SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2010 MarsdenLR 4255

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUALA LUMPUR
FERNANDO VADILLO & YANG LAIN LWN. ALAWIYAH ABDUL RAHMAN
[Civil Case Claim No 14700-010-0355 Of 2009]



Pernikahan poligami yang sah menurut hukum syarak dapat didaftarkan meski bertentangan dengan undang-undang negara asal, asalkan memenuhi syarat tertentu.

Headnote:(A) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 - Seksyen 19; Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 - Seksyen 46(2)(b)(i); Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 - Seksyen 12(1), (2) - Permohonan pengesahan dan pendaftaran pernikahan poligami yang diadakan di luar negara yang tidak dapat didaftarkan di negara asal kerana undang-undang bertentangan; pernikahan sah menurut hukum syarak walaupun melanggar peruntukan akta. (Paras 1-34)

(B) Kemasukan status pemastautin untuk kelayakan mahkamah mendengar permohonan; keperluan untuk mendaftar pernikahan yang sah di sisi hukum syarak. (Paras 30-32)

Table of Content
1. background of polygamous marriage application. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7)
2. court's authority to hear polygamy cases. (Para 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14)
3. validity of marriage according to religious law. (Para 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27)
4. registration of valid marriage under statutory law. (Para 29 , 30 , 31 , 32)
5. final judgment confirming the validity of marriage. (Para 33)
Mohamad Abdullah:

[1] Ini adalah permohonan pengesahan dan pendaftaran pernikahan poligami yang dipohon oleh pemohon pertama ('P1') Fernando Vadillo (No Passport BA 475858) berumur 46 tahun, warganegara Sepanyol dan beralamat di 152-8-1 Villa Flora Kondo, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Isteri kedua P1 iaitu Batool Layla Evans (No Passport 706441017) dinamakan oleh P1 sebagai responden (selepas ini dirujuk sebagai P2) manakala isteri pertama P1 bernama Alawiyah bt Abdul Rahman (No K/P 5771430) adalah warganegara Malaysia dan beralamat di alamat yang sama seperti alamat P1. Isteri pertama pemohon pertama adalah sebagai responden di dalam kes ini. Perubahan-perubahan ini adalah atas perintah mahkamah berdasarkan s 19 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 (Akta 585).

Latar Belakang Kes

[2] P1 telah memfailkan notis permohonan dan afidavit bertarikh 24 Disember 2009 pada tarikh yang sama melalui Peguam Syarie Puan Ainon bt A Rahman dari Tetuan Abdullah & Maznah. P1 telah hadir ke mahkamah pada tarikh sebutan yang pertama iaitu pada 13 Januari 2010 manakala P2 tidak hadir. Mahkamah telah menangguhkan perbicaraan bagi menentukan bidang kuasa mahkamah mendengar permohonan ini. Pada 29 Januari 2010 mahkamah telah mengarahkan perbicaraan diteruskan bagi membolehkan mahkamah mendengar keterangan secara keseluruhan. Bagaimanapun perbicaraan ditangguhkan pada 4 Februari 2010 untuk peguam syarie P1 menyediakan penterjemah. P1 memberikan keterangan pada 4 Februari 2010 sebelum mahkamah menangguhkan perbicaraan pada 8 Februari 2010 dan mengarahkan peguam syarie P1 memasukkan hujah penggulungan. Walaubagaimanapun pada 8 Februari 2010 mahkamah telah mengambil keterangan isteri pertama P1. Mahkamah menetapkan 10 Februari 2010 jam 3.00 petang sebagai tarikh keputusan dan peguam syarie diarahkan memfailkan hujah penggulungan pada pagi tarikh yang sama.

Fakta Kes

[3] P1 telah berkahwin dengan isteri pertama, Alawiyah bt Abdul Rahman pada 1 September 1990 di Muar, Johor. Perkahwinan tersebut telah dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.

[4] P1 telah berkahwin dengan P2 pada 24 Oktober 1998 di Achnagairn House Inverness, Scotland, United Kingdom. Perkahwinan ini telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

[5] P1, P2, isteri pertama dan semua anak-anak mereka telah datang ke Malaysia dan tinggal di alamat 152-8-1 Villa Flora Kondo, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur sejak Disember 2008.

[6] Pada 2 Mac 2009 P2 telah meninggalkan P1 dengan membawa semua anak-anak hasil perkongsian hidup di antara P1 dan P2 dan pulang ke England tanpa pengetahuan dan kebenaran P1.

[7] P1 memohon agar perkahwinannya dengan P2 yang dilangsungkan di Scotland, United Kingdom disahkan seterusnya didaftarkan di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

[8] Setelah mahkamah ini meneliti notis permohonan dan afidavit P1 dan mendengar keterangan pihak-pihak serta memeriksa dokumen-dokumen yang dikemukakan maka mahkamah ini menggariskan beberapa isu yang akan diulas dan dihujahkan di dalam permohonan ini.

(a) Adakah Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seterusnya memutuskan permohonan ini;

(b) Adakah pernikahan di antara P 1 dan P 2 yang dilangsungkan pada 24 Oktober 1998 di Achnagairn House Inverness, Scotland, United Kingdom sah menurut hukum syarak;

(c) Bolehkah pernikahan tersebut didaftarkan di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi Syariah Mendengar Permohonan Pengesahan Dan Pendaftaran Pernikahan

Bagi memutuskan sama

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top