SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2013 MarsdenLR 1862

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG
KETUA PENDAKWA SYARIE PULAU PINANG LWN. SYED MOHAMMAD FAUZIE SYED OMAR
[Kes Jenayah (Semakan) No: 07100-103-0006-2013]



Petitioner Advocates:Mohd Zulkhairi Aziz ,Respondent Advocate: Wan Faridul Hadi Mohd Yusoff

Mahkamah menegaskan hak tertuduh untuk memanggil semula saksi tanpa perlu permohonan bertulis, memperkuat prinsip keadilan dalam proses perbicaraan.

Headnote:(A) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 - Seksyen 27(a) - Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 - Seksyen 96(f), 219, dan 92(4) - Prosiding semakan berkaitan pemanggilan semula saksi - Mahkamah memutuskan bahawa permohonan semakan untuk memanggil saksi semula oleh pihak pembelaan adalah dibenarkan dengan syarat tidak menyalahi peruntukan undang-undang. (Paras 30, 19, dan 12)

(B) Hak tertuduh untuk memanggil semula saksi - Mahkamah merujuk kepada kes-kes yang menunjukkan hak tertuduh untuk memanggil semula saksi adalah mutlak selagi tidak melanggar prinsip keadilan, tidak seharusnya ditolak tanpa alasan munasabah. (Paras 27 dan 24)

Facts of the case:
Tertuduh dituduh berada dengan seorang perempuan bukan isterinya dalam keadaan mencurigakan. Terdapat aliran prosiding yang lambat dan keputusan yang menolak permohonan pembelaan untuk memanggil semula saksi.

Findings of Court:
Permohonan semakan pemohon ditolak dan keputusan Mahkamah Rendah dikekalkan.

Issues: Sama ada permohonan pemanggilan semula saksi oleh pihak tertuduh perlu dibuat secara bertulis.

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa tiada keperluan untuk permohonan bertulis bagi memanggil semula saksi, memperkukuh hak tertuduh untuk mendapatkan keadilan.

Result: Permohonan semakan ditolak.

Table of Content
1. factual basis for case and timeline. (Para 1 , 1 , 2)
2. court's analysis on prima facie cases. (Para 3 , 4 , 7)
3. arguments on the necessity of written applications. (Para 5 , 6)
4. arguments regarding witness recall procedures (Para 8)
5. legal requirements for recalling witnesses. (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 13)
6. judicial discretion in witness recall. (Para 14 , 15 , 17)
7. procedural law on witness examination. (Para 18 , 19 , 20)
8. defendant's right to recall witnesses emphasized. (Para 21 , 22 , 27)
9. legal standards for recalling witnesses (Para 23 , 24)
10. conditions under which witness recall is permissible. (Para 28 , 29)

[1] Kes ini adalah kes semakan bagi prosiding jenayah Syariah terhadap tertuduh. Tertuduh telah dituduh berada bersama seorang perempuan yang bukan isteri atau mahram di dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral pada 6 Mac 2008 jam lebih kurang 9.00 pagi sehingga 11.15 pagi di dalam rumah di alamat No 7, Lorong Pekatra Indah 4, Taman Pakatra Indah, Daerah Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang Pertuduhan s 27(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996.

Kronologi Kes

[2] Kes ini pertama kali disebut di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Prai Selatan pada 1 Ogos 2008 di mana tertuduh bersama pasangannya telah tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan. Kes ini mula dibicarakan pada 30 Januari 2009 dimulakan dengan keterangan saksi pertama pendakwa yang dikenali sebagai Abdullah bin Mahmud. Kemudian kes ini telah tertangguh sebanyak enam kali disebabkan sebab-sebab tertentu seperti Hakim Bicara terlibat dengan mesyuarat, ketidakhadiran peguam dan tertuduh-tertuduh dan juga berlaku penukaran peguam Syarie oleh tertuduh-tertuduh. Pada 2 Jun 2011 barulah sambung bicara dapat dijalankan semula dengan keterangan oleh saksi Pendakwa yang kedua yang dikenali sebagai Mat Razhi bin Ahmad, yang bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (BPJAIPP) dan juga keterangan saksi ketiga iaitu Azhar bin Abu Bakar (yang menjadi isu di dalam prosiding semakan ini) Saksi keempat yang dikenali sebagai Khairulariffin b Muslim yang bertugas di (BPJAIPP) memberikan keterangan pada 13 Oktober 2011 dan terakhir saksi kelima dikenali sebagai Nasiha binti Mohamed yang bertugas di (BPJAIPP) memberikan keterangan pada 22 Disember 2011. Pihak Pendakwaan telah menutup kes beliau pada tarikh tersebut dan mahkamah telah menetapkan kes untuk keputusan pada 23 Februari 2012.

[3] Mahkamah pada 23 Februari 2012 telah memutuskan bahawa pihak tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah kes ini dan berpandukan kepada s 96(f) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 ETJS (PP) 2004, mahkamah memutuskan wujudnya kes prima facie terhadap tertuduh dan memerintahkan tertuduh membela diri.

[4] Tertuduh telah mula memberikan keterangan pada 19 Julai 2012, di mana peguam Syarie Tertuduh telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa beliau akan memasukan gambar-gambar berkaitan dengan kes ini dan satu salinan akan diberikan kepada Pihak Mahkamah dan juga pihak pendakwaan dan memohon supaya mahkamah membenarkan pegawai penyiasatan bagi kes ini iaitu Saksi ketiga Pendakwaan (SP-3) yang bernama Azhar bin Abu Bakar dipanggil semula untuk diambil keterangan berhubung dengan gambar-gambar yang akan dikemukakan oleh pihak Pembelaan. Walau ia mendapat bantahan dari pihak pendakwaan, mahkamah telah membenarkan permohonan Peguam tertuduh.

[5] Pihak pendakwaan pada 11 Julai 2013 telah memasukan Notis Permohonan untuk membatalkan sapina untuk memberikan keterangan ke atas SP-3. Alasan yang dikemukakan di dalam afidavit beliau ialah tiada permohonan secara bertulis dari tertuduh untuk memohon mendapatkan kebenaran dari mahkamah bagi memanggil semula SP-3. Pihak Pendakwaan juga menghujahkan peruntukan s 219 ETJS (PP) 2004 memberikan kuasa bersyarat kepada mahkamah bagi memanggil semula mana-mana saksi jika keterangannya didapati perlu demi keputusan yang adil

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top