SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 1921

MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA
LAM PICK YEN & SATU LAGI LWN. MAYFAIR VENTURES SDN BHD
[Guaman Sivil No: BB-A52NCvC-118-08/2021]



Perjanjian penyelesaian yang ditandatangani oleh para pihak mengikat mereka dan menolak sebarang tuntutan yang berkaitan dengan perkara yang telah diselesaikan.

Headnote:(A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 – A 18 k 19(1)(a), (b), (c) dan (d) – Permohonan Defendan untuk membatalkan penyataan tuntutan dan tindakan Plaintif-Plaintif dibenarkan berdasarkan sebab-sebab ketidakmunasabahan tindakan, kepatuhan kepada perjanjian penyelesaian, dan prinsip estoppels. (Paras [1] - [12]) (B) Prinsip undang-undang bahawa pilihan yang dibuat tidak dapat ditarik balik adalah relevan apabila perjanjian penyelesaian telah ditandatangani dan diambil kira oleh semua pihak. (Paras [11]) (C) Pengiraan Ganti rugi ditetapkan dalam perjanjian boleh dipertahankan sekalipun terdapat dakwaan mengenai kekeliruan dalam pengiraannya. (Paras [12])

Facts of the case: Ini adalah rayuan oleh Plaintif-Plaintif terhadap keputusan Mahkamah membenarkan permohonan Defendan untuk membatalkan Tuntutan, berdasarkan alasan tindakan Plaintif adalah tidak munasabah dan telah melanggar prinsip yang dipersetujui. (Paras [1], [5])

Findings of Court: Mahkamah membenarkan permohonan Defendan dan memutuskan bahawa tindakan Plaintif adalah memprejudiskan Defendan setelah mereka bersetuju untuk mengikat diri kepada perjanjian penyelesaian. (Paras [7], [10])

Issues: Kebolehterimaan penyataan tuntutan dan kesan daripada perjanjian penyelesaian yang telah ditandatangani oleh para pihak. (Paras [8], [9])

Ratio Decidendi: Tindakan Plaintif-Plaintif diatasi oleh perjanjian penyelesaian yang telah ditandatangani, dan mereka tidak boleh menarik balik hak mereka setelah membuat pilihan tersebut. (Paras [11], [12])

Result: Permohonan Defendan dibenarkan dengan kos RM3,000.00.

PENGHAKIMAN

Hilmiah Yusof HMS:

Pengenalan

[1] Ini adalah satu rayuan yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif terhadap satu keputusan Mahkamah yang telah membenarkan Notis Permohonan Plaintif (Lampiran 10) di bawah A 18 k 19(1)(a), atau (b) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM). Di dalam Lampiran 10 tersebut, Defendan telah memohon relif-relif seperti berikut:

(a) Penyata Tuntutan dibatalkan;

(b) Tindakan Plaintif-Plaintif di sini terhadap Defendan dibuang;

(c) Kos permohonan ini dan kos membela tindakan ini dibayar oleh Plaintif-Plaintif bersama dan/atau berasingan kepada Defendan; dan

(d) Lain-lain relif kepada Defendan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini.

[2] Mahkamah setelah membaca dan meneliti permohonan dan kertas kausa berkaitan termasuk kesemua Afidavit-Afidavit dan Hujahan Bertulis pihak Defendan dan Plaintif serta otoriti-otoriti yang disertakan, telah memutuskan untuk membenarkan permohonan Defendan di dalam Lampiran 10 berkenaan dengan kos RM3,000.00.

Hujahan Defendan

[3] Defendan menyatakan di dalam Afidavit Sokongan kepada Lampiran 8 bahawa antara alasan-alasan mereka memohon Writ Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif dibatalkan adalah seperti berikut:

i) Ini adalah satu kes yang wajar dibatalkan Mahkamah atas dasar keseluruhan tindakan Plaintif adalah satu tindakan dengan kausa tindakan yang tidak munasabah, remeh atau mengaibkan atau satu penyalahgunaan proses Mahkamah.

ii) Tindakan ini adalah satu fikiran semula "afterthought" yang mana diambil untuk menuntut lebih wang berkenaan Ganti Rugi Tertentu ("Liquidated Ascertained Damages" (LAD)) yang didakwa berdasarkan terma-terma yang tidak dinyatakan dalam Perjanjian-Perjanjian Jual Beli bertarikh 8 Februari 2022 (SPA tersebut) yang ditandatangani Plaintif-Plaintif. Ini adalah satu "unjust enrichment" untuk Plaintif-Plaintif.

iii) Plaintif-Plaintif telah menandatangani SPA tersebut pada 8 Februari 2016 dan tidak pernah membuat apa-apa aduan mengenai terma-terma dalam SPA tersebut termasuk tempoh masa yang dipersetujui selama 42 bulan untuk menyerahkan milikan kosong dan telah mengambil milikan kosong pada/sekitar Jun 2020 tanpa sebarang aduan.

iv) Terdapat kelewatan keterlaluan dalam pemfailan tindakan ini pada 11 Ogos 2021 iaitu kira-kira 5 setengah tahun selepas SPA tersebut dilaksanakan.

v) Plaintif-Plaintif diestop dari memulakan tindakan ini kerana pihak-pihak telah mencapai penyelesaian penuh dan muktamad berkenaan LAD tersebut.

[4] Plaintif di dalam Afidavit Jawapan pula telah memberikan sebab-sebab mengapa Notis Permohonan Lampiran 10 perlu ditolak. Antara sebab-sebab berkenaan ialah:

i) Permohonan Defendan ini cacat kerana Pemohon telah mencantumkan perundangan A 18 k 19(1)(a) dengan A 18 k 19(1)(b) dan (d) KKM 2012 yang mempunyai konflik yang jelas dan oleh yang demikian harus ditolak.

ii) Perlanjutan masa untuk serahan milikan kosong dari 36 bulan ke 42 bulan adalah tidak sah. Plaintif berhak menerima LAD untuk tempoh tambahan 6 bulan dari pengiraan asal.

iii) Pengiraan LAD sepatutnya dari tempoh pembayaran "booking fee" pada 24 November 2015 dan bukan dari tarikh SNP tersebut. Oleh yang demikian, tempoh 36 bulan berkenaan sepatutnya dikira dari 24 November 2015 dan bukan 8 Februari 2016.

Alasan Keputusan

[5] Permohonan Defendan di dalam Lampiran 8 ini telah dibuat di bawah A 18 k 19(1)(b), (c) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM). Peruntukan ini dibaca seperti berikut:

"19. Striking out pleadings and endorsements (O 18, r 19)

(1) The court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that:

(a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be;

(b) it is scandalous, frivolous or vexatious;

(c) it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action;

or

(d) it is otherwise an abuse of the process of the court.

and may order the action to bestayed or dismissed or judgment to be en


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top