SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

1993 MarsdenLR 442

MAHKAMAH AGUNG, KUALA LUMPUR

TAN SRI DATUK GUNN CHIT TUAN HB (MALAYA) TAN SRI DATUK EDGAR JOSEPH JR. HMA DATUK WIRA WAN YAHYA BIN PAWAN TEH HMA


NG CHAI KEM
versus
PENDAKWA RAYA

RAYUAN JENAYAH NO. 05-69-92

Decided On : 12-06-93

Advocates:
Bagi pihak perayu - Karpal Singh (Yeo bersamanya)T/n. Yeo & Co. Bagi pihak pendakwa raya - Mohd. Bazain, TPR

ALASAN PENGHAKIMAN

Wan Yahya bin Pawan Teh HMA:

Ng Chai Kem, perayu dalam kes ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Johor atas tuduhan mengedar 37.26 gram dadah berbahaya iaitu campuran heroin dan monoacetylmorphines dan seterusnya dihukum gantung sehingga mati di bawah peruntukan s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 21 Mei 1992 oleh Mahkamah tersebut.

Keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa pada pembicaraan di Mahkamah Tinggi dengan ringkasnya adalah seperti berikut: Pada 26 Februari 1988 jam 4.10 petang, D/Kpl Abdul Jalil bin Rahmat (SP4), D/Rpl. Alias (SP5) dan DPC Ku Azmi telah pergi ke tingkat 2 bangunan kosong di Susur 4, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru. Apabila mereka sampai ke tempat itu, SP4 dan DPC Ku Azmi telah naik ke tingkat 2 bangunan itu sementara SP5 diarah mengawal bahagian bawah bangunan itu. Apabila mereka sampai ke tingkat 2, kedua-dua anggota polis itu terlihat seorang lelaki Cina (perayu) sedang berdiri dalam suatu ruangan yang tiada berpintu di tingkap tersebut. Menurut SP4 sebaikbaik sahaja memperkenalkan diri mereka nampak perayu berkejar 15-20 kaki ke arah tingkap yang terbuka dan menghulurkan tangannya keluar dan sebelum SP4 mencapainya, perayu sempat melepaskan suatu bungkusan kuning ke bawah. Seketika itu jua SP4 telah melaung kuat menyuruh SP5 mendapatkan semula bungkusan itu dan membawanya ke atas. Selepas 2 minit, SP5 sampai ke ruang atas bangunan itu dengan membawa bungkusan kuning tadi. Bungkusan itu (P7), apabila dibuka di hadapan perayu, didapati mengandungi satu keratan kertas akhbar China (P6) yang digunakan untuk membungkus satu bungkus kecil (P5) berisi benda menyerupai butir-butir (biji) kecil yang adalah disyaki dadah heroin. Perayu digari dan semasa menjalankan pemeriksaan pada badannya satu lagi bungkusan kecil plastik berisi butir-butir (biji) kecil yang sama seperti yang diperolehi awal tadi didapati dari saku kiri seluarnya (P3). Sebagaimana yang disangka dan diakui pula oleh Ahli Kimia, (SP1) P3 mengandungi 13.73 gram heroin dan P4 0.69 gram monoacetylmorphine dan P5 mengandungi 21.08 gram heroin dan 1.76 gram monoacetylmorphine. Menurut Ahli Kimia itu juga monoacetylmorphine terbentuk apabila heroin bercampur dengan air.

Kedua-dua saksi pendakwaan ini, SP4 dan SP5, menafikan terdapat orang-orang lain daripada perayu di waktu dia diberkas di bangunan kosong di Jalan Tun Razak itu.

Pada kesudahan kes bagi pihak pendakwa, Hakim pembicaraan mendapati bahawa pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie terhadap perayu dan seterusnya meminta perayu mengemukakan pembelaan dirinya.

Walaupun pembela telah mencabar keteranganketerangan SP4 dan SP5 mengenai tempat di mana heroin-heroin ini dijumpai dan juga kehadiran dua orang lain, kami bersetuju dengan keputusan Hakim pembicaraan bahawa terdapat pada peringkat itu keterangan-keterangan daripada SP4 dan SP5 yang kewujudan kebolehpercayaannya bukanlah mustahil untuk menubuhkan kes prima facie dan sewajarnya memanggil perayu untuk membela dirinya.

Dalam pembelaannya, yang dibuat secara keterangan bersumpah, perayu telah menghuraikan dengan lanjut dan terperinci penglibatannya dengan dadah. Menurutnya semenjak tahun 1977 lagi beliau telah menjadi penagih dadah dan seterusnya telah menceritakan dengan terperinci cara-cara beliau mula menghisap dadah sehinggalah ke tahap beliau memerlukan suntikan.

Menurutnya tempat beliau ditangkap itu adalah 'sarang' bagi penagih-penagih dadah di kawasan itu. Selepas mendapat bekalan dari pekan Johor Bahru, beliau terus ke tempat itu dengan seorang lagi penagih dadah. Di bangunan itu mereka berjumpa dengan seorang lagi penagih dadah yang lazimnya mengambil upah untuk menyuntik penagih-penagih lain. Sedang beliau berehat selepas suntikan terdengar bunyi orang berlari-lari naik tangga dan seterusnya tiga lelaki Melayu telah menangkap mereka. Kemudian, menurut tertuduh, mereka di bawa turun ke bawah dan pada ketika itu tertuduh nampak seorang (SP4) mengambil satu bu

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top