SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2009 MarsdenLR 3464

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
DATO DR HASAN MOHAMED ALI LWN. TENGKU PUTRA TENGKU AWANG & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: MT 1-21-40-2004]



PENGHAKIMAN

Noraini Abdul Rahman PK:

Fakta

[1] Pada 17 Julai 2003, UMNO Bahagian Hulu Terengganu telah menganjurkan Majlis Pelancaran Gelombang Biru. Tetamu kehormat Majlis tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri. Defendan pertama memberi kata-kata aluan di Majlis tersebut dan telah mengeluarkan kata-kata berikut:

Tuan-tuan dan puan-puan, begitu juga mengurniakan hasil-hasil negeri kepada kroni-kroni mereka, yang paling kita sedih tuan-tuan dan puan-puan syarikat-syarikat kerajaan yang berpotensi dijual kepada kroni-kroni dan sahabat-sahabat mereka termasuk Taman Pertanian Negeri di Sekayu tuan-tuan dan puan-puan diberi kepada Dato' Hasan Ali, Naib Pesiden PAS.

Defendan kedua telah ditugaskan untuk membuat liputan secara siaran langsung segmen pelancaran Majlis tersebut bermula dari ketibaan Timbalan Perdana Menteri.

[2] Plaintif kemudiannya memfailkan tindakan saman ini terhadap defendan-defendan kerana dengan sengaja dan dengan secara salah dan niat yang jahat (falsely and maliciously) memfitnah plaintif dan juga menyiar secara langsung Majlis itu melalui Radio Televisyen Malaysia. Plaintif memohon gantirugi sebanyak RM20,000,000 dari defendan pertama, RM40,000,000 dari defendan kedua dan ketiga gantirugi teladan dan gantirugi melampau, perintah supaya ketiga-tiga defendan meminta maaf dan ini disiarkan secara langsung melalui RTM di Berita Perdana dan dalam akhbar utama selama tiga hari berturut-turut dari tarikh perintah dibuat dan perintah melarang ketiga-tiga defendan daripada menerbit atau mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah yang sama pada masa hadapan.

Ketidakhadiran Defendan Pertama Sepanjang Perbicaraan

[3] Perlu dijelaskan terdahulu di sini bahawa defendan pertama tidak diwakili oleh peguam sepanjang perbicaraan dari awal hingga akhir. Defendan pertama juga tida pernah hadir semasa perbicaraan dijalankan walaupun peguamcara plaintif telah memaklumkan beliau berkenaan tarikh-tarikh perbicaraan.

Beban Bukti Plaintif Dalam Kes Fitnah

Dalam kes Ayob bin Saud v. T.S. Sambathamurthi , Hakim Mohamed Dzaiddin (beliau pada masa itu) berkata:

In our law on libel, which is governed by the Defamation Act 1957 , the burden of proof lies on the plaintiff to show (1) the words are defamatory; (2) the words refer to the plaintiff; and (3) the words were published. Where a defence of qualified privilege is set up, as in the present case, the burden lies on the defendant to prove that he made the statement honestly, and without any indirect or improper motive. Then, if he succeeds in establishing qualified privilege, the burden is shifted to the Plaintiff in this case to show actual or express malice which upon proof thereof, communication made under qualified privilege could no longer be regarded as privileged. (Rajagopal v. Rajan , [1972] 1 MLJ 45.)

[4] Keputusan kes ini diikuti oleh Hakim Ramly Ali dalam kes Kian Lup Construction v. Hongkong Bank Malaysia Sdn. Bhd, [2002] 7 MLJ 283 dan oleh Hakim Low Hop Bing dalam kes Ismail Shamsudin v. Abdul Aziz Abdan; [2007] 3 MLJ 512; [2007] 8 CLJ 65 .

[5] Untuk menuntut pampasan bagi kes fitnah ini, beban bukti adalah pada plaintif untuk membuktikan elemen-elemen berikut:

- kata-kata yang dituturkan oleh defendan pertama adalah berbentuk fitnah;

- kata-kata merujuk kepada plaintif; dan

- kata-kata tersebut telah disampaikan kepada pihak ketiga.

[6] Soal pertama ialah sama ada kata-kata yang terkandung dalam eks. P27 iaitu ucapan YBM Tengku Putra bin Tengku Awang (defendan pertama) merujuk kepada plaintif? Jawapannya ialah 'ya'. Sememangnya perkataan-perkataan itu merujuk kepada plaintif sebab nama plaintif disebut oleh defendan pertama sebagai Dato' Hasan Ali, Naib Presiden PAS.

[7] Soal kedua ialah adakah kata-kata yang dituturkan oleh defendan pertama berbentuk fitnah. Seperti yang telah dinyatakan terlebih dahulu, defendan pertama tidak diwakili oleh peguam dan beliau sendiri tidak hadir mahkamah semasa perbicaraan walaupun telah diberitahu oleh peguam plaintif melalui surat. Namun, Peguamcara def

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top