2009 MarsdenLR 320
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO
KARUDA SERVICES SDN BHD
Versus
FAREDAH MD ALI
AWARD NO: 289 TAHUN 2009 (KES NO: 5/4-168/07)
Decided on : 6 MAC 2009
Peguamcara Pihak Menuntut - Hanif Abdul Rahman; T/n Hanif Abdul Rahman & Associates
Peguamcara Pihak Responden - T/n Lamin & Co
Notis Permohonan ini bertarikh pada 8 September 2008 adalah difailkan oleh Pihak Pemohon (Pihak Menuntut) pada 25.8.2008 untuk menghidupkan semula kes ini yang telah dibatalkan oleh Mahkamah dengan kebebasan untuk difailkan semula menurut Award No. 838 Tahun 2007 bertarikh pada 17 April 2007.
Notis Permohonan ini dibangkitkan untuk pengurusan kes pada 6.3.2009 dengan kehadiran Encik Hanif Abdul Rahman dari Tetuan Hanif Abdul Rahman & Associates, peguamcara yang mewakili Pihak Pemohon dan Encik Ravindra Murugavell, peguamcara yang menyebutkan kes bagi pihak Tetuan Lamin & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Encik Hanif Abdul Rahman memaklumkan Mahkamah bahawa beliau memohon menarik balik Notis Permohonan ini dan akan memfailkan semula kes pembuangan kerja Pihak Pemohon menurut Award No. 838 Tahun 2007 yang membenarkan Pihak Menuntut (Pemohon) kebebasan untuk memfailkan kes beliau semula. Encik Ravindra Murugavell tidak ada bantahan terhadap permohonan tersebut.
Maka Mahkamah membenarkan Notis Permohonan bertarikh 8.9.2008 ditarik balik dan mengeluarkan Award membatalkan Notis Permohonan ini.
Seterasnya, tarikh perbicaraan Notis Permohonan tersebut yang dijadualkan pada 6.4.2009 adalah dilapangkan.