SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2001 MarsdenLR 1469

COURT OF APPEAL, KUALA LUMPUR

SHAIK DAUD ISMAIL JCA, MOHD SAARI YUSOFF JCA, ABDUL KADIR SULAIMAN JCA


RICKY B ADAM
versus
PP

CRIMINAL APPEAL NOS: S-05-60-96 & S-05-61-96

Decided On : 12-03-01

Advocates:
For the Public Prosecutor - Noraini Zulkifli DPP

JUDGMENT

Mohd Saari Yusoff HMR:

Selepas penghakiman lisan, YA Datuk Shaik Daud bin Md. Ismail bersara. Oleh itu, dalam alasan penghakiman ini, perkataan "kami" bermakna YA Datuk Kadir bin Sulaiman dan saya. Perayu-perayu tidak diwakili oleh peguam.

Untuk tujuan prosiding ini, Ricky b. Adam dipanggil "perayu pertama", sementara Yunus b. Mindalanu dipanggil "perayu kedua".

Rayuan dibuat terhadap hukuman sahaja. Kedua perayu telah mengaku salah kepada pertuduhan pindaan seperti berikut dan didapati bersalah dan disabitkan:

That you both, on the 14th day of July, 1995 at about 7.00 pm at the Masih Jaya Sdn. Bhd. workers Quarters at Ladang Syarimo, Kinabatangan, in the District of Kinabatangan, in the State of Sabah, in furtherance of a common intention, at the time of committing a scheduled offence, to wit robbery, had on each of you, a firearm to wit a home made shotgun (Bakakuk) and thereby you both have committed an offence under Section 5 of the Firearms (Increased Penalties) Act 1971 and punishable under the same provision read together with Section 34 of the Penal Code.

Fakta kes adalah seperti berikut: Pada 14 Julai 1995 lebih kurang pukul 7 malam, dengan bersenjatakan senapang patah, perayu berdua menceroboh masuk rumah pekerja-pekerja di Ladang Syarimo, Kinabatangan, Sabah untuk merompak. Semasa dalam rumah tersebut, mereka berdua memaksa penghuni-penghuni menyerah wang dan barang-barang termasuk jam tangan dan TV.

Kemudian, mereka berdua memaksa salah seorang penghuni yang bernama Wong Teck Fui ("Wong") supaya menghantar mereka ke ladang Lion Gumantang. Setiba di pintu pagar ladang tersebut, mereka memaksa Wong berjalan bersama mereka ke dalam ladang. Sebaik sahaja Wong berjalan sejauh satu kilometer, perayu kedua yang pada masa itu mengekori Wong menembak Wong di kepala. Wong mati serta-merta di tempat kejadian.

Pada 17 Julai 1995, pihak polis berjaya memberkas perayu berdua. Pihak polis juga berjaya mendapat balik dari rumah mereka sebahagian daripada barang-barang yang dicuri. Pada hari yang sama, pihak polis menjumpai mayat Wong dalam semak di ladang Lion Gumantang apabila mereka berdua membawa anggota-anggota polis ke tempat tersebut.

Dalam kes ini, adalah diperhatikan bahawa kedua perayu tidak sahaja rnengambil wang dan barang-barang penghuni malah seorang penghuni telah ditembak mati. Dari perspektif undang-undang, perbuatan mereka itu amatlah kejam.

Bagi kesalahan di bawah s. 5 Firearms (Increased Penalties) Act 1971, hukuman mandatori ialah penjara seumur hidup dan enam kali sebatan rotan sekurang-kurangnya. Dalam kes ini, hakim bicara telah mengenakan hukuman ke atas perayu-perayu penjara seumur hidup dan sepuluh kali sebatan rotan. Dalam penghujahannya, mereka telah mendesak agar hukuman diringankan. Sehubungan dengan ini, pada prinsipnya, mahkamah rayuan hanya boleh mengubah hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara, jika hakim bicara telah khilaf dari segi undang-undang (lihat Leong Ka Kong v. PP[1976] 2 MLJ 21). Walaubagaimanapun dalam kes ini, selepas kami menimbangkan fakta kes dan hal keadaan sekeliling, kami berpendapat bahawa hakim bicara tidak terkhilaf dengan menjatuhkan hukuman tersebut. Justeru itu, kami menolak rayuan dan mengekalkan hukuman.

Abdul Kadir Sulaiman JCA:

These two appeals were heard together. Both the appellants were jointly charged and tried in the High Court in Sabah and Sarawak at Sandakan on the following amended charge:

that you both, on the 14th day of July, 1995 at about 7.00 pm at the Masih Jaya Sdn. Bhd. Workers Quarters at Ladang Syarimo, Kinabatangan, in the District of Kinabatangan, in the State of Sabah, in furtherance of a common intention, at the time of committing a scheduled offence, to wit robbery, had on each of you, a firearm to wit a home made shotgun (Bakakuk) and thereby you both have committed an offence under Section 5 of the Firearms (Increased Penalties) Act 1971 and punishable under the same provision read together with Section 34 of the Penal Code.

To thi

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top