SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

1994 MarsdenLR 201

MAHKAMAH TINGGI, KUALA LUMPUR

DATUK MOKHTAR BIN HAJI SIDIN H.


PERWAJA STEEL SDN. BHD. & LAGI
versus
MAJLIS DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU

SAMAN PERMULAAN NO. S5-24-59-94

Decided On : 02-18-94

Advocates:
Bagi pihak plaintif - V.K Lingam (V.P Siva dan GeethaMenon); T/n V.K Lingam & Co Bagi pihak defendan - Haranay Md. Noor; T/n HaranayNoor & Co

ALASAN PENGHAKIMAN

Mokhtar Bin Haji Sidin H:

Ini adalah satu permohonan oleh plaintif iaitu dua syarikat sendirian berhad yang didaftarkan untuk mendapatkan perintah-perintah berikut:

(a) Satu pengisytiharan bahawa surat defendan Ruj. MDK. 241/93/329-(17) yang bertarikh 16 Disember 1993 tidak sah; (b) Satu pengisytiharan bahawa Skim Perumahan Kakitangan Perwaja yang terletak di Lot 2734, Mukim Banggol dan Lot 6202, Mukim Chukai, Daerah Kemaman, Terengganu adalah khususnya dikuasai oleh Akta Standard Minima Perumahan dan Kemudahan Pekerja, 1990 (Akta 446)danPeraturan-Peraturan Standard-standard Minima Perumahan dan Kemudahan Pekerja, 1990

dan bahawa Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133) tidak berkaitan dengan Perumahan Kakitangan Perwaja di Kemaman; dan (c) Relif yang berkaitan dengan permohonan ini termasuk kos.

Defendan di dalam kes ini ialah Majlis Daerah Kemaman, Terengganu.

Fakta di dalam kes ini ialah plaintif pertama dan kedua adalah subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Terengganu. Plaintif pertama memiliki dan menjalankan loji pengeluaran keluli yang terletak di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu. Di loji tersebut terdapat seramai 1,197 pekerja yang sejumlah besar daripadanya adalah dari golongan berpendapatan rendah. Pekerjapekerja tersebut telah menghadapi masalah perumahan yang genting sejak 10 tahun yang lalu ekoran dari masalah kekurangan rumah dan kadar sewa yang tinggi bagi rumah-rumah di kawasan tersebut. Untuk mengatasi masalah berkenaan dan untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerja, plaintif pertama telah memulakan satu Skim Perumahan Kakitangan Perwaja. Di bawah skim tersebut plaintif kedua iaitu Perwaja Realty and Development Sdn. Bhd. telah dipertanggungkan khusus untuk memperolehi dan memiliki tanah bagi tujuan membina rumah-rumah bagi pekerjapekerja plaintif pertama.

Kedua-dua plaintif telah memulakan kerja-kerja pembinaan rumah untuk Skim Perumahan Kakitangan Perwaja Kemaman (selepas ini disebut sebagai "skim perumahan tersebut") dalam bulan November 1993 di atas Lot 2734 Mukim Banggol dan Lot 6202 Mukim Chukai, Kemaman, Terengganu. Pelan-pelan bagi bangunan di skim perumahan tersebut berasaskan pelan-pelan standard bangunan Skim Perumahan Kakitangan Perwaja Gurun, Kedah yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Buruh di bawah Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (selepas ini disebut sebagai "Akta 446") . Skim Perumahan Kakitangan Perwaja Gurun, Kedah merupakan skim perumahan pertama oleh keduadua plaintif bagi pekerjanya. Mengikut peraturan 39(1) Peraturan-peraturan Perumahan Pekerja 1990, pelan-pelan skim perumahan bagi skim perumahan tersebut tidak perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Buruh sekiranya pelan-pelan perumahan tersebut adalah sama dengan pelan perumahan di Gurun yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Buruh. Walau bagaimanapun plaintif telah menyerahkan pelan-pelan perumahan bagi skim perumahan tersebut kepada Ketua Pengarah Buruh. Pelan susunatur tapak bagi skim perumahan tersebut telah diluluskan menurut s. 7(2)(b) Akta 446. Mengikut plaintif, sungguhpun tidak ada peruntukan undang-undang yang menghendakki plaintif mengemukakan pelan-pelan kepada defendan, tetapi sebagai tanda penghormatan plaintif telah mengemukakan pelan-pelan skim perumahan tersebut kepada defendan.

Melalui satu surat bertarikh 16 Disember 1993 defendan telah meminta plaintif menyerahkan pelanpelan yang dipinda di dalam tempoh 14 hari dan jika gagal berbuat demikian pelan-pelan tersebut tidak akan dipertimbangkan oleh defendan. Defendan seterusnya telah mengarahkan plaintif untuk menghentikan semua kerja untuk mendirikan bangunan di skim perumahan tersebut. Arahanarahan ini dibuat di bawah s. 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (selepas ini disebut sebagai "Akta 133" sahaja) . Di atas arahan-arahan yang dibuat oleh defendan itu, plaintif telah mem

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top