SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 3816

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
NURUL AZREEN SULTAN & SATU LAGI LWN. ISMAIL ABDULLAH & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: NA-21NCvC-13-07/2021]



Tindakan menembak lotong cengkong oleh pihak Perhilitan adalah sah dan wajar berdasarkan keperluan untuk melindungi manusia daripada serangan, dengan beban pembuktian terletak pada Plaintif yang gagal membuktikan dakwaan mereka.

Headnote:(A) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - Seksyen 52 dan 86(1)(f) - Tindakan menembak lotong cengkong oleh pihak Perhilitan - Plaintif menuntut deklarasi bahawa tindakan tersebut adalah salah dari segi undang-undang - Mahkamah mendapati tindakan menembak adalah wajar dan berdasarkan keperluan untuk melindungi manusia daripada serangan - Plaintif gagal membuktikan tuntutan mereka. (Paras 1-4, 87-88)

(B) Beban Pembuktian - Beban pembuktian terletak kepada Plaintif untuk membuktikan tuntutan mereka - Mahkamah mendapati tiada bukti yang mencukupi untuk menyokong dakwaan Plaintif. (Paras 45-46)

(C) Definisi Hidupan Liar - Lotong cengkong tidak tergolong sebagai hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta 716. (Paras 37-38)

(D) Tindakan Perhilitan - Tindakan menembak dilakukan setelah semua langkah lain gagal dan adalah untuk melindungi nyawa manusia. (Paras 51-66) (E) Kos - Mahkamah memutuskan kos sebanyak RM10,000.00 perlu dibayar oleh Plaintif kepada Defendan. (Paras 4, 88)

PENGHAKIMAN

Mohamad Haldar Abdul Aziz PK:

Pendahuluan

[1] Di dalam kes ini melalui Writ Terpinda dan Pindaan Pernyataan Tuntutan Terpinda, antara lainnya, Plaintif-Plaintif menuntut terhadap Defendan-Defendan relif-relif berikut:

(a) Suatu deklarasi bahawa pembunuhan lotong cengkong-lotong cengkong oleh Defendan Keempat adalah melanggari s 86(1)(f) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716];

(b) Suatu deklarasi bahawa operasi penembakan dengan niat untuk membunuh sebarang haiwan-haiwan "endangered" yang tersenarai di bawah IUCN, iaitu International Union for Conservation of Nature dan/atau CITES, iaitu Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora, adalah tindakan salah dari segi undang-undang berdasarkan s 55 Akta 716;

(c) Suatu deklarasi bahawa operasi penembakan dengan niat untuk membunuh sebarang haiwan-haiwan yang didefinisikan sebagai haiwan terlindung dengan sepenuhnya ("totally protected animal") di bawah Akta 716 adalah salah dari segi undang-undang berdasarkan s 55 Akta 716; dan

(d) Relif-relif lain yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini dalam keadaan kes ini.

[2] Seterusnya, melalui Pernyataan Pembelaannya, secara ringkas Pihak Defendan telah memplidkan pembelaan seperti berikut:

(a) susulan daripada aduan berulang yang diterima mengenai serangan lotong cengkong terhadap orang awam sehingga membahayakan nyawa, pihak Perhilitan telah membuat kawalan, pemantauan rutin, menembak halau terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menembak mati 7 ekor lotong cengkong dewasa;

(b) tindakan pihak Perhilitan adalah selaras dengan s 52(1) Akta 716;

(c) tindakan pihak Perhilitan melupuskan 7 ekor lotong cengkong dewasa hanya dibuat setelah mengenal pasti wujudnya keperluan (necessity) untuk menembak mati lotong cengkong tersebut; dan

(d) tindakan pihak Perhilitan adalah dibuat berdasarkan undang- undang sedia ada dengan suci hati dan tanpa niat jahat.

[3] Setelah mendengar keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi daripada kedua belah pihak Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan, maka pada 30 Oktober 2024, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan untuk menolak tuntutan yang difailkan oleh pihak Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan ini dengan kos.

[4] Selanjutnya, Mahkamah juga telah menetapkan bahawa kos keseluruhan tindakan ini adalah sebanyak RM10,000.00 dan jumlah kos sebanyak RM10,000.00 ini mesti dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan-Defendan tertakluk kepada bayaran fi alokatur.

[5] Plaintif merasa tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini yang bertarikh pada 30 Oktober 2024 tersebut di atas telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 26 November 2024, merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan berkenaan.

Ringkasan Fakta Kes

[6] Tindakan ini telah dimulakan oleh Plaintif-Plaintif yang tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan oleh Defendan Pertama hingga Keempat (pihak Perhilitan) pada 19 Mei 2021 jam lebih kurang 10.00 pagi di kawasan berhampiran Kuarters TNB Taman Raja Zainal, Port Dickson.

[7] Operasi yang telah dijalankan oleh pihak Perhilitan pada tarikh tersebut adalah berkenaan satu operasi rutin pengurusan hidupan liar daerah Seremban bersangkutan aduan berulang oleh orang awam terhadap spesis lotong cengkong yang telah menyerang dan mencederakan orang awam di kawasan berhampiran Kuarters Pendidikan Seri Sentosa, Port Dickson pada 19 Januari 2021 dan 21 Januari 2021.

[8] Plaintif-Plaintif yang telah tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan tersebut telah memfailkan tindakan ini bagi memohon deklarasi-deklarasi seperti yang telah dinyatakan tersebut di atas.

Analisis Mahkamah Isu Pertama

Sama Ada Hidupan Liar Daripada Spesis Lotong Cengkong Yang Telah Melakukan Serangan Terhadap Manusia Dan Harta Benda Di Kawasan Kuarters Pendidikan Seri Sentosa, Port Dickson, Sekitar Bulan Januari

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top