SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2010 MarsdenLR 3100

MAHKAMAH TINGGI, MUAR
MD JAMARI MISTER LWN. MUDAH WAGIMAN
[Saman Pemula No. 24(L)113-2009]



Mahkamah tidak akan mempertimbangkan permohonan berkaitan kaveat persendirian jika kaveat tersebut telah pun dibatalkan, menjadikannya akademik dan tidak wajar untuk sebelum diputuskan.

Headnote:(A) Kanun Tanah Negara 1965 - Seksyen 326 dan Seksyen 327 - Permohonan untuk menghalang pemotongan Kaveat Persendirian - Kaveat Persendirian Plaintif telah dibatalkan sebelumnya, menyebabkan permohonan menjadi akademik - Mahkamah tidak akan bertindak dalam hal-hal yang akademik dan permohonan ditolak. (Paras 1, 5, 6, dan 8)

Facts of the case:
Plaintif memohon supaya kaveat yang diperkenalkan olehnya ke atas hartanah dikekalkan, tetapi kaveat tersebut telah dibatalkan lebih awal oleh Pentadbir Tanah Daerah Muar. Finding of Court: Permohonan Plaintif ditolak kerana kaveat tersebut tidak lagi wujud.

Issues: Apakah akibat daripada pembatalan kaveat persendirian bagi permohonan Plaintif?

Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan bahawa tiada isu yang hidup untuk dibicarakan jika kaveat yang memberi hak telah dibatalkan, mengulangi prinsip undang-undang bahawa mahkamah tidak akan bertindak sia-sia.

Result: Permohonan ditolak dengan kos.

Table of Content
1. conclusion on plaintiff's application (Para 1 , 1)
2. background on property transactions (Para 2 , 3 , 4)
3. court's finding on academic nature of application (Para 5 , 6 , 8)
4. final decision dismissing plaintiff's application (Para 7)

1. Ini adalah permohonan Plaintif di kandungan 3 untuk perintah seperti berikut:

1.1. Kaveat Persendirian No. Perserahan 1635/2008 ("Kaveat Persendirian Plaintif") yang dimasukkan oleh Plaintif ke atas tanah yang dikenali sebagai H.S.(M) 2742, PTD 9209, Mukim Jorak, Daerah Muar, Johor ("Hartanah tersebut") dilanjutkan tempohnya dan dikekalkan sehingga Perintah selanjutnya daripada Mahkamah ini;

1.2. Pentadbir Tanah Daerah Muar, Johor dihalang memotong Kaveat Persendirian Plaintif di bawah seksyen 326 Kanun Tanah Negara 1965 ("KTN") sehingga perintah selanjutnya daripada Mahkamah ini;

1.3. Kaveat Persendirian No. Perserahan 2271/2008 ("Kaveat Persendirian Defendan") yang dimasukkan oleh Defendan ke atas Hartanah tersebut dipotong / dibatalkan di bawah Seksyen 327 KTN ;

1.4. Pentadbir Tanah Daerah Muar, Johor diarah untuk memotong / membatalkan Kaveat Persendirian Defendan itu;

1.5. kos permohonan ini dan kos sampingan dibayar oleh Defendan.

B. FAKTA:

2. Mohd. Badri bin Tomirin adalah pemilik berdaftar Hartanah tersebut dan telah dimasukkan ke dalam prosiding ini sebagai Pihak Ketiga oleh Defendan melalui Perintah Mahkamah bertarikh 22.2.2010 (kandungan 25). Pihak Ketiga telah menjual Hartanah tersebut kepada Defendan melalui Surat Serah Kuasa Wakil Yang Tidak Boleh Batal (Irrevocable) Dan Perjanjian Jual Beli bertarikh 14.12.2007. ("Surat Kuasa dan Jual Beli") dengan harga RM23,000.00 (Eksibit 'MW-1', Afidavit Jawapan Defendan, kandungan 8). Defendan telah pun membayar Pihak Ketiga keseluruhan harga jual beli Hartanah tersebut. Surat Kuasa dan Jual Beli itu telah disetemkan dan didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar pada 17.12.2007 dengan nombor pendaftaran 2816/2007. Bagi menjaga kepentingannya, Defendan telah memasukkan Kaveat Persendirian Defendan itu pada 27.11.2008.

3. Tanpa pengetahuan Plaintif dan Defendan, Pihak Ketiga telah lagi sekali menjual Hartanah tersebut kepada Plaintif melalui Perjanjian Jual Beli di antara Plaintif dengan Pihak Ketiga bertarikh 12.8.2008 (Eksibit 'MJM-1', Afidavit Sokongan, kandungan 4) dengan harga RM35,000.00. Plaintif telah membayar wang deposit sebanyak RM10,000.00 kepada Pihak Ketiga dan sebagai pembayaran sebahagian daripada harga jual beli Hartanah tersebut. Bagi menjaga kepentingannya, Plaintif telah memasukkan Kaveat Persendirian Plaintif pada 20.8.2008 (Eksibit 'MJM-3', kandungan 4). Apabila Plaintif telah cuba mendaftarkan suratcara Pindahmilik (Borang 14A) di Pejabat Tanah Muar, beliau tidak dapat berbuat demikian kerana dihalang oleh Kaveat Persendirian Defendan itu. Plaintif mendakwa bahawa beliau telah mendepositkan wang sejumlah RM25,000.00 yang merupakan baki harga jualan kepada peguam caranya untuk diserahkan kepada Pihak Ketiga setelah selesai urusan pendaftaran pindahmilik itu.

4. Peguam cara Defendan, En. Mohd. Azmi bin Su telah memfailkan Afidavit Tambahan yang diikrarkan pada 26.3.2010 untuk memaklumkan di perenggan 4 Afidavit tersebut bahawa:-

"4. Bahawa pada 12.11.2009 pihak Defendan telah mengarahkan pihak kami membuat carian persendirian ke atas H.S.(M)2742 PTD 9209 Mukim Jorak, Daerah Muar, Johor (hartanah tersebut) dan mendapati bahawa kaveat persendirian yang telah dimasukkan oleh Plaintif nombor perserahan 1635/2008 telah dibatalkan oleh Pentadbir Tanah Muar pada 19.8.2009 ."

Sesalinan keputusan catatan carian persendirian Hartanah tersebut telah dikemukakan sebagai "Eksibit A" yang mengesahkan kedudukan Kaveat Persendirian Plaintif itu.

C. KEPUTUSAN:

5. Memandangkan bahawa asas permohonan Plaintif adalah berdasarkan kewujudan Kaveat Persendirian Plaintif, dan memandangkan Kaveat Persendirian Plaintif telah pun dibatalkan oleh Pentadbir Tanah Muar pada 19.8.2009, maka permohonan Plaintif itu sudah menjadi akademik, termasuklah pr

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top