SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 4180

MAHKAMAH SESYEN KLANG
DATO SERI SHANMUGAM RAMASAMY LWN. ADIVISAN VERASAMY
[Guaman Sivil No: BL-A52NCC-76-10/2022]



Important Points

The burden of proof lies on the plaintiff to establish a claim on a balance of probabilities, and failure to provide sufficient evidence results in dismissal.

Subject

Civil Law - Contract Law

Act Referred

Evidence Act 1950: S.101, S.102

Headnote

(A) Evidence Act 1950 - Sections 101 and 102 - Burden of proof - The plaintiff claimed RM234,900.00 as a friendly loan, while the defendant contended it was an investment. The court found the plaintiff failed to prove the existence of a loan based on the principle that the burden lies on the party asserting a claim. (Paras 19, 20, 21, 22, 28, 67)

(B) Legal principles - The court emphasized that the burden of proof rests on the plaintiff to establish their claim on a balance of probabilities, and failure to do so results in dismissal of the claim. (Paras 20, 22, 29)

(C) Conduct - The court noted the plaintiff's inconsistent behavior and lack of written agreement as indicators that the funds were not a loan. (Paras 29, 39, 46)

(D) Evidence evaluation - The court assessed the evidence presented, including bank slips and WhatsApp messages, concluding they did not support the plaintiff's claim. (Paras 57, 63, 67) (E) Final decision - The plaintiff's claim was dismissed with costs. (Para 70)

Petitioner Advocates:Dinesh Ganesan,Mathan Raj ,Respondent Advocate: Maligaa Radhakrishnan

PENGHAKIMAN

Zulqarnain Hassan HMS:

Latar Belakang

[1] Plaintif/pemberi wang memfailkan rayuan terhadap penghakiman oleh Mahkamah yang menolak tuntutannya terhadap defendan/penerima wang setelah bicara penuh.

[2] Plaintif memohon defendan membayar RM234,900.00 kepadanya atas dakwaan ia adalah pinjaman persahabatan.

[3] Pembelaan oleh defendan ialah wang di atas adalah pelaburan dan bukannya pinjaman.

[4] Saksi plaintif adalah plaintif seorang sahaja [SP1].

[5] Saksi defendan ialah defendan [SD1] dan Ganesan A/L Vengadasalam @ Balan [SD2]. SD2 menyokong dakwaan defendan bahawa ia adalah wang pelaburan.

[6] Amnya kes ini adalah persoalan fakta.

Pli Kes Plaintif

[7] Plaintif adalah seorang ahli perniagaan. Dia ada syarikatnya sendiri.

[8] Defendan adalah seorang agen insuran.

[9] Plaintif dan defendan berkawan.

[10] Antara 3 Mac 2016 hingga 26 Mac 2016, plaintif memberikan wang berjumlah RM234,900.00 kepada defendan melalui beberapa siri transaksi pindahan wang ke dalam akaun defendan.

[11] Terkait pemberian di atas, lihat perenggan 3 dan 4 penyata tuntutan yang berikut:

"3. Sekitar bulan Februari 2016, Defendan telah memohon bantuan Plaintif untuk meminjam wang daripada Plaintif. Defendan telah menyatakan bahawa dia akan mengembalikan pinjaman tersebut kepada Plaintif dalam tempoh setahun iaitu pada bulan Mei 2017. Plaintif telah bersetuju untuk memberikan pinjaman persahabatan kepada Defendan untuk sejumlah wang yang tidak ditentukan.

4. Di atas dasar persahabatan yang terjalin di antara Plaintif dan Defendan dan di atas niat untuk menolong Defendan, Plaintif telah memberikan Pinjaman Persahabatan berjumlah RM234,900.00 secara berperingkat yang dimasukkan ke dalam akaun milik defendan (No Akaun Maybank ...) seperti berikut:

TarikhJumlah
3 Mac 2016RM46,950.00
17 Mac 2016RM94,000.00
25 Mac 2016RM750.00
26 Mac 2016RM93,200.00

[12] Pada 31 Mei 2022, peguamcara plaintif menghantar notis tuntutan terhadap defendan menuntut bayaran balik pinjaman. Lihat perenggan 10, penyata tuntutan pindaan.

Pli Kes Defendan

[13] Defendan mengaku menerima wang berkenaan.

[14] Defendan mendakwa wang bukannya pinjaman kepadanya. Ia adalah pelaburan yang diberikan oleh plaintif kepadanya untuk dilaburkan dalam forex.

[15] Untuk kemudahan, lihat perenggan 2 dan 3, penyata pembelaan seperti yang berikut:

"2. Defendan menafikan kandungan Perenggan 3 Pernyataan Tuntutan tersebut dan menegaskan tiada sebarang "Pinjaman Persahabatan" wujud di antara Plaintif dan Defendan pada bila-bila masa.

3. Defendan menafikan kandungan Perenggan 4 Pernyataan Tuntutan tersebut dan menegaskan bahawa wang berjumlah RM234,900.00 yang dikatakan dipinjam oleh Defendan di bawah suatu "Perjanjian Persahabatan" adalah tidak benar dimana Plaintif telah memberikan wang tersebut kepada Defendan bagi urusan pelaburan "FOREX" pada tahun 2016."

[16] Selanjutnya, defendan menegaskan setelah menerima wang daripada plaintif, defendan memberikannya kepada pihak ketiga untuk dilaburkan dalam forex. Plaintif mengetahui dan bersetuju mengenai perkara ini.

[17] Walau bagaimanapun, pelaburan mengalami kerugian. Defendan sendiri juga mengalami kerugian dari pelaburannya ke dalam forex.

[18] Defendan mendakwa plaintif membuat tuntutan ini adalah untuk mengelakkan kerugiannya dalam pelaburan berkenaan.

Isu Untuk Bicara

[19] Pada hemat Mahkamah, hanya ada satu isu kritikal dalam kes sekarang seperti yang berikut:

Isu

Sama Ada Plaintif Telah Berjaya Membuktikan Wang Sejumlah RM234,900.00 Adalah Suatu Pinjaman Persahabatan Kepada Defendan

Undang-Undang

Maxim "Ei Incumbit Probatis Qui Dicit, Non Qui Negat"

[20] Beban bahawa wang adalah pinjaman persahabatan adalah terletak ke atas bahu plaintif selaku pihak yang mendakwa dan bukan ke atas defendan selaku pihak yang menafikannya. Lihat maxim ei incumbit probatis qui dicit, non qui negat.

[21] Prinsip di atas dikodifikasikan dalam statut, Akta Keterangan 1950. Lihat kes Bandari Simma Reality Sdn Bhd &Anor v. Ravichanthiran Ganesan; [2021] 9 MLJ 330; [2021] 7 CLJ 429 yang menerangkan seperti ya



1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top