2011 MarsdenLR 1485
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA TERENGGANU
PENDAKWA SYARIE LWN. MOHD ZULKIFLI ADAM & SATU LAGI
[Jenayah Guaman No: 11006-143-0024 Of 2011 & 11006-143-0025 Of 2011]
Iqrar sebagai bukti utama dalam kesalahan syariah diterima dengan syarat dibuat secara sukarela; pemenjaraan adalah perlu untuk mengatasi masalah sosial dan memberi pengajaran.
Headnote:(A) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 - Seksyen 11 dan sub-seksyen 12(2) - Kesalahan boleh tangkap - Sabitan berdasarkan iqrar sebagai salah satu cara pembuktian terkuat - Pengakuan bersalah oleh tertuduh diterima sebagai mukallaf dan sempurna akal - Hukuman terhadap kesalahan khalwat termasuk pemenjaraan lebih daripada denda untuk pengajaran. (Paras 1-30)
(B) Iqrar - Iqrar boleh diterima sebagai bukti kuat dengan syarat dibuat secara sukarela dan bukan dihalang undang-undang - Pengakuan lisan dan bertulis diterima - Jenis iqrar yang diterima termasuk dokumen rasmi. (Paras 3, 8, 11)
(C) Ta'zir - Hukuman ta'zir bertujuan pemulihan dan pencegahan - Pemenjaraan sebagai langkah perlu menghadapi masalah sosial dan memberi pengajaran. (Paras 26-30)
Facts of the case:
Tertuduh mengaku bersalah di atas kesalahan cuba menyebabkan sumbang mahram, termasuk peranan iqrar sebagai pengakuan mutlak yang mempengaruhi keputusan. Tertuduh dijatuhi hukuman denda dan penjara, setelah mengambil kira faktor keseriusan kesalahan.
Findings of Court:
Mahkamah berpuas hati dengan pengakuan tertuduh dan memutuskan untuk memenjarakan sebagai pengajaran dan untuk menangani masalah sosial.
Issues: Kelayakan iqrar untuk dijadikan bukti, keseriusan kesalahan yang dilakukan, dan efikasi hukuman bagi mengelakkan pengulangan kesalahan.
Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan iqrar adalah pengakuan yang perlu diterima dan keputusan hukuman penjara bertujuan untuk memberi pengajaran kepada masyarakat dan individu.
Result: Kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman denda dan penjara.
| Table of Content |
|---|
| 1. jurisdiction and relevant legislation for the case. (Para 1 , 2) |
| 2. role of iqrar in islamic evidence. (Para 3 , 4 , 5) |
| 3. implications of written and oral admissions. (Para 6 , 10 , 11) |
| 4. court's acceptance of voluntary admission. (Para 12 , 14 , 15) |
| 5. need for deterrent penalties in syariah law. (Para 16 , 17 , 19) |
| 6. historical context of imprisonment in islam. (Para 18 , 20 , 21 , 24) |
| 7. significance of maintaining lineage in islam. (Para 22 , 23 , 25 , 28 , 29) |
| 8. purpose of ta'zir in islamic law. (Para 26 , 27) |
| 9. restrictions on men's interactions with women. (Para 30) |
| 10. final judgments and punishment details. (Para 31) |
[1] Kes yang dibawa di hadapan saya ini mengikut undang-undang adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah dan dikategorikan sebagai kes 'kesalahan boleh tangkap'. Perkara ini telah diperuntukkan di dalam s 11 Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 dan hendaklah dibaca bersama dengan sub-section 12(2) enakmen yang sama.
[2] Sub-s 12(2) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:
Mahkamah Rendah Syariah hendaklah-
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuatkuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
[3] Sabitan di dalam kes ini adalah berdasarkan iqrar. Saya berpendapat adalah perlu dijelaskan sabitan ke atas pertuduhan mengikut iqrar OKT. Iqrar adalah merupakan salah satu cara pembuktian yang terkuat dalam hukum syarak. Tidak terdapat perselisihan pendapat di kalangan ahli-ahli perundangan Islam (fuqaha') mengenainya. Ianya sabit berdasarkan nas al-Quran dan sunnah. Antaranya firman Allah SWT:
Sebahagian ayat 135 dari surah an-Nisa'.
Yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekali pun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu...
[4] Yang dimaksudkan dengan kesaksian ke atas diri kamu sendiri di dalam ayat di atas itulah iqrar. Iqrar mengikut hukum syarak sebagaimana yang disebut oleh Zainuddin Al-Malibariy dalam kitab I'aanah al-Taalibin, Jil 3, ms221 (cetakan Darul al-fikr, Beirut) ada menyebut:
Yang bererti:
Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala mengikut syarak diertikan sebagai memberitahu hak seseorang atas diri pemberitahu itu. Iqrar disebut juga sebagai iktiraf.
[5] Dalam kes ini pesalah pertama dan pesalah kedua, semasa membuat pengakuan bersalah di hadapan mahkamah adalah dikategorikan sebagai orang yang mukallaf dan sempurna akal mereka. Oleh yang demikian mengikut pandangan ulama' segala pengakuan mereka boleh diterima pakai. As-Sheikh Muhammad bin Ahmad as-Syarbiny al-Khatib, menyebut:
Yang bermaksud:
Diambil kira setiap pengakuan (ikrar) daripada orang-orang yang mukallaf.
[6] Dalam kes Pendakwa Syarie lwn. Jalil Embong dan Zaleha Endut , kedua-dua tertuduh mempunyai kaitan nasab di antara keduanya iaitu sebagai bapa saudara dan anak saudara dan mereka telah dituduh dengan kesalahan cuba menyebabkan berlakunya sumbang mahram di bawah s 59(1)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan itu, dan di atas iqrar tersebut YA Dato' Ismail bin Yahya (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah - ketika itu) telah mensabitkan hukuman ke atas kesalahan mereka berdua.
[7] Kes ini menunjukkan bahawa tertuduh telah membuat pengakuan secara lisan menyatakan bahawa beliau mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap tuduhan tersebut. Hakim di dalam kes ini menyatakan iqrar secara lisan