insuran nombor B005BC000295 yang berkuatkasa mulai 1 Julai 2004 hingga 30 Jun 2005. Polisi ini menginsuranskan hartanah Plaintif untuk "pengubahsuaian dan perabot terbina dalam (renovation and build in furniture), peralatan kebersihan (sanitary ware) dan perabot dapur (kitchen furniture)"(akan disebut ketiga-tiga item selepas ini).

Melalui Deed of Assignment (D9) bertarikh 23 Ogos 2002, Plaintif telah menjual premis beralamat No: 7-20, Kirana Condominium, 7 Jalan Pinang, 50480 Kuala Lumpur kepada Yap Wee Keat.

Pada 14 Februari 2005, penyambung tengah untuk paip gutter di dalam premis berkenaan telah pecah dan membanjiri premis berkenaan. Akibat daripada kejadian ini MM telah membayar tuntutan insurans sebanyak RM 1 juta kepada Plaintif.

Plaintif mendakwa kerosakan dan kerugian yang dialami oleh Plaintif pada 14 Februari 2005 adalah akibat kecuaian Defendan. Butir-butir kecuaian Defendan telah diplidkan seperti berikut:-

i. gagal menggunakan bahan-bahan yang betul untuk paip 'gutter' siku yang pecah dan mengakibatkan pengaliran ke dalam premis tersebut.

ii. gagal memastikan bahawa paip 'gutter' adalah saiz yang mencukupi untuk memastikan bahawa air tidak akan tersesak di dalam paip 'gutter' dan mengakibatkan tekanan yang tinggi kepada penyambung siku paip 'gutter'.

iii. menggunakan paip 'gutter' yang tidak sesuai dan yang tidak dapat menjamin pengaliran air yang lancar.

iv. menggunakan paip 'gutter' yang tidak cukup besar untuk memastikan paip 'gutter' tersebut dan sistem paip berkaitan boleh menguruskan pengaliran air hujan yang lebat dengan lancar.

v. menggunakan paip-paip PVC untuk paip 'gutter' sebagai ganti paip besi yang sepatutnya dipakai, dengan pengetahuan bahawa paip-paip PVC tidak boleh memastikan pengaliran air hujan dengan lancar.

vi. menggunakan penyambung siku yang bersudut salah untuk paip 'gutter', yang mengakibatkan tangkungan air di dalam penyambung siku dan menyebabkan tekanan yang tinggi pada penyambung siku yang menyebabkan siku pecah.

vii. menggunakan penyambung siku yang tidak berkualiti dan yang tidak dapat tahan tekanan tinggi air di dalam paip 'gutter', dan mengakibatkan paip tersebut pecah.

viii. memasang penyambung siku dengan salah dan menyebabkan paip tersebut menjadi longgar dan /atau terkeluar dan /atau pecah di bawah tekanan tinggi.

ix. gagal menyediakan sokongan yang mencukupi iaitu hanya paip sebelah kiri selepas paip 'gutter' yang dipasang kepada penyambung ada topangnya sendiri, manakala topang tidak disediakan untuk paip sebelah kanan.

x. gagal mengekalkan sistem paip 'gutter' dalam bangunan tersebut.

xi. gagal memastikan bangunan tersebut adalah selamat untuk diduduki dan bebas dari pembanjiran.

xii. gagal memastikan bahawa pekerja dan wakil Defe

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top