2009 MarsdenLR 1202
MAHKAMAH PERUSAHAAN, KUALA LUMPUR
CHEW SOO HO
BTS DEPARTMENT STORE SDN BHD
Versus
ROSHIMAN REDZUAN
AWARD NO. 53 TAHUN 2009 (KES NO: 5/4-1957/07)
Decided on : 13 JANUARI 2009
Roshiman Redzuan - Pihak Menuntut
Wakil Pihak Responden - Kathleen Leong Ka-Leen (Eksekutif Perundangan), Nur'ain Abdullah (Pengurus Sumber Manusia) & Mohd Zahrin Hamzah (Eksekutif Sumber Manusia Pihak Responden)
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Roshiman bin Redzuan, Pihak Menuntut, pada 20 Oktober 2006.
Kes ini telah dibangkitkan untuk perbicaraan pada 13 Januari 2009 dengan kehadiran Pihak Menuntut yang mewakili sendiri dan Cik Kathleen Leong Ka-Leen, Eksekutif Perundangan, Cik Nur'ain bt Abdullah, Pengurus Sumber Manusia dan Encik Mohd. Zahrin bin Hamzah, Eksekutif Sumber Manusia Pihak Responden yang hadir sebagai wakil Pihak Responden. Pihak Menuntut memaklumkan Mahkamah bahawa beliau dengan rela hati ingin menarik balik kes ini dan beliau faham akan akibat keputusannya untuk menarik balik kes ini. Cik Kathleen Leong Ka-Leen seterusnya memohon agar kes ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk ia dipohon semula.
Memandangkan Pihak Menuntut menarik balik kes ini dengan kerelaan sendiri, maka Mahkamah mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.
Dengan itu, tarikh bicara pada 16 Januari 2009 adalah dilapangkan.