SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 3178

HAPIPAH MONEL

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)

WONG SZE TIANG & SEORANG PERAYU LAIN - Appellant
Versus
VIMRICH SDN BHD & 2 SYARIKAT LAIN - Respondents

AWARD NO: 32 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4 - 134/06)

Decided On : 01/07/2008

Advocates:
Bagi Pihak Menuntut Kedua (Lim Soo Cheen) - Isa Aziz; T/n AI Nathan & Isa Aziz Ibrahim
Bagi Pihak Syarikat - Tidak Hadir

RUJUKAN:

Rujukan yang dibuat di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengenai pembuangan kerja ENCIK WONG SZE TIANG (Yang Menuntut Pertama) DENGAN SEORANG YANG LAIN oleh VIMRICH SDN. BHD. (Syarikat Pertama), KICK & TOP SDN. BHD. (Syarikat Kedua), PERFECTMANT SUPPLY SDN. BHD. (Syarikat Ketiga) pada 17.7.2004.

AWARD

Pertikaian mengenai pembuangan kerja Yang Menuntut Pertama oleh syarikat-syarikat tersebut telah dirujuk kepada Mahkamah pada 24 Ogos 2005. Mengikut rekod rujukan ini telah ditetapkan untuk sebutan sebanyak 7 kali, untuk perbicaraan 2 kali dan untuk pengurusan kes sekali. Setiap kali rujukan ini disebut Mahkamah diberitahu oleh peguam Yang Menuntut Pertama bahawa Yang Menuntut Pertama gagal dihubungi.

Sebutan dihantar melalui AR Berdaftar pada 23 Oktober 2007 untuk sebutan pada 31 Oktober 2007. Kad AR Berdaftar telah dikembalikan dengan tandatangan penerima. Yang Menuntut Pertama juga telah dihubungi melalui telefon oleh pihak Mahkamah pada 19 November 2007 dan anak Yang Menuntut Pertama telah menyatakan bahawa bapanya tidak ada. Telefon bimbitnya juga gagal dihubungi.

Pada 20 November 2007 peguam yang mewakili Yang Menuntut Pertama telah memohon untuk dilepaskan daripada mewakili Yang Menuntut Pertama dan permohonannya ini telah dibenarkan.

Pada hari ini, 7 Januari 2008 sekali lagi Yang Menuntut Pertama gagal hadir ke Mahkamah. Mahkamah telah menghantar surat ke alamat Yang Menuntut bertarikh 21 November 2007 melalui AR Berdaftar. Kad AR Berdaftar dikembalikan ke Mahkamah dengan catatan "tidak dituntut". Bekas peguamnya memberitahu Mahkamah bahawa mereka juga telah menghantar surat kepada Yang Menuntut mengenai sebutan pada hari ini (7.1.2008) tetapi Yang Menuntut Pertama masih gagal dihubungi.

Memandangkan kepada situasi ini Mahkamah berpendapat adalah tidak wajar dan tiada faedahnya bagi pihak Mahkamah untuk memberikan tarikh sebutan baru bagi menangani rujukan ini. Ketidakhadiran Yang Menuntut Pertama ke Mahkamah setiap kali rujukan ini ditetapkan untuk sebutan atau untuk perbicaraan menunjukkan Yang Menuntut Pertama tidak lagi berminat untuk meneruskan rujukan ini.

Dengan ini saya memerintahkan supaya rujukan ini dibatalkan terhadap Yang Menuntut Pertama dengan kebebasan untuk memfailkan semula dalam tempoh 30 hari dari tarikh award ini.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top