2010 MarsdenLR 3262
MAHKAMAH TINGGI, PULAU PINANG
LEE AH KONG LEE MUK SANG LWN. SOUTHERN FINANCE BERHAD & SATU LAGI
[Guaman Sivil No. 22-187-2006]
Court evaluates the balance of convenience and adequacy of damages in determining interlocutory injunctions, emphasizing the need for a bona fide serious issue and the parties' ability to bear costs if the injunction is denied.
Headnote:(A) Akta Relief Spesifik, 1950 - Permohonan injunksi interlokutori untuk menghentikan lelongan awam oleh defendan pertama ke atas harta.
(B) Pemohon mempunyai kepentingan ke atas harta tetapi defendan pertama tidak mempunyai obligasi kontraktual terhadapnya, dengan pembeli unit sedar tentang gadaian yang wujud.
(C) Penilaian kuasa budibicara mahkamah dalam membenarkan injunksi dipandu oleh prinsip "imbangan kesenangan" serta keupayaan untuk menggantirugi.
(D) Kebolehan pemohon untuk menanggung rugi jika gagal adalah diragui, manakala defendan pertama mampu untuk memberi ganti rugi. (E) Permohonan injunksi ditolak kerana pemohon tidak menunjukkan hujah yang meyakinkan dan kerugian boleh dikompensasikan. (F) "Permohonan bagi perintah injunksi interlokutori ditolak dengan kos." (G) Pihak terlibat: Pemohon dan Defendan Pertama. (H) Tiada pendapat berbeza atau pandangan alternatif yang dicatatkan.
| Table of Content |
|---|
| 1. summary of the relevant facts and claims. (Para 1 , 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9) |
| 2. arguments presented by both parties. (Para 10 , 11 , 12) |
| 3. court's analysis of injunction principles. (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18) |
| 4. evaluation of chargee rights vs purchaser interests. (Para 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25) |
| 5. conclusion on balance of convenience and denial of injunction. (Para 26 , 27 , 28) |
[1] Perkara yang menjadi penentuan di hadapan saya ialah Lampiran 3 iaitu Saman Dalam Kamar yang difailkan oleh pemohon bagi mendapatkan perintah-perintah berikut:
(a) injunksi interlokutori menahan defendan pertama, Southern Finance Berhad oleh mereka sendiri, ejen-ejen atau pengkhidmatnya atau selainnya daripada menjalankan atau mengendalikan Lelong Awam di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang bagi harta H.S.(M) 2075, Lot 6788 Mukim 11, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang atau pada bila-bila masa pun sehingga penyelesaian perbicaraan dalam kes ini;
(b) lain-lain relif; dan
(c) kos.
[2] Alasan-alasan bagi permohonan injunksi interlokutori tersebut dibutirkan di dalam afidavit pemohon di Lampiran 3 yang diikrarkan pada 6 April 2006
[3] Secara ringkasnya alasan-alasan pemohon adalah seperti berikut:
(a) pemohon mempunyai kepentingan ke atas harta HSM 2075, Lot 6788 Mukim 11, Seberang Perai Tengah kerana harga pembelian penuh sebanyak RM350,000.00 telah dibayar kepada pemajunya iaitu defendan kedua;
(b) defendan pertama telah memberi pinjaman 'bridging loan' kepada defendan kedua untuk projek pembinaan industri ringan dan telah menetapkan wang penubusan (redemption sum) sebanyak RM56,000.00 untuk harta tersebut dalam Jadual Pembayaran Balik asal dan lepas itu ke RM65,000.00;
(c) defendan pertama tanpa sebarang notis atau sebarang sebab telah meningkatkan wang penebusan harta tersebut kepada RM216,000.00 walau pun mempunyai pengetahuan penuh tentang kepentingan pemohon dalam harta tersebut;
(d) defendan telah menetapkan untuk melelong harta tersebut dan lain-lain unit dalam projek tersebut secara lelongan awam melalui perintah penjualan bertarikh 11.9.2006 yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Daerah, Daerah Seberang Perai Tengah;
(e) pemohon akan kehilangan kepentingan dalam harta tersebut jika pihak ketiga membelinya dan kehilangan ini tidak boleh digantikan dengan gantirugi;
(f) plaintif bersedia mampu dan boleh membayar wang penebusan seperti yang ditetapkan dalam Jadual Pembayaran Balik asal defendan pertama.
[4] Dokumen-dokumen kausa berikut yang telah difailkan di sini menjadi rujukan pihak-pihak terhadap permohonan ini -
(a) writ dan pernyataan tuntutan bertarikh 10.4.2006 (Lampiran 1);
(b) pernyataan pembelaan defendan pertama (Lampiran 11);
(c) saman dalam kamar oleh pemohon/plaintif bertarikh 10.4.2006;
(d) afidavit oleh Lee Ah Kong @ Lee Muk Sang iaitu pemohon/plaintif yang diikrarkan pada 6.4.2006 (Lampiran 2);
(e) afidavit jawapan oleh Wong Yuen Chee bagi pihak defendan pertama yang diikrarkan pada 3.7.2006 (Lampiran 12);
(f) afidavit oleh Lee Ah Kong @ Lee Muk Sang iaitu pemohon/plaintif yang diikrarkan pada 6.6.2006 (Lampiran 14); dan
(g) afidavit oleh Goh Therd Siang bagi pihak defendan pertama yang diikrarkan pada 22.1.2008 (Lampiran 23).
[5] Latar belakang kes
Pada 23.8.1995 defendan pertama yang dahulunya dikenali sebagai United Merchant Finance Berhad telah memasuki satu Perjanjian Pinjaman kemudahan (facility) dengan defendan kedua dalam mana defendan pertama bersetuju memberi pinjaman tetap (fixed loan) sejumlah RM4,150,000.00 serta kemudahan kredit tidar (revolving credit facility) sejumlah RM930,000.00 kepada defendan kedua dengan terma-terma yang disetujui oleh pihak-pihak tersebut.
[6] Tujuan kedua-dua kemudahan pinjaman tersebut adalah bagi membiayai pembelian tanah Lot 567 dan Lot 579 Mukim 11, Seberang Prai Tengah oleh defendan kedua dan seterusnya bagi defendan kedua melaksanakan pembangunan tanah tersebut kepada suatu estet industri ringan yang dikenali sebagai Taman Utaria Light Industrial