2022 MarsdenLR 409
MAHKAMAH PERUSAHAAN PENANG
SITI FATIMAH DAUD LWN. JATI CERAH SDN BHD
Award No: 523 Tahun 2022 [Kes No: 9/4-1623/21]
Pihak Menuntut ditamatkan perkhidmatan tanpa alasan yang adil; Mahkamah memerintahkan pampasan dan gaji kebelakang sebagai remedi yang sesuai.
Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 – Seksyen 29(d) – Pembuangan kerja – Mahkamah memutuskan bahawa Pihak Menuntut adalah seorang pekerja tetap dan penamatan perkhidmatannya oleh Pihak Responden adalah tanpa alasan yang adil – Mahkamah mengarahkan pembayaran pampasan dan gaji kebelakang (Paras 22, 23, 24, 32, 34).
(B)
Perbicaraan ex-parte – Mahkamah berhak untuk meneruskan perbicaraan walaupun satu pihak tidak hadir dan memutuskan berdasarkan bukti yang ada (Paras 6, 29).
(C)
Remedi – Pampasan dan gaji kebelakang dihadiahkan kepada Pihak Menuntut setelah mendapati pembuangan kerja tidak berasas (Paras 30, 35).
AWARD
[1] Kes ini adalah mengenai pembuangan kerja Siti Fatimah Binti Daud (dirujuk sebagai "Pihak Yang Menuntut") oleh Jati Cerah Sdn Bhd (dirujuk sebagai "Pihak Responden") pada 1 Oktober 2020. YB Menteri Sumber Manusia telah merujuk kes ini ke Mahkamah Perusahaan pada 15 April 2021 dan diterima oleh Mahkamah ini pada 3 Mei 2021 untuk dibicarakan.
[2] Dokumen yang digunakan semasa prosiding didalam Mahkamah:
2.1 Statement of Case (Penyata Kes) - SOC
2.2 Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut - CLB-1
2.3 Kenyataan Saksi Pihak Menuntut - CLWS-1
Fakta Kes
[3] Pada tarikh sebutan 4 Jun 2020, Pihak Menuntut hadir tetapi Wakil syarikat tidak hadir. Mahkamah dimaklumkan bahawa notis telah telah dihantar ke alamat berdaftar terakhir Syarikat yang diketahui. Walau bagaimanapun Syarikat kekal tidak hadir dan tiada Penyata Balas telah difailkan.
[4] Perbicaraan dijalankan secara ex-parte. Kes ini telah dijalankan secara ex-parte pada 9 Disember 2021. Pihak Yang Menuntut telah memfailkan "Statement of Case" (Penyata Kes) bersekali dengan Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut pada 26 Ogos 2021.
[5] Berdasarkan kepada ekuiti, niat murni dan merit kes ini, Mahkamah telah memerintahkan kes ini dijalankan secara exparte dibawah s 29(d) Akta.
Tugas Mahkamah Di Dalam Perbicaraan Secara Exparte
[6] Rujuk kepada OP Malhotra in the law of Industrial Disputes Vol 1,6th Edition at page 1063 adalah seperti berikut:
"If any party, without sufficient cause, default and fails to appear at any stage of adjudication before trial, the tribunal may proceed with the reference exparte and decide the reference or any application in the absence of "defaulting party".
[7] Seksyen 29(d) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 memberi kuasa kepada Mahkamah:
"(d) hear and determine the matter before in notwithstanding the failure of any party to submit any written statement whether of case or reply to the Court within such time as maybe prescribed by the President or in the absence of any party to the proceedings who has been served with a notice or summons to appear"
Kes Pihak Yang Menuntut
[8] Pihak Yang Menuntut mula bekerja dengan Pihak Responden pada 1 September 2013 sebagai Pensyarah di Sekolah Seni Media Dan Reka Bentuk melalui kontrak perkhidmatan selama satu tahun yang dikeluarkan oleh Kolej Universiti Linton dengan gaji sebanyak RM3,600.00
[9] Kontrak beliau dengan Kolej Universiti Linton telah diperbaharui sebanyak 4 kali pada tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017 dengan semua terma dan syarat tidak berubah.
[10] Pada April 2018, Pihak Menuntut menerima satu kontrak pembaharuan daripada Jati Institute untuk tempoh 12 bulan bermula dari 1 April 2018 hingga 31 Ogos 2018 sebagai Pensyarah Grafik, Fesyen Dan Reka Bentuk Produk. Pada tahun yang sama juga Pihak Menuntut telah menerima kenaikan gaji sebanyak RM200.00 bermula bulan November 2018. Semua terma dan syarat kekal sama seperti kontrak asal pada tahun-tahun sebelum ini.
[11] Pada 6 September 2020 Pihak Menuntut menerima satu lagi pembaharuan kontrak daripada Institute Jati bagi perkhidmatannya bermula 1 September 2020 hingga 31 Ogos 2021.
[12] Walaubagaimanapun melalui memo bertarikh 29 September 2020, Responden telah mengeluarkan satu memo Notis Berhenti Operasi tanpa Gaji berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020. Memo tersebut adalah seperti dibawah:
[13] Pihak Menuntut tidak berpuas hati dengan pembuangan kerjanya dan membuat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan. Pada 15 April 2021, YB Menteri Sumber Manusia telah merujuk kes Pihak Menuntut ke Mahkamah Perusahaan untuk diadili. Dalam kes ini Pihak Menuntut memohon untuk dikembalikan pekerjaan.
Peranan Mahkamah Perusahaan
[14] Mengenai tugas Mahkamah Perusahaan, ia telah dinyatakan oleh Yang Arif Salleh Abbas LP dalam kes Wong Chee Hong Iwn Cathay Organisasi (M) Sdn Bhd, [1988] 1 MLJ 92 di ms 302 bahawa:
"Apabila Mahkamah Perusahaan sedang berurusan dengan rujukan di bawah s 20, perkara pertama yang Mahkamah perlu lakukan ialah tanya sendiri soalan sama ada terdapat peme