SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

1995 MarsdenLR 1771

HIGH COURT (KUALA LUMPUR)

LOW HOP BING, J


PANDAN MAJU SDN BHD
versus
DULON INDUSTRIES SDN BHD

RAYUAN SIVIL NO R3–11–89–94

Decided On : 07-04-95

Advocates:
SA Helmy & Partners bagi pihak perayu/defendant.
Lee & May bagi pihak penentang/plaintif.

JUDGMENT

Low Hop Bing H

Penentang/plaintif memfailkan tuntutan terhadap perayu/defendan melalui writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 13 Januari 1994 di mahkamah majistret.

Perayu/defendan telah memfailkan pembelaan bertarikh 12 April 1994 terhadap tuntutan penentang/plaintif.

Penentang/Plaintif telah memfailkan satu notis permohonan bertarikh 3 Mac 1994 untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap perayu/defendan di bawah A 26A Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 (melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, segala rujukan selepas ini kepada Kaedah-Kaedah adalah rujukan kepada Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980).

Majistret yang bijaksana telah membenarkan permohonan penentang/plaintif untuk penghakiman terus terhadap perayu/defendan pada 25 Jun 1994.

Perayu/defendan telah merayu terhadap keputusan tersebut kepada hakim dalam kamar dengan memfailkan satu notis rayuan ('notis rayuan tersebut') dalam Borang 140 di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret pada 7 Julai 1994 dan ianya telah didaftarkan sebagai Rayuan Sivil No R3–11–89–94.

Pada 20 Julai 1994 perayu/defendan juga telah memfailkan rekod rayuan yang berkaitan.

Rayuan tersebut telah ditetapkan untuk pendengaran di hadapan hakim dalam kamar pada 22 Mac 1995 dan pada permulaan pendengaran rayuan tersebut peguamcara penentang/plaintif telah menimbulkan bantahan awal terhadap rayuan tersebut atas alasan bahawa notis rayuan tersebut adalah tidak teratur kerana notis rayuan tersebut telah difailkan di mahkamah majistret dan tidak di Mahkamah Tinggi seperti yang dikehendaki di bawah A 49 k 6(2).

Pada pendapat perayu/defendan, notis rayuan tersebut adalah sah dan teratur.

Dalam penghakiman saya A 49 k 6(2) adalah relevan dan berbunyi seperti berikut:

Rayuan hendaklah dibawa dengan memfailkan suatu notis rayuan dalam Borang 140 dalam masa 14 hari dari keputusan itu diumumkan, dan menyampaikan satu salinan notis itu kepada tiap-tiap pihak lain dalam prosiding itu dalam masa yang dihadkan bagi pemfailan rayuan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Di bawah A 49 k 6(2), langkah pertama yang perlu dan wajib diambil oleh pihak perayu adalah pemfailan notis rayuan dalam Borang 140. Borang 140 merupakan notis rayuan tertentu dan di bawah notis rayuan itu jelas dicatatkan seperti berikut:

Kepada:

Pendaftar, Mahkamah Sesyen di …

Pendaftar, Mahkamah Majistret di …

Oleh yang demikian, Borang 140 secara nyata mencatatkan bahawa notis rayuan harus dikemukakan kepada pendaftar, mahkamah sesyen atau majistret (yang berkenaan) dan ini menunjukkan bahawa notis rayuan itu perlu dan wajib difailkan di mahkamah sesyen atau majistret (yang berkenaan) dan bukannya di Mahkamah Tinggi.

Sekiranya A 49 k 6(2) memerlukan dan mewajibkan notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi, maka Jawatankuasa Kaedah-Kaedah pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh s 4 Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955 harus memperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah tertentu dan mengarahkan penyerahan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi dan mencatatnya dalam Borang 140.

Dalam kes ini walaupun perayu/defendan telah memfailkan notis rayuan tersebut di mahkamah majistret, ini adalah teratur. Di samping itu untuk mengelakkan kesulitan, peguamcara perayu/defendan telah memfailkan notis rayuan yang sama di Mahkamah Tinggi, tetapi ianya telah ditolak oleh Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi dan perayu telah diarahkan untuk memfailkannya di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret.

Seperti yang dihuraikan di atas, saya berpendapat bahawa notis rayuan tersebut telahpun diterima oleh pihak Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret dan nombor rayuan juga telah diberikan oleh Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret sebagai Rayuan No R3–11–89–94. Malahan tarikh pendengaran rayuan juga telah ditetapkan. Pendaftar mahkamah majistret mempunyai kuasa untuk menerima notis rayuan berkenaan pada ketika ianya difailkan. Penerimaan notis rayuan itu adalah juga teratur.

Untuk mengelakkan dan menghapuskan segala keraguan, sayugia ditambahkan di sini bahawa

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top